NLP For Business

NLP For Business NLP For Business adalah seminar 1 hari khusus untuk mereka yang berkecimpung dalam bisnes dan jualan.

I have reached 500 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉
27/12/2023

I have reached 500 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉

27/12/2023

Assalamualaikum semua. Lama saya tak update page saya yang ini. Siapa nampak posting saya ini?

Cepat Pergi Dapatkan Koleksi Bahan NLP ini sebelum penulisnya ubah harga!!!Pada Tahun 2008, saya, Amin Idris dan Fadzli ...
12/04/2020

Cepat Pergi Dapatkan Koleksi Bahan NLP ini sebelum penulisnya ubah harga!!!

Pada Tahun 2008, saya, Amin Idris dan Fadzli Yusof minum-minum di Restoran Arab, Saba, di Dataran Jelatek, Setia Wangsa. Mereka berdua tanya saya tentang hala tuju mereka dalam kerjaya training.

Teringat masa tu Amin Idris minta pandangan saya tentang hasratnya untuk hadiri audition sebagai hos rancangan bual bicara Assalamualaikum, di TV Al Hijrah.

Saya beritahu dia, pergi dan rebut. Sebab ia bakal jadi platform untuk lonjakkan namanya. Terbukti hari ini, beliau cemerlang sebagai hos di TV Al Hijrah. Program terkini beliau ialah CURHAT dan Tazkirah malam Jumaat di Astro.

Kemudian, Tuan Fadzli Yusof juga meminta pandangan saya. Sebelum ini beliau rancak mempromosi programnya di bawah jenama Resepi Kejayaan (RK). Ketika itu saya beritahunya, jika beliau mahu pergi jauh, mulakan sekarang menerajui bidang NLP sebab bidang itu tidak ramai yang pakar.

Lagi p**a, masa itu pun beliau seorang Pengamal NLP bertauliah. Saya beritahu dia, meski pun saya belajar NLP sejak Tahun 1995 lagi, namun saya tidak ada hasrat untuk menerajui NLP di Malaysia. Saya mahu dia menerajuinya.

Sejak tarikh itu beliau memulakan NLP Malaysia dan telah mentauliahkan hampir 1,000 orang seorang di seluruh negara. Mereka yang hadir kini ramai menjadi influencer dan trainer dalam bidang masing-masing.

Kos untuk menghadiri kursus pentauliahan ini antara RM3,500 - RM7,000 bergantung kepada tahap pentauliahan yang dimahukan. Kini beliau dikenali sebagai salah seorang peneraju dan guru NLP di Malaysia.

Baru-baru ini, saya berbincang dengannya. Saya beritahu dia bahawa tidak semua orang mahu ditauliahkan. Ramai diantara mereka ini nak tahu tentang NLP untuk digunakan dalam kehidupan seharian sahaja.

Ramai yang nak tahu cara untuk kawal emosi dan menyalurkan potensi diri untuk mencapai apa yang mereka mahukan dalam hidup. Malah ramai yang tidak pasti pun apa yang sebenarnya mereka mahukan.

Lalu saya minta dia kumpulkan bahan-bahan yang dia ada dan buat satu koleksi untuk dimanfaatkan oleh ramai orang. Saya minta, buat masa ini berikan sahaja harga murah-murah.

Sebab MURAH bukan bermakna tidak berkualiti apabila ia datang dari seorang yang berpengalaman dan terbukti telah mentauliahkan ribuan orang.

Alhamdulillah saya berjaya mempengaruhinya. Kini beliau baru sahaja siapkan koleksi bahan-bahan NLP iaitu Digital Learning - Self Mastery Momentum 2020. Ada eBook dan ada Video-video. Saya mahu followers saya antara yang terawal mendapat manfaatnya. Jadi saya minta di berikan harga istimewa!

