19/10/2020
UPDATE AKHIR KUTIPAN PUSAT DAKWAH UNITY (OKTOBER 2020)
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Global UNITY Network dengan rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak dan penyumbang kami sejak bermulanya program kutipan PEMBELIAN PUSAT DAKWAH UNITY ini pada tahun lalu yang telah bertungkus lumus sehingga berjaya mencapai sasaran kutipan iaitu RM850,000.
Semoga Allah ﷻ membalas semua penggerak dan penyumbang dengan balasan berlipat ganda lebih baik dan dikabulkan segala hajat hendakNya.
Dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari menyampaikan permohonan maaf sekiranya ada ketidaksempurnaan dalam pelayanan UNITY sewaktu tempoh program kutipan berjalan.
Selanjutnya, kami memohon doa kepada Allah ﷻ semoga dengan pembelian pusat ini kegiatan dakwah di UNITY dapat dipertingkatkan lagi dengan penuh istiqamah di masa akan datang.
UNITY sangat menghargai sokongan berterusan semua dalam melaksanakan program-program dakwah kontémporari. Tabung Dakwah UNITY masih dibuka seperti biasa, pohon klik http://dakwah.unity.org.my atau terus bank-in ke Maybank dengan nombor akaun 5641 4664 1890 atas nama Pertubuhan Jaringan Perpaduan Global, sila letak ref: ‘Tabung Dakwah UNITY’. Sumbangan semua amat dialu-alukan.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء