08/09/2018
ROADMAP PENGEMBANGAN BISNES GAYA ABS
(dari syarikat kecil sehingga ke syarikat bernilai tinggi brand terkemuka)
ABS sedang mengadakan program kolaborasi bersama Yayasan Pahang untuk memperkasakan usahawan anak Pahang melalui Program Pengembangan Bisnes yang dipelopori oleh ABS
Objektif program ini adalah untuk menghasilkan sekelompok usahawan yang bakal mempunyai syarikat bernilai tinggi (jualan jutaan/puluhan jutaan ringgit dan keuntungan yang baik) dari perspektif pelabur sofistikated dan korporat dan BRAND (nilai perspektif) yang dikenali ramai di seluruh Malaysia dan serantau
1. Program ini bermula dengan SEMINAR STRATEGI BISNES pada bulan September 2018 ini dimana usahawan akan diberi pendedahan kepada roadmap, analisis, kewangan, strategi-strategi dan perancangan pengembangan bisnes dll
2. Program seterusnya adalah program SARINGAN yang akan diadakan pada bulan Oktober 2018 untuk memilih 20 syarikat yang dilihat berpotensi untuk memikul cabaran membina dan mengembangkan bisnes mereka sehingga bernilai tinggi.
Pemilihan akan dilakukan berdasarkan saiz dan jenis bisnes syarikat, potensi untuk berkembang, tim pengurusan syarikat dan yang paling penting semangat dan komitmen untuk berjaya sebagai seorang usahawan.
3. Program seterusnya ialah program COACHING & MENTORING di mana 20 syarikat terpilih ini akan melalui sesi coaching 2 hari sebulan selama 12 bulan untuk pembelajaran intensif strategi pengembangan bisnes.
Isu-isu seperti memvalidasikan model bisnes untuk berdaya maju, analisis bisnes untuk berdaya saing tinggi, penstrukturan bisnes untuk lebih efisien, strategi mengembangkan bisnes, perjanjian dengan partner lisensi, pelan pengembangan bisnes untuk 3 tahun, perkongsian pengalaman dengan syarikat ABS yang berjaya mengembangkan bisnes dll.
Syarikat-syarikat terpilih ini juga akan mula mengembangkan bisnes mereka dengan mula berpartner dengan lisensi dan membuka cawangan sewaktu fasa ini
Kos untuk program coaching dan mentoring selama 12 bulan ini akan dibiayai oleh Yayasan Pahang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan samada sebagai pinjaman ataupun lain-lain
4. Program selanjutnya adalah Program PENGEMBANGAN BISNES yang akan berlanjutan selama 2-3 tahun dimana syarikat-syarikat akan berusaha membuka cawangan di seluruh Malaysia sejajar dengan pelan bisnes mereka.
Pengembangan ini akan dilakukan samada di network eko-sistem bisnes ABS (25 syarikat IKS dan 183,000 followers Puan Ainon Mohd, founder ABS) ataupun di network Yayasan Pahang atau kedua-duanya sekali.
ABS sudah berpengalaman dalam teknik mengembangkan bisnes ini dengan sukses untuk syarikat yang bernaung di bawahnya i.e. tadika abs, abs toys, abs mom's house, abs cuci, abs pest control, abs gift, abs chamo dan lain-lain
Network-network ini akan membantu mempromosi bisnes usahawan syarikat terpilih yang telah divalidasikan ini untuk mendapatkan partners lisensi dan menaikkan brand mereka online dan offline. Papan tanda logo bisnes mereka yang dipamerkan oleh cawangan mereka di seluruh Malaysia dan juga promosi lokal masing-masing juga akan menyumbang kepada usaha menaikkan brand mereka.
Sesi MONITORING & TRACKING juga akan diadakan setiap bulan sewaktu fasa ini untuk memantau pencapaian syarikat-syarikat dan memberi khidmat nasihat untuk mengatasi masaalah-masaalah yang di hadapi sewaktu pengembangan bisnes
Nilai jualan + keuntungan (nilai sebenar syarikat) + nilai BRAND (nilai persepsi) akan melonjakkan nilai keseluruhan syarikat ke tahap yang lebih tinggi dan akan menarik minat pelabur-pelabur sofistikated dan korporat untuk melabur dalam syarikat sebegini.
Syarikat akan menjadi kompetitif di persada dunia perniagaan terbuka dan korporat dan berdikari dan diharapkan tidak perlu mengharapkan dana dan bantuan dari kerajaan kerana syarikat mempunyai nilai yang tinggi dan brand yang terkenal di rantau ini. Inilah matlamat akhir program ini.
Kepada usahawan-usahawan anak Pahang.
Sahutlah cabaran ini dengan mengikuti program yang didatangkan oleh Yayasan Pahang yang berdedikasi ingin membangunkan dan memperkasakan usahawan-usahawan anak Pahang. Sudah beruntung bagi usahawan dan anak Pahang yang ada Yayasan yang prihatin dan ingin menaikkan martabat usahawan-usahawan Pahang
ANDA MAHU SAHUT CABARAN INI?
AMBIL LANGKAH PERTAMA
HADIRILAH SEMINAR INI
SEMINAR STRATEGI PENGEMBANGAN BISNES
(Anjuran bersama Yayasan Pahang dan ABS)
22-23 September 2018
Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Kuantan
Hubungi
Tuan Mohd Hir Farouq 013-6928946
Puan Irnee Ismail 012-6204179
P.S. Bagi usahawan yang bukan anak Pahang, boleh menghadiri seminar ini dan juga mengikuti program pengembangan bisnes ini. Hubungi nombor2 hp di atas untuk penjelasan lanjut.