Taska Little Imtiaz HQ

Taska Little Imtiaz HQ We provide daycare, nursery & transit. Full of fun, & interesting activities to develop the growth.

22/02/2026

Siang tadi kemain sakan tawaf pusing Pavilion sampai ke KLCC. Bila sampai rumah malam ni, mula la drama kaki rasa berat macam simen, betis tegang, silap-silap tengah sedap tidur terus kena tarik mengkarung.

Masa ni la baru teringat nak cari minyak urut. Tapi tahu tak, penawar dia mungkin ada kat kedai runcit.

Ya, Pisang. Bukan sekadar buah kegemaran Minion, tapi ni penyelamat untuk otot korang.

Kenapa kena makan pisang lepas penat berjalan?

1. Magnesium
Ni ubat 'relax' semula jadi untuk otot. Tanpa magnesium, otot korang asyik nak 'on' saja, sebab tu jadi tegang dan keras macam batu.

2. Potassium
Elektrik dalam badan kena balance. Bila peluh banyak keluar, potassium pun lari. Pisang tolong reset balik isyarat saraf supaya kaki tak 'short circuit'.

3. Energy Refill
Berjalan 15km tu dah kosongkan tangki tenaga dalam otot. Pisang bagi karbohidrat ringkas untuk otot recover cepat.

Tapi jangan la ingat makan sebiji terus boleh lari maraton esok pagi. Kaki lenguh tu ada koyakan halus (micro-trauma). Pisang cuma tolong bahagian elektrolit dan pemulihan.

Tips PHM
Kalau dah tahu esok nak jalan jauh, malam ni standby pisang sebiji, minum air kosong banyak-banyak, lepas tu baring sandar kaki kat dinding 15 minit.

Tag kawan korang yang jenis berjalan sikit dah mengadu kaki nak tercabut tu.

22/02/2026

Mitos Susu Ibu Menjadi 'Cair' Waktu Berpuasa: Adakah Bayi Akan Kurang Zat & Kelaparan? Ini Fakta Biologinya

"Sedihnya tengok susu pam hari ni. Nampak jernih dan cair je bila saya puasa. Mesti zat dah hilang, patutlah anak asyik menangis je lapar."

Wahai ibu-ibu menyusu yang hebat, tolong lap air mata anda. Anda tidak melaparkan anak anda. Persepsi bahawa susu badan menjadi 'cair dan tidak berkhasiat' ketika ibu berpuasa adalah satu mitos perubatan yang sama sekali TIDAK BENAR.

Mari kita bedah siasat keajaiban anatomi 'Kilang Susu' di dalam badan ibu:

1. KILANG SUSU MENGUTAMAKAN BAYI (PRIORITI BIOLOGI)
Tahukah anda, badan ibu direka untuk sentiasa mengutamakan kelangsungan hidup bayi berbanding nyawa ibu itu sendiri?
Fakta Klinikal: Walaupun ibu berpuasa selama 14 jam, peratusan Makronutrien (Protein, Lemak, dan Karbohidrat) di dalam susu badan TIDAK AKAN BERUBAH. Jika ibu kurang makan, dari mana datangnya zat tersebut? Kilang susu akan 'menyedut' terus nutrisi dan kalsium dari simpanan tulang dan lemak ibu sendiri! Susu itu tetap sempurna untuk bayi, tetapi badan ibulah yang akan menjadi lesu.

2. KENAPA SUSU NAMPAK JERNIH & CAIR?
Ramai ibu panik bila tengok hasil pam nampak cair macam air beras.
Fakta Laktasi: Itu adalah 'Foremilk' (Susu Awal). Foremilk memang secara semula jadi tinggi kandungan air untuk menghilangkan dahaga bayi. Selepas beberapa minit menyusu, barulah 'Hindmilk' (Susu Akhir) yang pekat dan tinggi lemak akan keluar untuk mengenyangkan bayi. Ia tiada kaitan dengan puasa.

