Studio Tanda Bacha

Directions Website

Studio Tanda Bacha Agensi Kata-Kata dan Warna.

📝 Editorial & Pracetak
👨‍💻 Serantaan Buku & Pengarang
🎨 Penjenamaan & Pemasaran

— Secara definisi, kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan merangkaikan dua kata dasar untuk membawa makna ...
14/10/2026

— Secara definisi, kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan merangkaikan dua kata dasar untuk membawa makna khusus atau baharu.

Umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah.

Walau bagaimanapun, terdapat 12 kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja rapat.

‼️📝 NOTA TAMBAHAN:

Tiada kata majmuk ‘raya’ dieja rapat.

Contoh: jalan raya, bandar raya, pilihan raya.

Semoga bermanfaat!

Sedang karang cerpen? Atau sudah siap tulis cerpen tetapi buntu tak dapat tembus di mana-mana media?Inilah peluang anda....
05/10/2026

Sedang karang cerpen? Atau sudah siap tulis cerpen tetapi buntu tak dapat tembus di mana-mana media?

Inilah peluang anda.

Bimbingan penulisan percuma (sehinggalah ia ‘tidak lagi percuma’).

Untuk TIGA orang sahaja.

Layangkan cerpen anda ke peti masuk kami [email protected] sebelum 18 Oktober 2026.

Selamat mencuba!

LIMA esei berkenaan pengarang dan kepengarangan, oleh pengarang-pengarang antarabangsa, dari yang klasik hinggalah yang ...
24/09/2026

LIMA esei berkenaan pengarang dan kepengarangan, oleh pengarang-pengarang antarabangsa, dari yang klasik hinggalah yang mutakhir.

Kalau tak dapat imbas kod QR, boleh layari Linktree kami: linktr.ee/studio.tandabacha

Kami sudah kumpulkan kesemua pautan di bawah label koleksi ESEI PENGARANG/KEPENGARANGAN.

Selamat membaca!

— Pejabat Hari Ini  #3: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur. Sememangnya ruang kerja yang menjadi pilihan k...
25/06/2026

— Pejabat Hari Ini #3: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur.

Sememangnya ruang kerja yang menjadi pilihan karyawan di jantung bandaraya Kuala Lumpur.

Ada yang pernah buat kerja di sini?

Ikut rapat Studio Tanda Bacha untuk syor dan cadangan ruang kerja bersama yang lain pada masa akan datang!

PKL

— Kamus dan daftar istilah sudah seperti menjadi jantung kelangsungan bahasa. Ia juga menjadi nadi kepengarangan dan pen...
23/06/2026

— Kamus dan daftar istilah sudah seperti menjadi jantung kelangsungan bahasa.

Ia juga menjadi nadi kepengarangan dan penyuntingan buat penulis dan editor.

Kamus, daftar istilah, pengkalan data korpus sepatutnya menjadi ‘sahabat’ penulis, yang menemani perjalanan kepengarangan; ketika kebuntuan kata-kata, kehilangan makna dan keciciran pedoman dalam mengeja.

Ini dia lapan kamus/rujukan kata dalam talian yang pengarang dan penyunting boleh gunakan dalam penulisan dan penyuntingan.

Semoga bermanfaat!

— Jangan terkejut, sampai hari ini masih ramai yang tersilap menulis format pantun empat kerat. Kadang-kadang, dalam ikl...
14/06/2026

— Jangan terkejut, sampai hari ini masih ramai yang tersilap menulis format pantun empat kerat.

Kadang-kadang, dalam iklan malah buku penerbitan rasmi pun kita boleh terjumpa reka letak pantun yang dibuat semberono sahaja.

Ada yang semua baris santak ke kiri. Ada juga yang mengakhiri semua baris dengan koma sahaja.

Pantun bukan sekadar indah dan tekal pada rima a-b-a-b, tetapi juga pada gaya penulisan dan tipografinya!

Nah, ini dia pedoman mudah untuk penulisan pantun empat kerat yang tepat.

Selepas ini, pengarang, pengatur huruf atau content creator dah tak ada alasan untuk salah gaya lagi, ya!

Jom simpan post ini untuk rujukan masa depan. ✨


— Terinspirasi dengan buku-buku di PBAKL? Anda pengarang atau penerbit yang sudah pun memulakan projek penerbitan untuk ...
08/06/2026

— Terinspirasi dengan buku-buku di PBAKL?

Anda pengarang atau penerbit yang sudah pun memulakan projek penerbitan untuk SIBF2026, malah untuk KLAB dan PBAKL tahun hadapan?

Wah, semangat! 🤩

Kerja-kerja editorial? Biar kami yang uruskan. Kami sunting, semak pruf atau reka letak—anda fokus kepada penulisan dan penyediaan manuskrip dan hala tuju kandungannya.

Kita gilap sampai jadi!

📧 E-mel kepada [email protected] atau layari tandabacha.my untuk portfolio dan kadar harga.

Slot terhad!


— Selamat berhari raya buku dan selamat ber-PBAKL buat semua penerbit, pengarang dan komuniti buku!Kami belum berkapasit...
29/05/2026

— Selamat berhari raya buku dan selamat ber-PBAKL buat semua penerbit, pengarang dan komuniti buku!

Kami belum berkapasiti untuk buka reruai, membuka meja rundingan penerbitan, editorial dan serantaan buku.

Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan naskhah-naskhah yang mendapat sentuhan editorial kami ini!

Terima kasih kepada para penerbit atas peluang kerjasama yang dihulurkan.


— Semoga segala pengorbanan kita, walau sebesar hama atau sekecil zarah, diangkat menjadi ibadat dan diterima oleh-Nya.S...
27/05/2026

— Semoga segala pengorbanan kita, walau sebesar hama atau sekecil zarah, diangkat menjadi ibadat dan diterima oleh-Nya.

Salam Aidiladha.

Belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!Selain guru dalam pendidikan formal, kami...
16/05/2026

Belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!

Selain guru dalam pendidikan formal, kami juga ingin menghargai para karyawan yang menjadi guru kita semua, khusus dalam industri buku—tidak kiralah sama ada anda pengarang, editor, penerbit atau sesiapa sahaja yang menuntun, memupuk dan membugarkan bakat tempatan serta menitipkan pelajaran dalam setiap halaman buku—ini juga hari anda.

Selamat Hari Guru! 🌹

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Studio Tanda Bacha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share