Personal Coaching Forex Malaysia

Personal Coaching Forex Malaysia Forex Coaching for Malaysian & Brunei.

16/08/2026

Kebiasaan saya ambil risk 1 : reward 3. Tapi ada situasi saya perlu ambil risk 2 tapi reward 3. Sebab kalau set juga risk 1, price akan capai SL & baru ke paras TP. Ini berdasarkan SOP analisis. Dan SOP analisis itu dibuat berdasarkan behaviour market² lepas.

Done TP3. Akaun paling kecil.
Selamat berhujung minggu.

Prestasi akaun paling kecil, 60%Tahap Advance, Half Ultimate, Full Ultimate.
07/08/2026

Prestasi akaun paling kecil, 60%
Tahap Advance, Half Ultimate, Full Ultimate.

Berapa tempoh boleh lulus?Ini bergantung pada rezeki sebenarnya. Susah nak cakap. Tapi kalau ada KPI minimum, saya cuma ...
30/07/2026

Berapa tempoh boleh lulus?

Ini bergantung pada rezeki sebenarnya. Susah nak cakap. Tapi kalau ada KPI minimum, saya cuma boleh kata, mungkin 2 bulan ½. Kalau akaun firm ini biasanya risk 0.5%. Jadi kalau win sampai 10, dah 5%. Bila capai sasaran ni boleh sama ada nak teruskan / rehat.

Kalau saya akan rehat, sebab jadi trader ini jujurnya memang tak cukup tidur. Bawah kelopak mata saya pun dah macam panda.

Jadi sebulan 5%
2 bulan 10% lulus fasa 1.
Kemudian ½ bulan lulus 5%.

"Tak ada ke cara cepat?"

Ada, naikkan risiko dari 0.5% kepada 1%. Cara ini ada yg tak sampai sebulan boleh capai. Cuma saya nasihat ikut syarat yg ketat.

Antaranya ada duit lebihan. Contoh kalau hit 5% daily, maknanya kena ambil lagi. Kalau budget cuma 1k, saranan saya ambil lah akaun 10K (Deposit 90$) atau 5K (Deposit 40$).

Kalau akaun 10K deposit 90$, boleh ada peluang lagi sampai 2 ke 3 kali. Kalau akaun 5k deposit 40$ ada peluang lagi sampai 4 ke 5 kali. Kalau terus ambil akaun 25k deposit 250$, saya yg melatih pun risau.

Dan.. Kalau guna risk 1% tolong perhati berapa amaun yg sudah hit SL. Contoh ambil akaun 10K. Kalau nampak hari itu dah hit 4% (mana tahu mungkin sebab sideway yg agresif) lebih baik posisi yg terakhir pada hari tu letakkan SL dengan risiko 0.8%.

Jadi kalau hit SL juga = -4.8%.
Belum sentuh daily drawdown = -5%

Apa pun, untuk trader yg ingin risk kan 1% :
1) Modal ada banyak.
2) Emosi mampu kuat bertahan.
3) Analisis bertaraf 4 bintang.

"Kalau ambil akaun 5K boleh tak.."Boleh! Kalau dengan cara saya ada 2 kaedah trade. Pertama risiko dikira berdasarkan %....
21/07/2026

"Kalau ambil akaun 5K boleh tak.."

Boleh! Kalau dengan cara saya ada 2 kaedah trade. Pertama risiko dikira berdasarkan %. Kedua risiko dikira berdasarkan pips.

Lagi² nak ambil akaun audition 5K bayaran pada firma lebih kurang 160 ke bawah.

Tapi trade risk berdasarkan % tu, walaupun boleh, tapi bagi saya kurang sesuai diaplikasikan di akaun 5K. Kenapa?

Mari lihat ya,
Balance 5,000$.
Risk 0.5% : 25$
Stop loss : 300pips.

Kalau begini trader perlu buka 0.008 lot. Di akaun standard tiada 0.008 lot. Minimum 0.01 lot. Tapi kalau buka 0.01 lot pun tiada masalah sebenarnya, risk masih 0.6%. Kiraan -300pips x 0.10$ = 30$. 30$ ini bersamaan risk -0.6%.

Kalau trade risk berdasarkan pips, semua setup bulan tu semuanya entri size lot yg sama.

Contoh : Akaun 5,000$.
Entri 0.01 lot.
Stop loss -300pips
Risk 0.6% : -30$

Jadi jawapannya, ya boleh..
Ambil akaun 5K tiada masalah.

Cuma akan jadi masalah kalau pergerakan gold jadi terlalu extreme contoh bulan 2 & 3 lepas.

