Atlan Holdings Bhd

Atlan Holdings Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Atlan Holdings Bhd, Business Center, 17th Floor, Menara Atlan 161B, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

[Teknikal Analisis: Trendline Part 1/2]⭐ Trendline adalah garisan yang dilukis pada chart mengikut arah trend yang semas...
30/10/2025

[Teknikal Analisis: Trendline Part 1/2]
⭐ Trendline adalah garisan yang dilukis pada chart mengikut arah trend yang semasa yang sedang berlaku, samada uptrend atau downtrend.
⭐ Terdapat 2 jenis trendline yang boleh dilukis iaitu;
1. Uptrendline
2. Downtrendline
⭐ Trendlines boleh digunakan untuk;
▪ Membantu menentukan fasa pembetulan.
▪ Mengenalpasti perubahan trend.
▪ Selagi mana harga pasaran masih berada dalam kawasan trendlines, trendlines boleh digunakan untuk menentukan kawasan pembelian dan penjualan.
▪ Jika harga bergerak menembusi trendlines (atas atau bawah), ia memberi petunjuk awal kepada berlakunya perubahan trend.
⭐ Cara melukis trendline
Penting untuk kita tahu melukis trendline dengan betul. Ini kerana trendline ini boleh digunakan sebagai support dan resistance bagi menentukan kawasan pembelian dan penjualan sesuatu saham.
1. Uptrendline
▪ Untuk melukis uptrendline, anda mesti menyambungkan lowest low ke higher low berikutnya, sekurang-kurangnya 2 point yang kelihatan jelas.
▪ Sambungan trendline ke point yang ketiga (higher low seterusnya) akan mengesahkan lagi ketepatan uptrendline yang dilukis tersebut.
▪ Semakin banyak kali harga bergerak meguji trendline ini, maka semakin kuat uptrendline ini.
2. Downtrendline
▪ Untuk melukis downtrendline, anda mesti menyambungkan highest high ke lower high berikutnya, sekurang-kurangnya 2 point yang kelihatan jelas.
▪ Sambungan trendline ke point yang ketiga (lower high seterusnya) akan mengesahkan lagi ketepatan downtrendline yang dilukis tersebut.
▪ Semakin banyak kali harga bergerak meguji trendline ini, maka semakin kuat downtrendline ini.

[Sesi Dagangan Di Bursa Malaysia Part 2/2]⭐ Waktu operasi sesi petang boleh dibahagikan seperti berikut;1. Pre-Opening, ...
29/10/2025

[Sesi Dagangan Di Bursa Malaysia Part 2/2]
⭐ Waktu operasi sesi petang boleh dibahagikan seperti berikut;
1. Pre-Opening, 2.00 petang - 2.30 petang

🔹 Bursa Malaysia bersedia untuk dibuka.

🔹 Theoretical Opening price (T-O) akan dikira pada waktu ini untuk menentukan opening price bagi setiap saham yang tersenarai di Bursa Malaysia pada jam 2.30 petang.
2. Main Trading, 2.30 petang - 4.45 petang

🔸 Pelabur boleh melakukan transaksi jual beli saham mengikut harga semasa pasaran sepanjang waktu ini.
🔸 2.30 petang - 4.00 petang

▪ Waktu ini penentuan harga pasaran boleh dilihat.

▪ 2 keadaan yang boleh berlaku pada waktu ini.
1. Berlaku False Breakout.

▪ Harga saham yang naik dan membuat breakout pada sebelah pagi tidak dapat bertahan atas daripada harga paras rintangan dan mula membuat penurunan.

2. Saham meneruskan kenaikan.

▪ Harga saham terus menaik dengan jumlah volume yang tinggi.
🔸 4.00 petang - 4.45 petang

▪ Pengesahan kepada perbentukan candlestick berlaku pada waktu ini.

▪ Pelabur digalakkan membeli saham pada waktu ini kerana harga saham lebih stabil dan candlestick sudah boleh dikatakan sempurna terbentuk.

▪ Ini bertujuan untuk mengelakkan pelabur/pedagang daripada terbeli saham yang membuat False Breakout.
3. Pre-closing, 4.45 petang - 4.50 petang

♦ Bursa Malaysia bersedia untuk ditutup.

♦ Sesi dagangan ditutup sementara pada waktu ini.

♦ Theoretical Closing Price akan dikira pada waktu ini untuk menentukan closing price (harga penutup) bagi setiap saham yang tersenarai di Bursa Malaysia pada jam 4.50 petang.
4. Trading At Last, 4.50 petang - 5.00 petang

🔺 Pada waktu ini, pelabur/pedagang hanya boleh membuat jual beli saham pada 1 harga sahaja iaitu harga closing price yang telah ditetapkan.

