02/04/2019
Nak Kahwin Je Nak Make-Up
---------------------------------------------
Alkisah bila cuti sekolah atau hujung minggu dan cuti umum semua sibuk cari MakAndam sebab nak kahwin. Nape? Kahwin je ke kena cantik? Lepas kahwin lagi kena cantik tau. Make up untuk orang muda je. Sapa kata? Semua wanita berhak kelihatan cantik. Lagi berusia lagi kena cantik tau. Jangan patah semangat, jangan taksayang diri oi.. ramai antara kita bila meniti usia atau sudah berkeluarga, meletakkan diri sendiri sebagai pilihan akhir. Sekali-sekala kena pikir diri sendiri, jangan hidup umpama mati. So jom cantik guna 3 teknik asas. Janji jangan keluar rumah muka bangun tidur. Ok.
Kecantikan Milik Setiap Wanita
---------------------------------
Teknik Asas Make-Up
Hai cikpuan diluar sana tu! Sibuk dengan anak, suami, kerjaya dan rumahtangga aje.. ni nak pesan: jangan lupa jaga diri sendiri. Jangan hilang jati diri dek kerana asyik dengar arahan suami, anak, bos, rakan kerja, keluarga dan sahabat. Sekali sekala dengar kata hati sendiri. Siapa lagi nak dengar kalau bukan diri sendiri.
Wanita cantik semua orang s**a tengok. Labur sikit duit gaji pada diri sendiri. Jangan harap suami beri. RM50 harga asas. Untuk sebatang gincu, pensil mata atau celak, pensil kening dual function dan tentulah bedak asas 2way kit. Jangan keluar rumah dengan muka baru bangun tidur. Nanti lama-lama suami lari.