28/01/2021
Farmfresh memang bukan milik Melayu.
Tapi,
Farmfresh ada seorang pekerja Melayu yang cemerlang, berdedikasi, take ownership dan do what it takes untuk naikkan produk syarikat, bukan sekadar di Malaysia malahan di luar negara
Melayu itu ialah Azmi Zainal.
Orang jaja Farmfresh milik Melayu?
Orang jaja Farmfresh BMF?
Orang boleh jaja apa saja, tapi setakat aku scroll dan jelajah fesbuk Azmi Zainal - tak ada apa apa statement yang dia klem dia owner/shareholder syarikat.
Dia hanya menggunapakai kata "syarikat kami", which perkara biasa yang akan kita utarakan apabila kita nak beritahu apa syarikat kita buat, apa kita buat untuk syarikat - seorang yang proud dengan syarikat yang dia bekerja
In fact dia ada pemilikan saham kecil yang tidak significant, kalau nak berdebat atas literal 'owner', walaupun pegangan kecil, Azmi Zainal masih boleh klem dia salah seorang owner, walaupun kecil.
Di Fesbuk Azmi Zainal juga tertulis jawatannya sebagai Chief Operating Officer. Dalam beberapa bacaan juga ada terjumpa yang Azmi Zainal (sebelum ini?) incharge Sales Marketing untuk Farmfresh.
Ejen ejen Farmfresh ramai Melayu?
Alhamdulillah bagus lah.
Kalau Azmi Zainal tak ke depan, tak ada lah penguasaan ejen ejen Farmfresh seluruh Malaysia ini muncul dikalangan Melayu.
Dan perlu kita ingat, kalau urusan syarikat sebesar Farmfresh kau kata main sentimen bangsa "ellehh nak tekel market Melayu kena lah letak Azmi Zainal ke depan"
Makanya kau salah.
Syarikat yang nilainya ratusan juta (dan dengarnya akan masuk IPO pertengahan tahun ini) nak pampang Azmi semata mata nak kontrol market Melayu.
Habis tu market Cina India Iban Kadazan ni Farmfresh tak nak cover?
Ya. Ini bukan soal bangsa apa di depan.
Ini soal competency, kemahiran, karakter dan value yang dimiliki oleh orang yang syarikat harap harapkan - Azmi Zainal.
Mungkin kalau bukan dengan kemahiran Azmi, Farmfresh tak sampai setinggi hari ini.
Secara tak langsung, Azmi Zainal menjadi indispensable kepada syarikat Farmfresh.
Dia bukan majority shareholder?
Dia bukan decision maker?
Tak apa,
Sebab dia ada high value proposition di mata masyarakat seluruh Malaysia.
Apa value proposition tu?
Bila sebut Farmfresh orang ingat terus kepada Azmi Zainal.
Ni benda yang sangat berharga.
Value yang tak ada siapa boleh take away hatta para pemegang saham majoriti dalam Farmfresh.