03/01/2024
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Kebiasaan orang ramai mengertikan peribahasa ini dengan pihak yang tidak bernasib baik seperti fakir, miskin, anak yatim, OKU, dan seumpamanya. Benar sekali namun pada pandangan admin, ramai juga yang tak terfikir hal yang sama juga dihadapi pada para petugas amal yang mengendalikan pusat jagaan dan kebajikan.
Hal ini muncul di fikiran admin ketika mana sedang berlangsungnya sesi pembentangan dan perbincangan prestasi anak-anak dari Asrama Damai Kuang serta Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras pada bulan lalu. Dalam sesi ini, kami selaku pendidik dalam projek Lestari Anak Yatim 2.0 menyampaikan perkembangan terkini anak-anak generasi harapan ini baik dari sudut ujian bertulis mahupun pembinaan akhlak disamping mendapatkan input bermanfaat dari pengurusan pusat jagaan dan kebajikan sendiri untuk dijadikan panduan buat kami meneruskan perjuangan ini.
Hakikatnya, kehadiran kami tidaklah memulakan apa-apa selain sekadar menambah nilai kekuatan tarbiyah yang sudah lama diterapkan pengurusan pusat jagaan dan kebajikan sendiri. Disamping juga kami semakin menghargai pengorbanan mereka yang sudah pun bertahun-tahun berjuang membela nasib anak-anak yang diuji Allah sebegini sukarnya kehidupan di awal usia.
Sekalung tahniah dan terima kasih buat Tn Syafiq, Pn Hidayah, dan Ust Arif dari Asrama Damai serta Tn Jamal dan Pn Ain dari Rumah Kasih Harmoni terutamanya dan seluruh staf yang telah serta sedang menyumbang bakti mendidik anak-anak ini mewakili kami umat Islam dan rakyat Malaysia. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka perlulah kita hargai sebaiknya.
Buat kita yang tidak berkesempatan atau berkemampuan berjuang seperti mereka, teruskanlah cakna dan menyumbang semampu mungkin kerana besar ganjaran buat mereka yang membela anak-anak yatim dan miskin ini disisi Allah.
--------------------------------------------------------------------
Teruskan menyumbang melalui Yayasan Maghfirah untuk penerusan projek LAY ini. Layari https://yayasanmaghfirah.org/kempen/lestari-anak-yatim/
Follow channel LAY - Global Thinkers Consultancy di Telegram: https://t.me/lestarianakyatim