28/10/2012
Bercerita pasal jarak hotspot atau kemampuan antenna adalah satu masalah besar untuk diterangkan kerana terlalu banyak faktor untuk dibincangkan.. walaubagaimanapun, dengan berpegangkan konsep, mungkin anda sendiri mampu untuk meneka jarak dan kemampuan antenna jika mahu ditempatkan di sesatu kawasan tertentu tanpa mendapat pandangan pakar...
jika anda pergi survey dimana2 kawasan yang menyediakan wifi secara meluas, sudah pasti pada setiap tingkat sekurang2nya satu antenna/repeater diletakkan, dan setiap 100 meter persegi ditempatkan lagi antenna / repeater lain.. dengan kata lain 1 kilometer persegi banyak antenna digunakan dan harganya lebih dari 10 ribu ringgit..
jika ditanya pada syarikat tersebut, sudah tentu mereka akan menjawab, "Ape ade hal, peruntukan da ada, kita jalankan je lah"... pada mereka yang ingin menyediakan perkhidmatan wifi secara persendirian,sudah pasti mereka inginkan satu antenna dapat meliputi sehingga 1 kilometer persegi... bila vendor kata x boleh, mereka akan melekehkan vendor tersebut... jika dibandingkan harga antara syarikat besar yang mengeluarkan puluh ribuan ringgit dan puluhan antenna untuk support 1km persegi berbanding dengan persendirian yang ingin bermodalkan rm2k complete system dengan satu antenna yang berharap untuk mencapai 1km persegi adalah menjadi satu sebab kenapa vendor diluar sana tidak mampu untuk melakukannya.. dan ini harus diketahui kepada semua yang baru dan mahu menyediakan perkhidmatan ini...
jika kawasan yang ingin diliputi adalah kawasan terbuka tanpa pokok dan bangunan seperti padang pasir, sudah tentu itu mungkin.. atau customer yang kira ingin capai menggunakan high gain antenna dan meletakkan ditempat yang tinggi supaya tiada halangan antara AP(Access Point) ke CPE (Client Premise Equipment) sehingga 10 kilometer pun mereka berani jamin..
perkara yang perlu anda ketahui adalah "apa punca kecilnya gelombang wifi?", s**a untuk saya kongsikan antara sebab kenapa antenna tidak dapat dipancarkan dengan meluas :
1. satu lapisan dinding concrete akan mengurangkan 1 bar wifi (pengiraan yang salah, tapi bleh dianggap macam ni untuk mudah paham)
2. setting pada AP, jika AP tu di setkan makin jauh, buka antara atas dan bawak gelombang wifi akan menguncup kecil, ini mengebabkan kawasan berdekatan tedak medapat coverage, manakala kawasan jauh saja dapat.. jika wifi bleh di connect sekali, tapi data tetap tidak boleh dihantar kerana kemampuan antenna pada laptop itu sendiri terbatas..
3. tidak meletakkan antenna ditempat yang tinggi, mungkin disebabkan struktur bangunan tidak bagus... ini menyebabkan laluan gelombang perlu menembusi terlalu banyak dinding untuk sampai ke customer.. Jika antenna diletakkan ditempat yang tinggi, gelombang hanya perlu untuk menembusi atap rumah sahaja dan atau beberapa lapisan dinding sahaja..
4. pengguna sendiri menggunakan external antenna yang rendah (selalunya computer)..
5. meletakkan antenna dengan bangunan hadapan telalu dekat atau menghadapkan antenna tidak pada keadaan yang betul..
6. tidak tahu/mahu guna repeater dan bayar sewa rm10 sebulan untuk eletrik kat rumah jiran
7. menggunakan antenna yang murah.. dan tak berquality..
8. Tempat yang kurang strategic, ini part yang paling penting kerana jika tempat yang betul, anda tidak perlu untuk menggunakan repeater untuk mendapatkan bilangan pelanggan yang ramai.. dengan jarak yang dekat, puluhan pelanggan dapat dicapai.. seperti apartment dan sama jenis dengan nya..
dan sebangainya.. ini mengikut pengalaman saya sendiri, mungkin otai² hotspot kat CG x setuju bleh comment dan betulkan..
Jadi secara kesimp**annya, Jarak tidak mengikut brapa bagus antenna kita sahaja, akan tetapi juga perlu ikut sumber kewangan, bilangan antenna/repeater yang digunakan, tempat yang sesuai untuk menjalankan perniagaan hotspot ini.. semoga anda semua berjaya hendaknya saya doakan.. untuk sebarang soalan mudah bleh tanyakan pada saya dan termampu saya jawab.. untuk persoalan yang pelik², saya serahkan pada Otai2 yang lain untuk jawab, saya tengok ramai otai kat Carigold ni, tapi low profile jer, diam² jer yer... hooho..
kalau sapa nak jalankan hotspot dengan minima modal leh PM saya..
Dari Cicak_poyo
Sumber Dari : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=316549&page=358
Page 358- Wifi Hotspot Kiosk Menjana Keuntungan Berganda? Offline Business, Entrepreneur Discussion