ARES LLP.

ARES LLP. Maintenance service of electrical installation

Protection relay calibration

Energy management by R

17/06/2023

Tujuan posting bukanlah untuk mengutuk intern / bakal intern, tapi lebih kepada sharing kepada intern kami sekarang atau bakal kami di masa hadapan agar mereka lebih menghargai moment² intern terutamanya jika intern bersama dengan kami.

ARES Energy Sdn Bhd selalu menerima permohonan intern daripada para student.

Management akan buat homework dengan cara stalk semua medsos milik bakal intern company.

Mana² intern yang berpotensi untuk mewujudkan kontroversi dan menyusahkan syarikat akan disaring tolak tepi untuk tidak dipanggil interview.

Di syarikat kami, intern tidak dipergunakan sebagai kuli apatah lagi sebagai hamba abdi untuk melakukan kerja².

Malahan, intern dilayan bagaikan puteri ditatang bak minyak yang penuh, tak disakiti hati & fizikal, mahupun diseksa mental dan spiritual.

Hari² intern di tempat kami dipastikan perut kenyang bermula pagi hari jam 7.00 hingga sebelum pulang jam 4.00 petang, tiada yang perut berkeroncong.

Solat 5 waktu dan puasa Ramadhan kami pastikan semua intern kami tunaikan.

Bulan Ramadhan adalah bulan paling santai buat intern kami kerana tugasan syarikat hanyalah setakat 12.00 tengah hari, dan Qailullah dibenarkan selepas itu.

Amalan Qailullah (tidur sebentar di waktu tengah hari) tidak dihalang oleh syarikat kami malahan kami amat menggalakkan pekerja dan intern untuk Qailullah agar produktiviti syarikat semakin meningkat.

Selain daripada bekerja, intern kami juga diberi peluang oleh syarikat untuk beriadhah, berkelah, berkaraoke, dan beraktiviti sosial dalam tempoh bekerja (rujuk TikTok kami untuk bukti 😁)

Pengalaman intern bersama kami jarang diperolehi di tempat lain kerana intern di tempat kami akan berpeluang untuk belajar secara hands-on di site apabila jurutera-jurutera kami di site akan memberi penerangan tentang aspek-aspek teknikal yang tidak boleh dipelajari semasa di kampus.

Inilah sedikit sebanyak tentang intern bersama kami dan kami SANGAT BERSETUJU dengan stigma “INTERN BUKAN BURUH PERCUMA” yang sengaja tertanam dalam fikiran para pelajar yang nak melalui fasa internship.

Untuk intern (perempuan sahaja) kemasukan bulan October 2023, hubungi kami Puan Naizatul 0 1 9 4 5 1 1 6 4 9 atau emailkan kepada kami aresenergysb at gmail dot com.

Disclaimer : Sharing kami tiada kaitan dengan mana² pihak sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.

JTKE EVENT | INDUSTRY IN THE CLASSROOM 2022 UTHM Kampus Cawangan Pagoh📚*DAY 1**Laluan Kerjaya Jurutera Elektrik *🗓️ *Tar...
15/11/2022

JTKE EVENT | INDUSTRY IN THE CLASSROOM 2022 UTHM Kampus Cawangan Pagoh

📚*DAY 1*
*Laluan Kerjaya Jurutera Elektrik *

🗓️ *Tarikh*: 15 November 2022 (Selasa)
⌚ *Masa*: 9.00 - 12.00 tengahari
💻 *Tempat*: Dewan Auditorium 4

👨🏻‍💼 *Penceramah: Ts. Ir. Ammar Bin Alamshah*
ARES Energy Sdn. Bhd.

20/10/2022

Iklan Pelajar Latihan Industri

Kami mencari pelajar latihan industri untuk menyertai kami.

Butiran pelajar yang akan dipertimbangkan :-

(1) Perempuan

(2) Berjiwa kental

(3) Boleh kerja di site

(4) Solat cukup 5 waktu

Sebanyak 2 orang pelajar akan diterima masuk

Kemasukan SEGERA!!!