SL yg sesuai waktu tu sampai saya terpaksa letak SL -1,200pips. Nak buat macam mana, analisis kata begitu. Kalau waktu tu letak SL -300pips, Gold ketawa senggol sikit dah hit.

"Kalau SL 50pips boleh tak cikgu?"Saya baca mesej seorang pelajar. Sebabkan tak dapat baca nada dia, jadi mesej tu ada b...
30/06/2026

"Kalau SL 50pips boleh tak cikgu?"

Saya baca mesej seorang pelajar. Sebabkan tak dapat baca nada dia, jadi mesej tu ada beberapa maksud.

"Adakah dia skeptikal dengan SL saya mencapai 100pips dan lebih?"

atau

"Adakah dia memang nak had kan SL dia kepada 50pips saja.."

Tapi saya bagi jawapan yg menjawab kedua² nada soalan.

1) SL 50pips ni sesuai kalau tuan trade di XAUUSD Time frame M1. Kalau waktu market aktif, SL 50pips ni sangat dekat bahkan untuk time frame M5 atau M15. Kalau SL 50pips di H1? Lagi lah.. 50pips tu macam 1cm je..

2) SL yg saya sarankan adalah -5% di akaun broker biasa dan 0.5% di akaun firm. Caranya kalau kita perlu risikokan 100USD, kita pilih :

0.20 x -50pips ke,
0.10 x -100pips ke,
0.05 x -200pips ke,
0.02 x 500pips ke..

Sebab kesemua saiz lot & SL yg berbeza ini tetap akan membawa amaun SL yg sama.

Jadi, jangan skeptikal kalau cikgu kata, SL di H4 kali ini 600pips. SL 600pips is nothing. Amaun SL tu yg perlu diperhati.

Harap dapat sesuatu..

Mustahil jadi Billionaire dalam Online Trade.Sebenarnya mustahil trader solo nak capai status sebagai billionaire semata...
04/06/2026

Mustahil jadi Billionaire dalam Online Trade.
Sebenarnya mustahil trader solo nak capai status sebagai billionaire semata² bergantung pada akaun trade.
Katakan seorang trader ada wang 50juta USD. Dia masukkan ke akaun trade & berhajat untuk jadikan 1,000 juta USD iaitu 1 Billion.
Atas kertas bukan mustahil, sebab 50 juta jadi 1,000 juta ni perbandingannya macam 50USD jadi 1,000USD. Siapa pernah buat? Ramai pernah buat termasuk saya sendiri.
Tapi akan ada cabaran & masalah :
1) Broker tiada kapasiti yg cukup nak proses order lot mega berterusan. Kalau balance 50USD dah biasa buka 0.01 lot. Jadi bila balance dah 50 juta (1,000,000x ganda dari 50$) nanti dah tentu nak buka 10,000 lot (1,000,000x ganda dari 0.01 lot).
Tapi kalau cuba entri Buy / Sell, 10,000 lot takkan terbuka. Saya dengar maksimum 100 lot sahaja.
2) Katakan berjaya deposit 50juta USD. Tapi maksimum 100 lot sahaja. 100 lot di akaun standard bermaksud 1 pip bernilai 1,000USD. Kalau begini, nak double kan 50juta USD jadi 100juta USD memerlukan :

50juta USD ÷ 1,000$ = 50,000pips.
Ya trader perlu untung 50,000pips baru lah akaun 50juta USD menjadi 100juta USD p**a. Soalannya, berapa tahun baru kita boleh dapat 50,000 pips?
Rekod saya sebulan dengan entri pun, total cuma 7,200pips sebulan. Itu pun sebab gold bulan tu bergerak sampai beribu² pips sehari.
3) Leverage dikecilkan.