Beliau setuju. Semuanya ini pada harga HANYA RM29 sahaja!! Wow.. alhamdulillah, saya berjaya memujuk dia. Tapi harga ini mungkin tidak lama, sebab isi dalamnya bernilai ribuan ringgit.

Jadi cepat, pergi ke website beliau dan rebut sekarang!

Klik sahaja link ini bit.ly/nakpositif

Peluang sebegini bukan selalu datang.

Selepas ini ada sesiapa lagi nak belanja saya makan di Restoran Saba? Mana tahu rezeki anda p**a jadi SOMEBODY sepuluh tahun dari sekarang!! 🙂

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Education & Parenting Coach
Founde MAP
Certified NLP Practitioner since 1995

Kaedah sistematik membina tabiat positif dan kekalkan momentum menghadapi situasi s**ar dalam hidup. Jangan biarkan krisis dan masalah memperlahankan kejayaan anda. Teruskan momentum dengan menjadi lebih positif dan proaktif!

ANDA BUAT BISNES TAPI BELUM BERHASIL? JOM SAYA KONGSIKAN CARA SAYA MEMBINA KEJAYAAN BISNES SAYANLP adalah singkatan kepa...
10/03/2020

ANDA BUAT BISNES TAPI BELUM BERHASIL? JOM SAYA KONGSIKAN CARA SAYA MEMBINA KEJAYAAN BISNES SAYA

NLP adalah singkatan kepada Neuro Linguistic Programming. Ia adalah ilmu berkaitan dengan Sains dan Seni Minda.

Ia membolehkan anda menguasai diri sendiri dan juga menguasai orang lain.

Menguasai diri bermakna anda kawal emosi dan kehendak lalu disalurkan ke arah matlamat dan cita-cita hidup anda. Mahu Kaya? Mahu Berjaya? Mahu Bahagia? NLP adalah tools yang mampu membantu anda merealisasikan impian itu semua.

Menguasai orang lain p**a membolehkan anda mempengaruhi, memberikan arahan, berkomunikasi, membuat pengiklanan dan memasarkan produk atau servis secara berkesan. Ia tunjang kepada kejayaan bisnes.

Untuk berjaya kita perlukan klien, team, pekerja, pembekal, pemiutang, jaringan yang mempercayai dan menyokong bisnes kita. NLP membongkar Rahsia Hubungan Sesama Insan yang membuatkan orang lain Seronok Memenuhi Kehendak dan Keperluan Bisnes kita.

Pada Tahun 1994 dahulu saya telah hadir ke program NLP dan membelanjakan RM15k untuk mengetahui Rahsia Minda. Ketika itu usia saya 28 tahun. Kini usia saya 55 tahun.

Setelah lebih 25 tahun saya amalkan ilmu NLP dalam hidup, alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mencapai hampir semua perkara yang telah saya senaraikan mahu dicapai dalam hidup. Tapi ia bukan datang bergolek. Ia datang dengan usaha. Bukan usaha biasa-biasa, tetapi usaha dengan ilmu NLP yang betul.

Hasilnya saya berjaya merealisasikan impian diantaranya ialah memiliki wisma pejabat sendiri; memandu kereta idaman; memiliki perniagaan yang berjaya; membina nama dalam industri latihan; menunaikan haji dan umrah pada usia yang muda; mendapat Anugerah Kebesaran dari Sultan Terengganu; menulis buku-buku yang laku keras; muncul di kaca TV, di corong radio dan di media cetak; menjadi kolumnis di akhbar perdana dan di majalah-majalah; memiliki keluarga bahagia, anak-anak berjaya dalam akademik; dan banyak lagi. Ini yang saya mahu kongsikan dengan anda, Orang Bisnes. Bagaimana melakukannya dengan Cara NLP!

Apa yang saya capai dan miliki hari ini adalah apa yang diimpikan oleh ramai Orang Bisnes di luar sana. Saya perolehi semua itu dengan usaha yang tersusun, ilmu yang betul, doa yang makbul atas izin Allah. Ini yang saya mahu kongsikan dalam Kursus 2 Hari bersama anda.