3. DEHIDRASI KURANGKAN KUANTITI, BUKAN KUALITI
Berpuasa tidak mengubah KUALITI (zat) susu, tetapi dehidrasi (kurang air) boleh menyebabkan KUANTITI (jumlah pengeluaran) susu menurun sedikit. Susu ibu mengandungi 88 peratus air. Jika ibu kurang minum air dari waktu Maghrib ke Imsak, kilang susu tidak dapat menghasilkan volume yang banyak.

-

S.O.P WAJIB UNTUK IBU MENYUSU DI BULAN PUASA:
- STRATEGI HIDRASI 3 LITER: Jangan minum 3 liter serentak waktu sahur! Bahagikan: 2 gelas waktu Iftar, 2 gelas lepas Maghrib, 2 gelas lepas Terawih, 2 gelas sebelum tidur, dan 2 gelas waktu Sahur.
- SAHUR PADAT TENAGA: Tinggalkan makanan manis. Fokus pada Karbohidrat Kompleks (Oat, Kurma, Nasi Perang) dan Protein (Telur, Ayam) untuk memberi tenaga berpanjangan kepada kilang susu.

--

Jika lampin bayi kurang basah (kurang 6 kali sehari), bayi meragam teruk, atau ibu mula rasa pitam dan menggigil (Gula Drop), BUKA PUASA SEGERA. Islam itu indah, Allah beri kelonggaran khas untuk ibu menyusu demi nyawa anak

-

Pengorbanan ibu menyusu di bulan Ramadan sangatlah luar biasa. Susu anda kekal berkhasiat, jadi jangan stres dan teruskan menyusu dengan gembira. Kongsikan sains laktasi ini kepada para suami supaya mereka lebih menghargai penat lelah isteri!

22/02/2026

Ngaku je lah Sis, bila cikgu anak hantar notifikasi dalam group WhatsApp kelas bagitahu ada kes kutu, automatik kepala korang pun rasa gatal kan?

Mulalah gelabah biawak cari ubat paling mahal kat farmasi, siap nak beli sikat elektrik la, vakum kepala la.

Hello Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Kita dah hidup tahun 2026, tapi percaya cakap Min, senjata paling ampuh lawan serangga kecil ni masih lagi sikat kutu gigi rapat harga RM2.50 tu.

Kenapa?

Realiti pahitnya, kutu zaman sekarang ni dah makin 'kalis' dengan sesetengah ubat kimia (resistance). Tapi tak ada sekor kutu pun yang kalis bila kena sauk dengan sikat besi!

Sikat ni hero senyap sebab dia tak pilih kasih. Kutu mak, kutu bapak, telur (nits) yang degil melekat tu semua dia angkut sekali jalan.

Cara 'ciduk' kutu paling padu:
1. Basahkan rambut anak, lumur perapi (conditioner) banyak-banyak sampai rambut licin. Kutu akan 'jammed' tak boleh bergerak.

2. Ambil sikat sakti tu, sikat inci demi inci dari akar sampai hujung.

3. Setiap kali sikat, lap kat tisu putih. Masa ni lah korang nampak hasil tuaian.

4. Ulang benda ni hari-hari untuk seminggu pertama.

Tak payah botakkan kepala anak tu, kesian dia trauma. Dan tak payah bakar tilam. Basuh je cadar dengan air panas.

Ingat, kena kutu bukan sebab pengotor, tapi sebab anak korang tu terlebih mesra alam bergaul rapat.

Tag mak-mak yang tengah struggle 'berperang' tu.

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadan.Semoga Ramadan kali ini menjadi yang terbaik buat kita, lebih tenan...
18/02/2026

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadan.

Semoga Ramadan kali ini menjadi yang terbaik buat kita, lebih tenang, lebih sabar dan lebih dekat dengan Allah. Andai ini Ramadan terakhir kita, biarlah ia menjadi yang paling bermakna.

Moga kita dapat cipta momen indah bersama anak-anak… ajar mereka doa, kejut sahur bersama dan semai cinta pada bulan mulia ini sejak kecil.