Dalam undang² risk management, semakin besar modal sesebuah akaun, semakin rendah leverage akaun diberikan. Kalau balance 3,000$ pun leverage dah jadi 1 : 200, bayangkan kalau balance 30K $ atau 300K $. Silap² 1 : 20 saja.
Leverage kecil ni akan sebabkan trader perlu cagarkan modal lebih besar. Silap² dengan modal 30,000$, baru nak buka 3.00 lot pun dah keluar amaran "Not enough money." Kalau leverage 1 : 500 lain ceritanya. Sebab itu ramai beralih ke prop firm kalau betul leverage yg diberi nanti cuma 1 : 10.
4) Kena redflag dengan kerajaan. Broker trade yg kebanyakan trader guna sekarang beroperasi di kawasan luar pesisir seperti offshore. Pindahkan duit untung dari akaun 50 juta USD masuk ke akaun tempatan boleh cetus amaran bawah AMLA. Sangat kemungkinan besar duit dibekukan.
"Habis tu, macam mana?"
Billionaire macam George Soros atau Stanley Druckenmiller, mereka tak jadi kaya dengan melukis chart di komputer rumah.
Tapi mereka jadi kaya dengan menubuhkan Hedge Fund gergasi & uruskan dana bernilai bilion dolar milik pelabur lain. Contoh :
1) George Soros menubuhkan Quantum Fund di bawah syarikat Soros Fund Management.
2) Stanley Druckenmiller menubuhkan Duquesne Capital Management.
Mereka ambil yuran pengurusan & percent untung yg sangat besar daripada dana berbilion dolar milik pelabur institusi.
Selepas sudah terlampau kaya, kedua² lagenda ini p**angkan semula wang pelabur luar.
Druckenmiller tutup Duquesne Capital tahun 2010. Hari ini, mereka trade & melabur menggunakan Family Office (syarikat pengurusan harta peribadi).
Maksudnya, kekayaan 7.5 bilion Billion George Soros & 7.8 bilion USD Druckenmiller yg tinggal sekarang adalah 100% modal milik mereka & keluarga mereka sendiri untuk trade di pasaran
Ya, mereka bukan trade dengan modal sendiri.
Tapi nak buat cara begini, boleh. Pastikan tahu kawal risk & reward ratio. Dan analisis pun perlu profitable.

Alhamdulillah. Hari ni pelajar² full ultimate meraih ratusan pips. Walaupun bergerak turun, tapi masing² pegang handle r...
20/05/2026

Alhamdulillah. Hari ni pelajar² full ultimate meraih ratusan pips. Walaupun bergerak turun, tapi masing² pegang handle roller coaster dengan erat.. Tahniah para sniper malam ni..

Boleh tidur lena..

Kaedah risk & reward serta kekurangannya.Biasanya trader yg guna kaedah risk & reward ini ada dua cara.1) By pips.2) By ...
19/04/2026

Kaedah risk & reward serta kekurangannya.

Biasanya trader yg guna kaedah risk & reward ini ada dua cara.

1) By pips.
2) By percentage.

By pips. Trader akan tetapkan SL berapa yg sesuai berdasarkan analisis. Diberi contoh, trader buka entri & kalau position itu hit SL, trader dah siap kira mungkin loss -100pips.

Tapi reward p**a, trader mungkin tetapkan 2x ganda, 3x ganda, 5x ganda atau 10x ganda.

Contoh diberi, balance 10,000$. Trader entri Sell. SL ditetapkan -100pips. Tapi TP 300pips. Sebabkan trader nak risikokan 1% dari balance iaitu 100$, maka lot yg akan dibuka 0.10 lot.

Sepanjang bulan itu, buka apa² posisi,
Saiz entri tetap 0.10 lot.
SL tetap 100pips.
TP tetap 300pips.

Faham dah?

Kekurangan di sini, trader abaikan zon² sensitif. Kadang² saya tengok dekat price akan bounce tu lah SL -100pips trader tu berada, kemudian baru pergi semula ke paras TP.

------------------------

By percentage. Trader masih tetapkan SL berapa² yg sesuai berdasarkan analisis. Tapi SL nya tak tetap. Kadang² boleh jadi 200pips, 100pips, 50pips. Ia bergantung pada situasi.

A) Contoh diberi, balance 10,000$. Trader entri Buy. Tapi analisis kali ni tetapkan SL 80pips. Sebabkan trader nak risikokan 1% dari balance, maka lot yg akan dibuka kali ni 0.13 lot.

"Eh macam mana cikgu kamu kira ni?"

0.13 lot x SL -80pips = -104$. Kan 104$ ni bersamaan SL 1% dari 10,000$. Ngam kan?

B) Contoh lain diberi, balance 10,000$. Trader entri Buy juga. Tapi analisis kali ni tetapkan SL 200pips. Sebabkan trader nak risikokan 1% dari balance, maka lot yg akan dibuka 0.05 lot.

"Eh macam mana cikgu kamu kira ni?"

0.05 lot x SL -200pips = -100$. Kan 100$ ni bersamaan SL 1% dari 10,000$. Ngam kan?

Saiz SL berbeza,
Lot jadi berbeza,
Risiko 1% tetap sama.