Dalam Kursus ‘NLP For Business’ saya mahu kongsikan Amalan NLP yang terbukti mampu memberikan hasil! Bukan sekadar Teori, Bukan Sekadar Tahu tetapi HASIL!

TARIKH KURSUS:
28 dan 29 Mac 2020

LOKASI:
Hotel Maluri, Cheras

YURAN: RM699 (selepas 20 Mac 2020, Yuran RM899)

Mahalnya? Anda mahukan ilmu yang berkualiti atau ilmu murahan? Saya hanya mahu kongsikan ilmu ini dengan mereka yang sanggup berkorban untuk ilmu. Dulu saya membayar RM15K untuk ilmu ini, hari ini anda hanya perlu melabur 5% sahaja daripada jumlah itu!

Jika anda rasa Ilmu NLP yang terbukti berhasil ini mahal, maka anda bukanlah orang yang ditakdirkan untuk bersama saya. Senang terus terang begitu. Sebab saya mahukan mereka yang MAHU Bersama Saya sahaja. Bukan yang berkira-kira atau tidak sanggup berkorban. Sebab Orang Bisnes yang tulen akan faham makna pengorbanan.

Bagi saya, biar kursusnya tidak ramai, asalkan berhasil dan berkualiti pesertanya.

Adakah anda punya Keberanian dan Tekad? Jika ada, jom bersama saya sekarang.

Info dan Daftar Online di: bit.ly/nlp4business

Whatsapp: www.wasap.my/60134334622/NakKursusNLP4Business

12/02/2020
Belajar dan tahu NLP satu bab. Mengaplikasikannya dan membuktikan ia mampu membuahkan hasil dalam hidup satu bab lain p*...
31/01/2020

Belajar dan tahu NLP satu bab. Mengaplikasikannya dan membuktikan ia mampu membuahkan hasil dalam hidup satu bab lain p**a. Duduk denhan saya 2 Hari dalam NLP FOR BUSINESS dan akan saya kongsikan RAHSIANYA. Klik bit.ly/nlp4business

NLP FOR BUSINESS BERSAMA DR. TENGKU ASMADIKini Kembali Lagi ..Pada Tahun 2020 ini saya bawa kepada anda NLP For Business...
29/01/2020

NLP FOR BUSINESS BERSAMA DR. TENGKU ASMADI
Kini Kembali Lagi ..
Pada Tahun 2020 ini saya bawa kepada anda NLP For Business yang pernah saya jalankan pada tahun-tahun sebelum ini.
Ramai yang minta saya kongsikan Rahsia Kejayaan saya. Bagaimana saya mampu cipta nama dalam industri motivasi ini? Bagaimana anak-anak boleh berjaya? Kenapa pelajar-pelajar saya ramai buat kejutan dalam Exam? Bagaimana saya membina kebahagian dengan keluarga yang besar? Bagaimana saya boleh membeli bangunan untuk perniagaan saya? Bagaimana saya boleh dapat Ph.D awal?
Malah banyak lagi perkongsian yang bakal saya dedahkan untuk dijejaki dan diikuti oleh mereka yang mahu berjaya. Ini cara saya, cara orang lain mungkin berbeza. Jadi saya akan kongsikan rahsia dan cara saya itu. Cara yang saya mahu kongsikan ini adalah cara yang telah pun dengan izin Allah TERBUKTI BERHASIL!
Boleh jenguk Web Easmi dan Daftar di sana http://www.tengkuasmadi.com/nlp-for-business.html

Daftar Kursus Motivasi Aliahan Pelajar yang dijadualkan selepas Raya nanti dan rebut promosi Ramadan bagi mendapatkan Di...
27/05/2019

