22/05/2026
Majlis Perasmian Pejabat ikhlas.com Cawangan Johor dan Penyerahan Tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh kepada 100 penerima asnaf yang dikenal pasti dengan usahasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah berlangsung dengan jayanya semalam, 21 Mei 2026 (Khamis).
Majlis berlangsung di Masjid Ungku Tun Aminah, Kampung Pasir Tampoi, Johor Bahru.
Majlis ini menandakan usaha berterusan ikhlas.com dalam memperluas akses ibadah kepada golongan memerlukan, khususnya di negeri Johor melalui kerjasama strategik bersama , yang turut menyumbangkan 'duit poket' berjumlah RM150,000 untuk keperluan bakal jemaah umrah asnaf sepanjang di Tanah Suci.
Ingin menjadi sebahagian daripada penyumbang Umrah 1000 Asnaf? Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui “Tabung Duit Poket Umrah 1000 Asnaf” dengan hanya klik link di bio kami!
Semoga pertolongan anda akan menjadi asbab kepada golongan Asnaf menuju ke Baitullah 🕋🤲🏼