Family Wellbeing Sdn Bhd

Family Wellbeing Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Family Wellbeing Sdn Bhd, Business service, Kuala Lumpur.

Family Wellbeing merupakan Anak Syarikat Milikan Penuh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyediakan perkhidmatan ibu berpantang dan urutan melalui platform Mamacare.my serta mempunyai para pengamal yang diiktiraf dan terlatih.

30/05/2026
๐ŸŒŸ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒŸ16 Mei 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru di M...
15/05/2026

๐ŸŒŸ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒŸ
16 Mei 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada guru-guru di Malaysia termasuk Tenaga Pengajar kami yang sentiasa mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh keikhlasan serta menjadi insan penting dalam membentuk masa depan generasi dan negara.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan dalam mendidik serta membentuk generasi masa depan negara. Semoga semua pendidik terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah mendidik anak bangsa.
โœจ Guru Bitara, Nadi Negara โœจ
๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š
YBrs. Mohd Firdaus Shuhaimi
Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd.
serta pengurusan
Family Wellbeing Sdn. Bhd.

๐๐ž๐ซ๐›๐ข๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐†๐ฅ๐จ๐œ๐š๐ฅ ๐‹๐ข๐ง๐ค ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐. ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐–๐ž๐ฅ๐ฅ๐›๐ž๐ข๐ง๐  & ๐ˆ๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”15 Mei 202...
15/05/2026

๐๐ž๐ซ๐›๐ข๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐†๐ฅ๐จ๐œ๐š๐ฅ ๐‹๐ข๐ง๐ค ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐. ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐–๐ž๐ฅ๐ฅ๐›๐ž๐ข๐ง๐  & ๐ˆ๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
15 Mei 2026
Sesi perbincangan strategik bersama Glocal Link Sdn. Bhd. bagi membincangkan kerjasama dalam penganjuran Global Wellbeing & Inclusion Summit 2026, sebuah program berskala antarabangsa yang memberi fokus kepada aspek kesejahteraan masyarakat, pembangunan sosial dan keterangkuman komuniti di peringkat global.
Perbincangan ini menjadi satu langkah penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak ke arah merealisasikan sebuah platform yang mampu menghimpunkan pelbagai agensi, organisasi, pemain industri, institusi, dan komuniti bagi membincangkan isu-isu berkaitan kesejahteraan sosial, pembangunan insan, kesihatan mental, keseimbangan kehidupan serta usaha membentuk masyarakat yang lebih inklusif, progresif, dan mampan.
Pihak FWSB percaya bahawa usaha dan kolaborasi bersama Glocal Link Sdn. Bhd. ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial yang lebih holistik serta membuka lebih banyak peluang untuk melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, harmoni dan sejahtera.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐š๐œ๐š๐š๐ง ๐˜๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ง ๐…๐–๐’๐ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง15 Mei 2026Pihak FWSB telah mengadakan Bacaan Yassin dan Doa Selam...
15/05/2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐š๐œ๐š๐š๐ง ๐˜๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ง ๐…๐–๐’๐ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง
15 Mei 2026
Pihak FWSB telah mengadakan Bacaan Yassin dan Doa Selamat pada hari ini dalam suasana penuh tenang, harmoni dan kesyukuran dengan kehadiran warga kerja yang bersama-sama meluangkan masa yang penuh keberkatan ini.
Bacaan Surah Yasin telah dipimpin sendiri oleh YBrs. Mohd Firdaus Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif FWSB, serta sesi doa selamat secara simbolik kepada semangat kebersamaan dan nilai kekeluargaan yang sentiasa diterapkan dalam organisasi.
Suasana penuh tenang dan kebersamaan sepanjang majlis berlangsung jelas memperlihatkan nilai perpaduan serta keharmonian yang sentiasa menjadi keutamaan dalam organisasi.

๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐’๐“ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐•๐„๐“ ๐…๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ข ๐๐€๐’๐€๐Š14 Mei 2026Pihak FWSB telah menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) ...
14/05/2026

๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐’๐“ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐•๐„๐“ ๐…๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ข ๐๐€๐’๐€๐Š
14 Mei 2026
Pihak FWSB telah menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) berkaitan penyediaan latihan bagi pelaksanaan Program TVET Fasa 2 Tahun 2026 kepada Sekretariat Majlis TVET Negeri Perak dalam satu sesi rasmi yang berlangsung di Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).
Melalui pelaksanaan Program TVET Fasa 2 Tahun 2026 ini, pelbagai bentuk latihan dan pembangunan kemahiran akan dilaksanakan bagi memberi peluang kepada peserta meningkatkan pengetahuan, kemahiran praktikal dan tahap kebolehpasaran dalam bidang yang diceburi. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasa bidang TVET sebagai platform utama pembangunan kerjaya dan ekonomi masyarakat.
Selain itu, program ini juga diharap dapat membuka lebih banyak ruang serta peluang kepada golongan belia dan komuniti setempat untuk mendapatkan latihan berkualiti, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara menyeluruh.

