29/04/2026
*ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA*
YBrs. Tuan/Puan,
*PERMOHONAN HEBAHAN BERKAITAN PENYERTAAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA YANG TELAH BERJAYA KE PUSINGAN UNDIAN DALAM _WORLD SUMMIT ON THE INFORMATION SOCIETY (WSIS) PRIZES 2026_ ANJURAN _UNITED NATIONS_*
_WSIS Prizes 2026_ adalah platform antarabangsa bagi penilaian produk atau aktiviti yang memberi impak besar kepada pengaplikasian teknologi ICTs dalam memacu pembangunan yang lestari.
2. Sukacita dimaklumkan satu (1) penyertaan daripada JKR di bawah tajuk _*Solar Photovoltaic Hybrid - Integrated Management System*_ telah berjaya ke fasa yang seterusnya bagi pusingan undian secara _Online_. _*Solar Photovoltaic Hybrid - Integrated Management System*_ telah dipertandingkan bagi _WSIS_ dalam kategori *_AL C1: The role of governments and all stakeholders in the promotion of ICTs for development_*.
3. Pusingan undian ini akan berakhir pada *Ahad, 3 Mei 2026 23:00 Geneva Time*. Oleh yang demikian, jabatan ini ingin memohon kerjasama YBrs. Tuan/Puan mewar-warkan untuk membuat undian ke atas produk tersebut melalui pautan https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2026/Vote
Dilampirkan bersama ini adalah poster bagi tatacara pelaksanaan undian secara _Online_ tersebut. Keprihatinan dan undian daripada YBrs. Tuan/Puan adalah amat diharapkan dalam membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Sekian, Terima kasih
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )