05/08/2021
⭐⭐ADELIA BANGI AVENUE⭐⭐
Semalam buat kerja pasang lampu dan kipas. Owner nak buat sewa, penyewa nak masuk dah katanya. Owner minta harga barang sekali dengan pasang.
Rumah ni semua bilik xde point kipas, so jadi nya kena buat point tambahan untuk kipas untuk semua 3bilik.
Waktu kerja 3hari. Sehari owner confirm harga nak buat, terus beli barang. Datang pasang sehari, dan sehari lagi untuk touch up semula mana2 wall dan ceiling/slab yang di hack untuk point kipas.
✅Kipas brand DEKA 5 blade remote.
✅Lampu LED 18W/12inci + 12W/8inci, total lampu 15biji
✅Doorbell 1unit
✅Harga pasang sekali barang semua nya RM2500 sahaja..harga ni termasuk sekali dengan point baru untuk kipas dan hook kipas.
Owner pon ada ada cakap nak pasang TINTED juga, sebab rumah nya mengadap matahari naik.
Harga pon kita sudah bagi RM800 untuk semua tingkap+sliding door. Tunggu owner pilih color TINTED sahaja.
🟢GREEN
🔵BLUE
🟤BRONZE
⚫BLACK
Beli rumah siap dapat free gift. Dapat kitchen cabinet, wardrobe, fridge, air cond, water heater, rak TV kata owner TV pon dapat kot. Untung pindah masuk bawa baju sahaja..😁😁