Cumanya, kekurangan / bahaya kaedah² ini kalau berlaku gap. Biasanya kalau hold hingga esok. Contoh SL -100pips, TP 300pips. Tapi disebabkan gap esoknya, SL tu tak ditutup -100pips, tapi ditutup paras -500pips.

Kalau SL -100pips = -1%.
Kalau loss -500pips = tak ke -5%?

Loss -5% sehari di akaun firm ni adalah kesalahan jenayah yg tak boleh diampunkan.

Kesannya muka trader masing² akan jadi macam keledek lah tengok akaun funded mereka burn gara² kena gap macam tu.

Faham tak? Kalau kurang faham,
Daftar sini private coaching.
t.me/tradergold3005
Latihan disediakan.

Akaun prop firm vs Akaun retails.Kelebihan akaun firm.+ Firma sediakan modal besar untuk trader.+ Bayar 1,200USD dapat a...
17/04/2026

Akaun prop firm vs Akaun retails.

Kelebihan akaun firm.
+ Firma sediakan modal besar untuk trader.
+ Bayar 1,200USD dapat akaun 200K USD.
+ Potensi withdrawal lebih banyak.
+ Wang deposit dip**angkan bersama profit.
+ Bentuk trader supaya jadi profesional.
+ Akaun negatif, firma yg akan tanggung.

Kekurangan akaun firm.
+ Biasanya perlu lulus fasa 1 & 2 dahulu.
+ Tak boleh tarik modal ketika fasa 1 / 2.
+ 'Hidden rules' akibatkan akaun ditutup.
+ Biasanya jangan rugi sehari -5% dari balance.
+ Ada yg kenakan syarat minimum hari trade.
+ Ada kenakan syarat konsisten profit trade.
+ Pembahagian untung 80% untuk trader.
+ Contoh buat profit 2,500$, dapat 2,000$.
+ Ada yg larang trade ketika news.
+ Payout tunggu risk team review account.
+ Firma boleh tutup akaun trader bila² masa.

Kelebihan akaun retails.
+ Tak ada peraturan tentang gaya trading.
+ 100% keuntungan milik trader.
+ Nak withdraw bila² masa pun boleh.
+ Ada yg offer 100% bonus deposit.

Kekurangan akaun retails.
+ Modal kecil untung kecil.
+ Gandakan akaun agak lambat.
+ Akaun jadi negatif, trader tanggung.
+ Risiko akaun B book (broker makan duit)

*Secara peribadi saya lebihkan akaun retails. Bila payout di akaun firm, deposit p**a ke akaun retails. Syarat trade dilonggarkan.

Rekod peribadi saya hold position +1,700 pips hanya dengan satu entri. Akaun trading yg lain juga hold position yg sama ...
08/04/2026

Rekod peribadi saya hold position +1,700 pips hanya dengan satu entri. Akaun trading yg lain juga hold position yg sama tapi itu akaun company lain. Saya cuma pengurus.

Alhamdulillah... Takjub dengan luasnya ilmu Allah SWT. Kalau dulu saya cuma mampu analisis dengan SL 50 pips & TP 80 pips.

Tapi kini doa saya dimakbulkan lebih daripada itu. Ramai orang hari ini ligat merancang. Segala formula, teknik & taktik disusun rapi.

Mungkin manusia terlupa satu perkara besar iaitu alama ini ada Pemiliknya.

Tanpa izinNya, segala kepakaran kita boleh jadi terkapar, buntu, mundarbmandir & mungkin kecundang di tengah jalan. Apa pun usaha kita, mohon lah izin dengan adab melalui doa.

Ingatlah formula D.U.I.T ini :

D = Do : Memohon kepada Tuhan yg SEBENAR.
U = Usaha : Lakukan dengan terbaik.
I = Istiqamah : Konsisten, disipilin.
T - Tawakal : Serahkan hasil kepada Nya.

Bila kita faham konsep D.U.I.T ini, jiwa kita akan lebih tenang. Ada masalah, Tuhan akan beri petunjuk & kita tak lagi dikejar oleh rasa tamak atau takut yg buat kita tidak tenang.

Sebab kita tahu, 'entry' itu adalah usaha kita. Analisis yg kita gunakan mempunyai rekod cemerlang & profit' itu adalah rezeki dariNya.

Janganlah kita menjadi hamba kepada graf & angka semata², sehingga mengabaikan perintahNya.

Ilmu teknikal itu penting. Tapi hubungan dengan Tuhan itu lebih utama.

https://wasap.my/60183508425/PC
t.me/tradergold3005

Address

Bukit Malawati
Kuala Lumpur
53100

Telephone

+60183508425

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Personal Coaching Forex Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share