31/05/2021
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bagi semua pelanggan bimbingan Halal kami, pihak JAKIM telah memuat naik SOP operasi terkini Pensijilan Halal Malaysia.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami.
Terima kasih & Jazakallah.
Makluman Terkini Operasi Pensijilan Halal Malaysia Sepanjang Tempoh Total Lockdown Fasa Pertama 01 - 14 Jun 2021
Selaras dengan pengumuman 'total lockdown' fasa pertama yang diumumkan oleh Kerajaan bermula 01 - 14 Jun 2021 ini, Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM akan menutup sepenuhnya Kaunter Khidmat Pelanggan Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya dan sebarang janji temu ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Walau bagaimanapun, pihak industri dan pengguna boleh berhubung dengan Bahagian ini melalui e-mel di ๐๐พmengikut keperluan:-
โณ๏ธ Pertanyaan Berkaitan Proses Pensijilan Halal Malaysia:-
1๏ธโฃ Hanya permohonan dan dokumen sokongan yang dihantar secara softcopy melalui emel [email protected] akan diproses dalam tempoh total lockdown ini.
2๏ธโฃ Sebarang dokumen hardcopy yang diposkan dan diterima sepanjang tempoh ini akan diproses selepas pejabat dibuka semula.
3๏ธโฃ Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan pensijilan halal boleh dihantar melalui emel ke [email protected].
โณ๏ธ Pertanyaan Berkaitan Sijil:-
1๏ธโฃ Cetakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) ditangguhkan sepanjang tempoh total lockdown. Pemohon yang berjaya boleh mencetak Surat 8 "Surat Makluman Kelulusan Permohonan Sijil Halal Malaysia" melalui akaun MYeHALAL masing-masing
2๏ธโฃ Permohonan Nota Konsainan hendaklah di e-melkan ke alamat [email protected].
3๏ธโฃBayaran fi permohonan Nota Konsainan hendaklah dipos bersama-sama salinan surat fi ke alamat:-
Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya
dan resit bayaran akan diemelkan kepada pemohon (sila nyatakan alamat emel anda). Nota Konsainan akan diemel kepada pemohon setelah bayaran diselesaikan.
4๏ธโฃSebarang urusan pasca pensijilan seperti perubahan bahan ramuan, maklumat pengurusan dan lain-lain hendaklah di e-melkan kepada [email protected] untuk tindakan selanjutnya.
โณ๏ธ Pertanyaan Berkaitan Pembayaran Fi Pensijilan & Fi Nota Konsainan:
Pembayaran yang dibuat melalui pos dan kurier ia akan berjalan seperti biasa dan setiap pembayaran hendaklah di e-melkan ke:-
๐จ๐ปโ๐ผEncik Muhammad Khalid bin Osman
๐ง[email protected]
โณ๏ธ Pertanyaan Berkaitan Pemantauan & Penguatkuasaan
Sebarang pertanyaan berkaitan atau urusan serahan SPHM syarikat ke Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan (CPP) BPH JAKIM, boleh dibuat melalui e-mel:-
[email protected]
โณ๏ธ Urusan/pertanyaan berkaitan pengauditan halal Malaysia:-
Pengauditan akan dilaksanakan secara remote sepanjang tempoh total lockdown.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh diajukan ke e-mel : [email protected]
Nota tambahan:
โถ๏ธBagi permohonan SPHM yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), sila hubungi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-Negeri berkenaan di http://tinyurl.com/taliantelefonhalal
โถ๏ธ Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel [email protected] atau di peti masuk (inbox) Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM.
Terima kasih.
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
๐ง [email protected]
โ 03-8892 5000/1
19 Syawal 1442H
31 Mei 2021M