06/05/2020
Setiap pencapaian, kejadian, dan peristiwa ada permulaannya. Begitu juga dalam mencapai status bebas dari segi kewangan (financial freedom).
Untuk berjaya, seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai keinginan yang kuat, kemahuan yang tidak berbelah bahagi dan tekad yang padu. Mudah kalau ditulis dan disebut, tapi semua itu sebenarnya hanya kembali merujuk kepada satu perkara. Perasaaan. Perasaan yang kuat terhadap sesuatu yang membolehkan kita mencapai sesuatu itu.
Berjaya atau tidak dicapai, berbantung kepada berapa kuat kita mahukannya.
Keinginan mungkin bermula dengan sebuah mimpi.
Apa yang ada di dalam minda kita lebih besar pengaruhnya kepada kehidupan seharian kita berbanding perbuatan harian kita ataupun pertuturan yang selalu kita ucapkan.
Berbeza p**a dengan orang yang keinginannya sudah terpahat di dalam hati. Tuturnya akan mengulang keinginan itu, dan tingkah laku perbuatannya juga akan menjurus selari dengan fikiran itu. Jadi, untuk berjaya, seorang perlu mempunyai keinginan untuk berjaya itu di dalam fikirannya terlebih dahulu.
Keinginan ini tidaklah datang serta merta. Jika kita sering membaca biografi orang yang berjaya, atau mengikuti temuramah mereka, boleh dikatakan 90% daripada mereka mempunyai kisah ‘susah’ yang telah mendorong mereka mengubah nasib hidup mereka.
Jadi, tidak salah untuk bermimpi dan berangan – angan untuk berjaya. Perkara yang menjadi salah ialah kekal dalam mimpi dan angan – angan itu. Mimpi atau angan perlu diubah menjadi cita-cita. Cita-cita perlu diubah kepada tekad (burning desire). Apabila desire ini ada, only with this burning desire, we can success.
Keinginan ini boleh diasuh dengan enam langkah ini:
Pertama : Tetapkan didalam minda matlamat yang kita mahukan.
Dalam langkah yang ‘mudah’ ini ramai yang gagal dan sukar melaksanakannya.
Kedua: Tetapkan dengan terperinci, apakah yang sanggup dikorbankan demi mencapai kejayaan yang telah ditentukan dan ditetapkan.
Ketiga: tetapkan tempoh masa.
Ramai orang yang ingin berjaya tapi tak berjaya sebab tak pernah decide bila dia mahu jadi berjaya. Time frame ataupun tempoh masa ini penting. Kewujudan tempoh masa inilah yang membezakan antara mimpi dan impian.
Keempat: Cari satu rancangan atau jalan untuk merealasasikan sasaran tersebut.
Kata orang, kalau dah tahu macam mana nak kaya, kayalah semua orang. Tidak semestinya. Perancangan itu penting, dan lebih penting lagi ianya dilaksanakan secepat mungkin.
Kelima: Menulis kenyataan kejayaan.
Dengan ayat yang paling mudah dan paling rapat dengan dengan diri kita, tidak perlu betul tata bahasanya, tidak perlu banyak bunga kiasanya. Tulis satu perenggan yang jelas menyatakan apa yang kita mahu, bila kita mahukannya dan apa yang sanggup kita lakukakan untuk mendapatkannya dan bagaimana perancangan kita.
Keenam: Membaca kenyataan kejayaan.
Simpan azam ini, baca walaupun dah hafal, bawa keluar kertas tu dan baca sebelum tidur dan sesudah bangun dengan suara yang zahir. Sambil membacanya, rasa dan percaya, jumlah yang diingini itu telah menjadi milik kita.