Daftar Kursus Motivasi Aliahan Pelajar yang dijadualkan selepas Raya nanti dan rebut promosi Ramadan bagi mendapatkan Diskaun dan Baucar Produk.
Whatsapp: www.wasap.my/60134334622/NakInfoPromosiRamadan

LEPAS RAYA NI, ANAK-ANAK MEMANG PERLUKAN MOTIVASI. UPSR PUN 2 BULAN JER LAGI .. JADI MASA UNTUK BOOST SEMANGAT ANAK-ANAK BELAJAR
Perasan tak setiap kali Raya dan Cuti panjang, anak-anak mula nampak malas nak belajar. Sedangkan kita Raya bulan Jun dan bulan September 2019 dan nak UPSR!!
Bukan senang nak naikkan semula semangat belajar anak.
Masalah utama anak-anak kita bukan sebab tidak pandai, bukan sebab tiada peluang, TETAPI sebab masalah sikap!!
❎ Belajar main-main.
❎ Tidak fokus dalam kelas.
❎ Kerja sekolah tak siap.
❎ Ulangkaji malas.
❎ Nak bertanya takut.
❎ Salah pilih kawan.
❎ Cepat mengalah dan putus asa.
Cukup cukup cukup ..
Ini pengalaman saya selama 25 tahun memberikan motivasi kepada para pelajar:
✅ Ada yang dari nombor 40 naik dapat nombor 1, 2, 3
✅ Ada yang gagal, boleh dapat 'A'
✅ Ada yang takut bercakap di depan, selepas itu berani berpidato dan mewakili sekolahnya.
✅ Ada yang malas belajar jadi rajin
✅ Ada yang sudah pandai urus masa
✅Ada yang mula jaga solat 5 waktu
✅ Ada yang dulunya tak siap kerja sekolah kini cikgu puji.
- Dan macam-macam lagi.
Kalau anak orang lain boleh berubah, anak tuan puan pun boleh berubah juga.
Sebenarnya dah ramai anak-anak yang berubah setelah dibantu dalam kursus 2 hari bersama saya. Kini masanya untuk anak tuan puan mendapat pengalaman yang sama.
============================
{ TESTIMONI - TESTIMONI - TESTIMONI }
“Saya s**a dengan cara Dr. Tengku Asmadi.. Anak dara saya pergi program MAP, SANGAT BERKESAN. Lebih2 lagi bila tengok anak saya berucap di khalayak ramai atas pentas, hati saya rasa sangat kagum dengan cara Dr. Tengku handle budak2 yang ada masalah keyakinan diri dan sebagainya.
Alhamdulillah.. berkat doa & tunjuk ajar MAP telah merubah anak saya 360º sehingga anak saya tersenarai di antara pelajar cemerlang SPM.”
- Puan Jaja Errieza, Ibu Bekas Pelajar MAP.
“Saya pernah join program ni di Ipoh tahun 2004 & sekarang saya 24 tahun dan seorang engineer.. Program ni betul2 berkesan.. Alhamdulillah sekarang saya sudah berjaya.. Semua ni bermula dari program ni.. Program ni betul2 membantu anak2 untuk membuka minda dan muhasabah diri. Pape pun saya s**a cara Dr. Tengku Asmadi mengendalikan program ini.. Buat ibu bapa semua..Program ni BERKESAN dan BUKAN SIA-SIA.”
- Kay Ron, Bekas Pelajar MAP.
Baca lebih banyak testimoni dan video di web rasmi:
http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html
===============================
>>> TARIKH DAN LOKASI KURSUS > YURAN PELABURAN UNTUK KURSUS 2 HARI > BAGAIMANA NAK DAFTAR?

Assalam, Malam ini insya-Allah saya akan buat FB Live dan membicarakan secara santai isu Parenting. Kali ini topiknya “B...
12/03/2019

Assalam,

Malam ini insya-Allah saya akan buat FB Live dan membicarakan secara santai isu Parenting. Kali ini topiknya “Bila Anak Tak Dengar Cakap”.