๐…๐–๐’๐ ๐Œ๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ข ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐€๐ˆ๐๐ค ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‚๐š๐ซ๐ž๐ ๐ข๐ฏ๐ž๐ซ13 Mei 2026Sebagai langkah memperkukuhk...
14/05/2026

๐…๐–๐’๐ ๐Œ๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ข ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐€๐ˆ๐๐ค ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‚๐š๐ซ๐ž๐ ๐ข๐ฏ๐ž๐ซ
13 Mei 2026
Sebagai langkah memperkukuhkan kerjasama strategik, pihak FWSB telah secara rasmi menandatangani Surat Setuju Terima (SST) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi pelaksanaan Program Caregiver yang akan dijalankan sepanjang bulan Mei dan Jun 2026.
Melalui pelaksanaan Program Kursus Usahawan Caregiver ini, para peserta akan diberikan pendedahan, latihan serta bimbingan yang bersesuaian bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam aspek penjagaan serta pengurusan komuniti secara lebih profesional dan sistematik. Program ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada peserta untuk meningkatkan potensi diri, menyumbang kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Pihak FWSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi melahirkan lebih banyak program pembangunan komuniti yang memberi manfaat besar kepada rakyat dan masyarakat setempat.

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ก ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”10 Mei 2026Dengan penuh rasa syukur dan bangg...
12/05/2026

๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Œ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ก ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
10 Mei 2026
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, pihak MamaCare telah turut serta memeriahkan Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 menerusi pembukaan booth khas yang mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada para pengunjung yang hadir.
Kehadiran booth MamaCare bukan sahaja menjadi tumpuan ramai, malah berjaya menarik perhatian para ibu dan pengunjung yang ingin merasai sendiri pengalaman rawatan yang disediakan oleh pengamal-pengamal berkemahiran daripada pihak Mamacare seperti rawatan mengurut serta rawatan manicure yang diberikan.
Penghargaan kepada para pengamal Mamacare menerusi pemberian bunga sebagai simbolik penghormatan dan penghargaan atas dedikasi mereka dalam membantu serta menjaga kesejahteraan para wanita dan ibu di seluruh negara. Sesi tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut menyentuh hati para pengunjung yang menyaksikan penghargaan diberikan kepada insan-insan hebat di sebalik perkhidmatan penjagaan wanita dan ibu.

๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐๐จ๐จ๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐‚๐š๐ซ๐ž ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐ข ๐๐–๐“๐‚7 May 2026MamaCare telah mem...
07/05/2026

๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐๐จ๐จ๐ญ๐ก ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐‚๐š๐ซ๐ž ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐ข ๐๐–๐“๐‚
7 May 2026
MamaCare telah membuka booth pameran sempena Majlis Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026โ€“2030 yang berlangsung di PWTC,Kuala Lumpur sebagai platform memperkenalkan peranan dan inisiatif MamaCare dalam memperkasa kesejahteraan keluarga serta penjagaan ibu selepas bersalin di Malaysia.
MamaCare telah mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan penjagaan ibu selepas bersalin yang ditawarkan kepada masyarakat. Selain itu, pengunjung turut diberikan pendedahan mengenai program latihan kemahiran yang disediakan oleh MamaCare seperti SKM Tahap 3 Urutan Terapi serta DKM Tahap 4 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin, yang bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan profesional dalam industri penjagaan kesihatan dan wellness.
Kehadiran YBrs. Mohd Firdaus Shuhaimi,Ketua Pegawai Eksekutif FWSB yang hadir bagi memberikan sokongan serta melihat sendiri sambutan dan perkembangan penyertaan sepanjang program berlangsung. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jenama MamaCare.
Majlis ini turut diserikan dengan lawatan beberapa tetamu kehormat dan kenamaan termasuk YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia,YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri serta Ketua Pengarah LPPKN YBhg. Dato' Abdul Shukur bin Abdullah yang berkesempatan melawat booth MamaCare dan meninjau sendiri produk, perkhidmatan serta inisiatif yang diketengahkan.

๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข๐›๐ฎ ๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐Š๐š๐ฆ๐ข!Di sebalik kejayaan setiap peserta program MamaCare dan inisi...
05/05/2026

๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข๐›๐ฎ ๐๐š๐ค๐ญ๐ข: ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐Š๐š๐ฆ๐ข!
Di sebalik kejayaan setiap peserta program MamaCare dan inisiatif di bawah Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB), berdirinya insan-insan hebat yang menjadi tunjang kekuatan kami. Mereka bukan sekadar guru, malah inspirasi yang telah memulakan langkah dari bawah bersama-sama FWSB sejak tahun 2019 hingga kini.
Kehebatan barisan tenaga pengajar ini terbukti melalui kepakaran mereka mengendalikan pelbagai peringkat latihan, bermula daripada Kelas Kapasiti sehinggalah ke tahap profesional seperti SKM3 dan DKM4 Postnatal. Malah, semangat berbakti mereka tiada sempadan apabila sanggup menjelajah ke seluruh pelosok 1 Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak demi memastikan setiap peserta mendapat bimbingan yang terbaik.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha yang tidak pernah berhenti.Di sebalik setiap senyuman pel...
30/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha yang tidak pernah berhenti.
Di sebalik setiap senyuman pelanggan, ada pengorbanan seorang pekerja yang memberi sepenuh hati.
Setiap titik peluh, setiap komitmen, setiap tanggungjawab yang digalas semuanya adalah asas kepada kemajuan organisasi dan kesejahteraan masyarakat.
Kami amat menghargai setiap individu yang terus berusaha tanpa jemu, khususnya barisan frontliners, tenaga kerja kesihatan, serta semua pengamal MamaCare yang sentiasa komited memberikan yang terbaik.
โ€œ๐“๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ฉ๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š, ๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค.โ€

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š
YBrs. Mohd Firdaus Shuhaimi
Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd.
serta pengurusan
Family Wellbeing Sdn. Bhd.

Address

Kuala Lumpur
50712

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60182935004

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Family Wellbeing Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Family Wellbeing Sdn Bhd:

Shortcuts

Share