Hubungi kami ARES Energy Sdn. Bhd. ( 0194511649 / 0194581334 ) untuk memohon.

Jom sertai larian EE Run tajaan Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)
14/08/2022

Jom sertai larian EE Run tajaan Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)

Daftar segera sebelum terlambat.





10/08/2022

‘Peraturan 36 - Peraturan² Elektrik 1994’.

“Perlindungan daripada arus bocor ke bumi”.

(1) Tempat hiburan awam, perlu dipasang peranti arus berkadar berbaki ≤ 10mA.

(2) Lantai basah atau dinding berintangan elektrik yg rendah, perlu dipasang peranti arus berkadar berbaki ≤ 10mA.

(3) Peralatan tangan mudah alih, perlu dipasang peranti arus berkadar berbaki ≤ 30mA.

(4) Pepasangan selain (1), (2) & (3) yg disebutkan, perlu dipasang peranti arus berkadar berbaki ≤ 100mA.

10/08/2022

(Pemeriksaan Berkala oleh Orang Kompeten)

(1) Pepasangan mesti dilawati & diperiksa oleh Orang Kompeten.

(2) Pepasangan voltan rendah diperiksa oleh Jurutera Perkhidmatan, Jurutera Kompeten, atau Penyelia Elektrik.

(3) Pepasangan voltan melebihi voltan rendah diperiksa oleh Jurutera Perkhidmatan, atau Jurutera Kompeten.

(4) Kekerapan pemeriksaan pepasangan voltan ≤ 600V, ≥ 100A adalah sebanyak 1 kali sebulan.

(5) Kekerapan pemeriksaan pepasangan voltan > 600V, ≤ 11kV adalah ≥ 2 kali sebulan.

(6) Kekerapan pemeriksaan pepasangan voltan > 11kV, ≤ 132kV adalah ≥ 4 kali sebulan.

(7) Kekerapan pemeriksaan pepasangan tempat hiburan awam adalah ≥ 2 kali sebulan.

(8) Penemuan, cadangan & arahan semasa pemeriksaan mesti dimajukan kepada ST, pemilik, pengurusan, atau pemegang lesen pepasangan.

(9) Penemuan, cadangan & arahan semasa pemeriksaan mesti dimajukan kepada pemilik, pengurusan, atau pemegang lesen pepasangan dalam masa 2 minggu drpd pemeriksaan dijalankan.

(10) Pemilik, pengurusan, atau pemegang lesen pepasangan mesti menyimpan buku rekod dan laporan pemeriksaan untuk diperiksa ST bila² masa.

(11) Jurutera Perkhidmatan, Jurutera Kompeten, atau Penyelia Elektrik mesti memajukan “Borang I” dalam tempoh 2 minggu drpd tarikh pemeriksaan dijalankan.

゚viral

08/08/2022

Kegunaan meter 3 fasa

08/08/2022

Iklan Pelajar Latihan Industri

Kami mencari pelajar latihan industri untuk menyertai kami.

Butiran pelajar yang akan dipertimbangkan :-

(1) Perempuan

(2) Berjiwa kental

(3) Boleh kerja di site

(4) Solat cukup 5 waktu

Sebanyak 2 orang pelajar akan diterima masuk

Kemasukan seawal 3rd trimester bulan Ogos 2022

Hubungi kami ARES Energy Sdn. Bhd. ( 0194511649 / 0194581334 ) untuk memohon.

05/08/2022

OCEF relay setting verification

04/08/2022

Quick battery capacity test.

Biasanya dibuat semasa substation inspection utk pantau tahap kelajuan discharge battery bank.

Kadar kelajuan discharge yg terlampau laji menunjukkan prestasi sel bateri dalam keadaan kurang memuaskan.

Sel bateri dalam battery bank yg kurang memuaskan akan dicadang utk diperiksa lebih teliti sesegera mungkin.

04/08/2022

Substation inspection (Low Voltage Room)

Address

A-26-08, MAXIM CHERAS, 43, Jalan 9, TAMAN LEN SEN
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60194581334

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARES LLP. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ARES LLP.:

Share