Reka Bumi Enterprise

Reka Bumi Enterprise ReKA BUMI is providing full line of cleaning services house, office, factory, part time maids, upho

21/05/2021

PERKHIDMATAN SANITASI DAN DISINFEKSI.

- Teknik misting
- Semburan kabus bukan asap atau fogging
- Bahan kimia yg mesra pengguna, perabut dan peralatan
- Teknik wiping - Iaitu dgn mengelap semula permukaan penting seperti tombol pintu, suis elektrik cthnya.
- Mesin semburan tidak menggunakan diesel.. ULV sepenuhnya

Kebiasaannya kawasan yang telah disanitasi memerlukan 1jam untuk cool down period

Untuk semburan pada kenderaan adalah teknik sama.

Call & whatapps now :

17/05/2021




Sila like FB page kami : https://www.facebook.com/rekabumi.ent/
03/03/2021

Sila like FB page kami : https://www.facebook.com/rekabumi.ent/

Reka Bumi Enterprise is a company which is a franchise with Procleaners. Currently our services more concentrated in the area Connaught, Cheras, Kuala Lumpur City Centre include Sentul area, Bandar Tasek Selatan, Sungai Besi, Sri Petaling.

[RUANG PEJABAT BERSIH TINGKAT PRESTASI PEKERJA]"Tiada cleaner utk membersih ruang pejabat?"Kami boleh membantu anda meny...
01/03/2021

[RUANG PEJABAT BERSIH TINGKAT PRESTASI PEKERJA]
"Tiada cleaner utk membersih ruang pejabat?"

Kami boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini. Hanya hubungi pihak kami, kami akan membekalkan pekerja untuk membersihkan ruang pejabat anda secara partime @ fulltime.
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami.
Kebersihan pejabat anda adalah keutamaan kami.

# rekabumienterprise

01/03/2021

AMALKAN LANGKAH PEMBERSIHAN INI SUPAYA RUMAH ANDA BERSIH DAN BEBAS KUMAN.

Kebelakangan ini anda pasti lebih kerap mencuci tangan dan cuba sedaya upaya untuk elak menyentuh merata permukaan yang mungkin tercemar. Cecair pembasmi kuman p**a ibarat kawan baik anda sekarang, bukan?

Mengekalkan kebersihan diri apabila berada di luar adalah penting namun, bagaimana p**a keadaannya sejurus anda p**ang ke rumah?

Bagaimana cara untuk tidak 'mengangkut' kuman dari luar masuk ke dalam rumah - tempat kita beristirehat dan mungkin paling banyak meluangkan waktu - agar ia bebas daripada segala anasir virus korona COVID-19?

Berikut adalah tips pembersihan rumah yang dikongsikan oleh Helpling Asia Pacific, sebuah perkhidmatankediaman online.

5 tips utama daripada seorang pakar pembersihan rumah syarikat itu:

1. Bentuk tabiat membersihkan dan mengemas
2. Vakum dan lap kawasan yang sering disentuh serta digunakan ramai orang
3. Gunakan kain lap atau tisu alkohol untuk membasmi kuman pada peranti teknologi
4. Bersihkan kawasan yang seringkali diabaikan di rumah dengan tidu alkohol atau cecair pembasmi kuman
5. Cuci dan sembur cecair pembasmi kuman pada bantal serta tilam

Tempat paling kotor dalam rumah

Sofa. Ia adalah perabot yang seringkali digunakan namun tetapi kerap juga terlepas pandang apabila rutin pembersihan harian dilakukan. Bahkan, ramai dalam kalangan kita akan melabuhkan saja punggung di sofa dengan pakaian kotor sebaik p**ang ke rumah.

Tempat sarang kuman di rumah

Tempat-tempat yang selalu disentuh seperti tombol pintu biasanya adalah tempat paling berkuman di rumah kerana tangan setiap orang pasti akan memegangnya pada suatu masa. Bakteria dan virus mungkin 'bertimbun' di situ lantas, ia patut dibersihkan dengan kerap.

Dengan penularan COVID-19, patutkah kita menyembur pembersih berasaskan alkohol pada kesemua barang di rumah?

Pembersih berasaskan alkohol amat disarankan tetapi pastikan anda berhati-hati dengan penggunaannya dan elakkan perabot atau barangan 'sensitif'.

Apakah langkah-langkah tambahan yang harus diambil semasa tempoh ini ketika membersihkan rumah?

Sentiasa memastikan semua kain dan peralatan pembersihan dicuci dan kuman dibasmi setelah membersihkan rumah. Jika tidak, anda mungkin mengalihkan kuman dari satu sudut ke satu sudut yang lain dalam rumah anda.

Adakah sebarang perkara khas untuk dilakukan jika anda mempunyai kanak-kanak kecil, orang tua atau haiwan peliharaan di rumah?

Penting untuk memeriksa bahawa produk pembasmi kuman yang digunakan adalah mesra kanak-kanak, orang tua dan haiwan peliharaan. Sesetengah produk pembersih boleh mengandungi kimia berbahaya atau menyebabkan alahan tertentu berlaku.

Apakah perkara utama yang harus kita ingat apabila cuba untuk memastikan rumah bebas virus?