Tarikh : 12 Mac 2019, Selasa
Masa : 9.00 malam

Untuk ikuti live ini pastikan tuan puan like fb page Dr. Tengku Asmadi di link berikut:

fb.com/drasmadi

Mohon hebahkan ..

Sekian.

Assalamu’alaikum,Kepada semua yang bertanya tentang Aplikasi Pembelajaran Online, iaitu OSEM, yang sedang saya promosika...
08/02/2019

Assalamu’alaikum,

Kepada semua yang bertanya tentang Aplikasi Pembelajaran Online, iaitu OSEM, yang sedang saya promosikan, maka bolehlah ikuti Business Preview OSEM di pejabat saya.

FB Live Langsung dari dewan pejabat saya pada:

Jumaat, 8 Februari, 9.30 malam

Tuan puan hanya perlu LIKE FB Page saya di bawah dan ikuti FB Live di sana nanti:

https://www.facebook.com/dta4osem

ATAU

Boleh terus datang ke pejabat saya, di alamat berikut:

Dayang Beauty Secrets (M) Sdn. Bhd.
No. 43-1 Jalan Damai Niaga,
Alam Damai, Cheras,
Kuala Lumpur.

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi
Jumaat, 8 Februari 2019,

KURSUS 1 HARI NLP FOR BUSINESSLAST CALL!! KEPADA SEMUA MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN BISNES DAN SALES🔥 Perasan tak ada har...
29/10/2018

KURSUS 1 HARI NLP FOR BUSINESS
LAST CALL!! KEPADA SEMUA MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN BISNES DAN SALES
🔥 Perasan tak ada hari cakap kita menjadi. Jual apa pun laku. Tetapi ada hari buat apa pun semua hampa. Mahukah anda jika saya tunjukkan caranya agar setiap hari jualan menjadi? Duduk dengan saya selama satu hari biar saya kongsikan rahsianya.
🔥 Perasan tak ada hari kita bersemangat dan teruja dan ada hari malas yang amat? Mahukah anda jika saya beritahu kenapa keadaan sebegitu berlaku? Bagaimana jika saya beritahu bahawa anda boleh setiap hari bersemangat dan teruja? Sertai saya akan saya beritahu caranya.
🔥 Perasan tak, ada orang bisnes, jualannya jauh lebih besar daripada kita walhal apa yang dia buat dan kita buat rasanya sama sahaja? Sebenarnya tidak, ada sesuatu yang mereka tidak ceritakan kepada anda, biar saya ceritakan dalam Kursus NLP For Business ini.
••••••••••••••••••••••••••••••
SIAPA PATUT SERTAI?
••••••••••••••••••••••••••••••
✅ Usahawan
✅ Pemilik Bisnes
✅ Ejen Insuran
✅ Network Marketer
✅ Mereka yang dalam Direct Sales
✅ Real Estate Negotiator
✅ Leaders
✅ Mereka yang minat bisnes
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
TARIKH, LOKASI DAN CARA DAFTAR
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
3 November 2018 (Sabtu)
Hotel Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur
8.30 pagi hingga 5.30 petang
YURAN PELABURANNYA : RM299 seorang
CARA DAFTAR:
Daftar Online :
http://nlp.dayangbeauty.com
Whatsapp :
www.wasap.my/60122324622/Nak_Daftar_NLP
www.wasap.my/60192124622/Nak_Daftar_NLP
END

NLP adalah satu ilmu berkaitan dengan Sains dan Seni Minda. Ia diasaskan oleh Richard Bandler dan John Grinder sejak awal Tahun 1970an. Sehingga hari ini, ilmu ini berkembang hampir 50 tahun dan telah digunakan oleh pelbagai golongan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pendidikan, pengurusan,....

Address

No. 43 Jalan Damai Niaga, Alam Damai, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NLP For Business posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NLP For Business:

Share