Polis Daerah Dang Wangi

Call Directions

Polis Daerah Dang Wangi Laman rasmi untuk Polis IPD Dang Wangi.

Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi maklumat aktiviti yang dijalankan serta maklumat pencegahan jenayah.

18/10/2026
18/10/2026
13/10/2026
13/10/2026



ANATOMI TOPI KELEDAR SELAMAT

Penunggang dan pembonceng motosikal hendaklah memakai topi keledar yang mempunyai pensijilan SIRIM, bersaiz sesuai serta berada dalam keadaan baik.

Pastikan tali pengikat dikancing dengan kemas setiap kali menunggang motosikal. Topi keledar yang dipakai dengan betul membantu menyerap hentakan dan mengurangkan risiko kecederaan serius di kepala sekiranya berlaku kemalangan.

Jangan kompromi soal keselamatan, lindungi diri setiap kali menunggang.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ https://www.instagram.com/pdrmsia_official/ https://twitter.com/PDRMsia https://www.youtube.com/user/PDRMsia https://t.me/PDRMsia_Official https://www.tiktok.com/





#13102026

LAWATAN PANEL PENILAIAN PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM TAHUN 2026 PERINGKAT KONTINJEN KUALA LUM...
12/10/2026

LAWATAN PANEL PENILAIAN PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM TAHUN 2026 PERINGKAT KONTINJEN KUALA LUMPUR BAGI PERUMAHAN IPD DANG WANGI





DANG WANGI, 12 OKTOBER 2026 – YDH Supt. Nuzulan bin Mohd Din, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, bersama barisan kepimpinan dan warga IPD Dang Wangi telah menerima lawatan panel penilai sempena Pertandingan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2026 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur yang berlangsung di Perumahan IPD Dang Wangi.

Ketibaan rombongan panel penilai yang diketuai oleh YDH ACP Muhammed Rizal bin Kamarudin, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (T/KJPJKK) IPK Pahang, telah disambut mesra oleh pihak pengurusan IPD Dang Wangi bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Perumahan IPD Dang Wangi.

Barisan ahli panel penilai yang turut hadir ialah YDH Supt. Radzi bin Daud, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (KJIPS) IPK Kelantan, DSP Sachinanathan A/L Muniandy, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Terengganu, ASP Dino Junaidy bin Mat Jusoh, ASP E7A Cawangan Khas IPK Pahang, Insp. Ishammuddin bin Ahmat Basri, Insp. Perumahan IPK Kuala Lumpur, serta Kpl Mohd Sani bin Wak Yan, Kpl Perumahan IPK Kuala Lumpur.

Atur cara dimulakan dengan sesi menandatangani Buku Lawatan Rasmi, diikuti sesi bergambar kenangan dan jamuan minum pagi.Seterusnya, rombongan panel penilai diiringi ke Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, IPD Dang Wangi bagi menghadiri sesi pembentangan taklimat rasmi yang merangkumi aspek pengurusan perumahan, kebersihan, keselamatan, aktiviti Persatuan Penduduk serta inisiatif penambahbaikan Perumahan IPD Dang Wangi.

Selesai sesi pembentangan dan soal jawab, panel penilai dibawa melawat Pejabat Perumahan IPD Dang Wangi bagi meneliti rekod pentadbiran, penyenggaraan dan pengurusan fasiliti. Penilaian diteruskan dengan lawatan ke rumah contoh di Tingkat 8 bagi menilai tahap kebersihan, keadaan fasiliti serta keselesaan kediaman warga IPD Dang Wangi.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada ahli panel penilai yang berlangsung di Lobi Perumahan IPD Dang Wangi, sebelum rombongan dijemput menikmati jamuan makan tengah hari.

Turut hadir ialah DSP Rajini Kumar A/L Appanna, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Dang Wangi, Insp. Khairil Juliana binti Mat Nawi, Ketua Bahagian Logistik Daerah Dang Wangi, Insp. Mohd Shaiful bin Zulkifli, Ketua Polis Balai Daerah Dang Wangi, serta pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam IPD Dang Wangi.

Secara keseluruhannya, sesi penilaian telah berlangsung dengan lancar dan teratur hasil kerjasama erat serta komitmen padu pihak pengurusan IPD Dang Wangi, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan seluruh warga Perumahan IPD Dang Wangi dalam memastikan pengurusan perumahan sentiasa berada pada tahap terbaik, di samping mewujudkan persekitaran kediaman yang bersih, selamat, selesa dan kondusif demi kesejahteraan warga PDRM serta keluarga.

Address

Jalan Dang Wangi
Kuala Lumpur
50100

Telephone

03-26002222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Dang Wangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share