Sentiasa sedar perkara-perkara yang anda lakukan terlebih dahulu apabila anda p**ang ke rumah kerana kuman boleh dibawa masuk ke rumah melalui pakaian, kasut, tangan dan banyak lagi. Cuci tangan anda terlebih dahulu, mandi dan salin pakaian bersih sebelum ingin bersantai di sofa mahupun atas katil. Pastikan anda meletakkan beg serta kasut di tempat-tempat dikhusukan dan bukannya merata rumah.

Akhir sekali, pastikan anda ada produk pembasmi kuman yang berasaskan alkohol kerana ia amat berguna dan berkesan ke atas kebanyakan permukaan.

28/02/2021

MEMBERSIHKAN RUMAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SEDIA ADA DI DALAM RUMAH
Bahan:-
*Serbuk penaik (baking soda)
*Cuka putih
*Lemon
*Kain microfibre
*Lint roller

10. Bersihkan span guna microwave.

Kalau anda guna span untuk bersihkan pinggan mangkuk, nak guna apa untuk bersihkan si span itu p**ak?

Sebenarnya, bila anda biarkan span dalam keadaan lembap, ia boleh mengumpul bakteria dengan mudah. Bau yang datang kemudian pun taklah menyenangkan sangat!

Cara untuk mengelakkan perkara ini mudah sahaja, letak span tersebut dalam semangkuk air dan microwave untuk seminit, supaya dapat membunuh sehingga 99.9% daripada kuman tersebut.



27/02/2021

MEMBERSIHKAN RUMAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SEDIA ADA DI DALAM RUMAH
Bahan:-
*Serbuk penaik (baking soda)
*Cuka putih
*Lemon
*Kain microfibre
*Lint roller

9. Cuci dan buang bau daripada microwave.
Campurkan cuka, lemon dan air dalam sebiji cawan, dan pasang microwave selama lima minit.
Stim daripada air tadi akan melonggarkan bahan-bahan yang terlekat pada microwave anda, supaya anda boleh lap ia dengan mudah. Lemon tadi p**a adalah untuk menyegarkan bau dalam microwave.



26/02/2021

MEMBERSIHKAN RUMAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SEDIA ADA DI DALAM RUMAH
Bahan:-
*Serbuk penaik (baking soda)
*Cuka putih
*Lemon
*Kain microfibre
*Lint roller

8) Bersihkan contengan daripada dinding
Kalau anda ada anak-anak kecil yang 'kreatif' sangat (tapi mudah lupa yang mereka ada kertas conteng/papan hitam), anda boleh bersihkan kesan contengan dengan ubat gigi ataupun lap guna kain basah yang disemburi serbuk penaik.



24/02/2021

MEMBERSIHKAN RUMAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SEDIA ADA DI DALAM RUMAH
Bahan:-
*Serbuk penaik (baking soda)
*Cuka putih
*Lemon
*Kain microfibre
*Lint roller

7) Bersihkan kipas siling dengan sarung bantal
Memang dilema kalau nak cuci kipas siling ni. Bila dijolok, habuk boleh jatuh atas muka, atas meja, atas katil. Dah la habuk tu bukan senang nak bersihkan bila kena kain.

Untuk selesaikan masalah ini, anda boleh bersihkan bilah kipas tu guna sarung bantal, supaya habuk-habuk tersebut tak melimpah keluar.

Kalau anda tak cukup tinggi untuk capai kipas, hubungilah rakan-rakan yang lebih berkemampuan. Hahahahaha



23/02/2021

MEMBERSIHKAN RUMAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SEDIA ADA DI DALAM RUMAH
Bahan:-
*Serbuk penaik (baking soda)
*Cuka putih
*Lemon
*Kain microfibre
*Lint roller

6) Cuci cutting board dengan lemon dan garam
Tak kisahlah cutting board anda jenis apa, anda boleh buang kesan kotoran di atasnya menggunakan lemon dan garam.

Taburkan garam kasar atas papan dan biarkan buat beberapa minit. Potong lemon, dan gosok permukaan papan tersebut dengan isi lemon tadi, dan bilas.




22/02/2021

MEMBERSIHKAN RUMAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SEDIA ADA DI DALAM RUMAH
Bahan:-
*Serbuk penaik (baking soda)
*Cuka putih
*Lemon
*Kain microfibre
*Lint roller

5) Bersihkan baju dan perabot daripada bulu kucing
Bagi yang ada kucing kesayangan di rumah, pasti anda faham akan liku-liku yang perlu ditempuhi sehari-hari. Bulu di mana-mana – kat baju, seluar, beg, sofa, cadar, muka pun ada.

Selain daripada memberi makanan yang sihat buat si manja supaya dia tak gugur banyak sangat bulu, pastikan anda ada lint roller kat rumah. Bukan bulu kucing je yang anda bulu kutip, bulu orang pun sama.

Anda juga boleh gunakan lint roller ini untuk mengutip cebisan-cebisan kecil atas lantai, kalau malas nak capai penyapu.



Address

Taman Desa Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+60133644746

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Reka Bumi Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Reka Bumi Enterprise:

Share