Terima kasih atas kepercayaan yang berterusan.

Dari kami seluruh warga Little Imtiaz, andai ada kekurangan atau tersilap sepanjang menjaga anak-anak, kami mohon ampun dan maaf dengan rendah hati.

Semoga Ramadan ini penuh rahmat untuk kita semua 🤲🏻

Selamat berpuasa ☺️

Salam Malam Nisfu Sya’ban 🌙Pada malam penuh rahmat dan keampunan ini, pihak Taska Little Imtiaz mendoakan agar semua ibu...
02/02/2026

Salam Malam Nisfu Sya’ban 🌙

Pada malam penuh rahmat dan keampunan ini, pihak Taska Little Imtiaz mendoakan agar semua ibu bapa sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Semoga Allah mengampuni segala dosa kita, melapangkan rezeki setiap keluarga, mempermudahkan urusan membesarkan anak-anak serta mengurniakan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam rumahtangga.

Mudah-mudahan segala pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan amanah Allah ini dikira sebagai amal soleh yang berpanjangan.

Semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadan dalam keadaan yang terbaik.

Selamat menyambut Malam Nisfu Syaaban.

🤍 Warga TLI 🤲🏻

25/01/2026

Today, we celebrate two special moments at Taska Little Imtiaz

A decade of dedication, Terima Kasih Cikgu Ika atas 10 years of service yang penuh kasih sayang, komitmen dan kesabaran dalam mendidik anak-anak Little Imtiaz. Thank you for being part of our journey.

🎂 Tak ketinggalan, Late birthday shoutout to Cikgu Nisa! Semoga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan terus menyinar bersama keluarga Little Imtiaz

One team, one heart, many memories.
Here’s to more years of growth and happiness together 🤍




Salam Israk Mikraj 🌙Peristiwa agung perjalanan Nabi Muhammad SAW mengajar kita tentang iman, kesabaran dan ketaatan kepa...
17/01/2026

Salam Israk Mikraj 🌙

Peristiwa agung perjalanan Nabi Muhammad SAW mengajar kita tentang iman, kesabaran dan ketaatan kepada Allah.

Semoga anak-anak Taska kita membesar dengan cinta kepada Rasulullah, berakhlak mulia dan sentiasa dekat dengan solat.
Selamat memperingati Israk Mikraj.

Salam Israk Mikraj🫶🏻

Selamat Datang 2026! Setiap tahun baru membawa harapan baharu.Setiap anak membawa potensi luar biasa.Terima kasih kepada...
02/01/2026

Selamat Datang 2026!

Setiap tahun baru membawa harapan baharu.
Setiap anak membawa potensi luar biasa.

Terima kasih kepada ibu bapa yang mempercayai kami sebagai rumah kedua buat anak-anak.
Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun penuh pembelajaran, kasih sayang dan kenangan indah buat mereka semua.

“Little steps today, brighter futures tomorrow.”


04/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M

TLI ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1447H kepada semua ibu bapa dan keluarga yang kami kasihi.

Marilah kita bersama-sama meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, memperbanyakkan selawat, dan menyemai nilai kasih sayang, sabar serta lemah lembut dalam mendidik anak-anak sebagaimana Baginda mendidik umatnya dengan penuh hikmah.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang terbaik."
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga kita semua terus diberkati dan dipandu oleh cahaya sunnah Baginda SAW.

30/08/2025

Watch, follow, and discover more trending content.

🌙 Salam Maal Hijrah 1447HKami mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua ibubapa hebat Taska Little Imtiaz 🤗Semoga tahun...
26/06/2025

🌙 Salam Maal Hijrah 1447H

Kami mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua ibubapa hebat Taska Little Imtiaz 🤗

Semoga tahun baru hijrah ini membawa lebih banyak keberkatan, kekuatan iman dan perubahan yang lebih baik dalam hidup kita semua.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1447H.


Address

No 58 Jalan Pria 4, Taman Maluri, WP Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60129454747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Little Imtiaz HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Taska Little Imtiaz HQ:

Share