🔺 Segala pesanan jual beli yang dilakukan pada harga selain daripada closing price ini, akan ditolak.

🔺 Peraturan ini diwujudkan bagi memastikan harga saham lebih terkawal dan stabil serta mengelakkan manip**asi harga saham pada saat-saat akhir seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
5. Closing, 5.00 petang.

⚡ Bursa ditutup pada hari tersebut.

⚡ Pesanan belian dan jualan masih boleh dilakukan oleh pelabur/pedagang, tetapi segala transaksi yang dilakukan hanya akan diproses pada hari berikutnya pada waktu Bursa Malaysia kembali beroperasi.
Terima kasih kerana membaca artikel ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[Teknikal Analisis: Teknik Buy On Dip]♦ Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh para pelabur untuk memasuki pasaran...
28/10/2025

[Teknikal Analisis: Teknik Buy On Dip]
♦ Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh para pelabur untuk memasuki pasaran.
♦ Pada kali ini, fokus diberikan kepada teknik Buy On Dip.
Membeli Saham Menggunakan Teknik Buy On Dip
✍ Teknik ini digunakan untuk membeli saham ketika harga turun membuat pembetulan.
✍ Teknik ini kebiasaannya digunakan apabila pasaran berada dalam keadaan uptrend.
✍ Teknik ini sesuai digunakan untuk swing trader, position trader atau investor (pelabur) yang memegang sesuatu saham dalam jangka masa sederhana atau panjang.
✍ Kelebihan strategi ini ialah ianya mempunyai risiko yang rendah, dan keberangkalian untuk pelabur/pedagang mendapat keuntungan yang agak besar adalah tinggi.
✍ Risiko yang rendah akan menyebabkan emosi para pelabur/pedagang akan lebih tenang semasa memegang saham tersebut.
4 Tips Membeli Saham Menggunakan Teknik Buy On Dip
1. Pilih saham yang berada dalam uptrend.
2. Tunggu harga saham membuat pembetulan (pullback).
▪ Harga saham bergerak secara zigzag.
▪ Selepas kenaikan harga saham berlaku, akan tiba masa dimana para pedagang akan mengambil untung dan menjual pegangan saham mereka.
▪ Harga saham akan turun pada ketika ini untuk membuat pembetulan sebelum bersedia untuk membuat kenaikan semula. Kenaikan seterusnya, kebiasaannya akan lebih tinggi daripada kenaikan sebelumnya.
▪ Apabila harga saham sudah kembali stabil dan berlegar-legar di kawasan harga yang sama untuk beberapa hari, ini bermaksud harga sudah berada di kawasan support dan aktiviti penjualan dikatakan sudah surut.
▪ Tindakan yang anda boleh ambil pada ketika ini ialah tunggu dan perhatikan secara rapat kemunculan tanda-tanda reversal.
3. Kenalpasti paras support yang kuat dan kukuh.
▪ Sahkan adakah harga saham sedang berada di atas paras support yang kuat.
▪ Pelabur/pedagang memerlukan kemahiran teknikal analisis yang mantap untuk menentukan support yang kuat.
▪ Kemahiran ini dapat dibina melalui ilmu, praktis yang berterusan dan juga pengalaman.
▪ Support yang kuat dapat ditentukan melalui;
i) Sejarah chart ( horizontal support)
ii) Garisan MA/EMA ( kebiasaanya garisan yang digunakan ialah MA/EMA 20, 50 dan 200)
iii) Chart pattern (ascending channel, ascending triangle, flag, pennant)
4. Membeli selepas harga saham membuat reversal/rebound.
▪ Reversal dikatakan berlaku apabila harga saham mula membuat kenaikan sebaik sahaja menyentuh paras support.
▪ Support dianalogikan sebagai lantai. Jika harga saham mampu melantun semula ke atas selepas turun menyentuh sesuatu paras harga, bermakna ini mengesahkan yang paras harga tersebut adalah support yang kuat.
▪ Salah satu tanda pasaran melakukan reversal ialah apabila muncul candlesticks Bullish Reversal Pattern. Di antaranya seperti berikut;
i) Bullish engulfing
ii) Morning star
iii) Bullish harami
iv) Piercing Line
iv) Hammer
▪ Tindakan yang anda boleh ambil ketika ini ialah, apabila support sudah dikenalpasti dan signal reversal sudah muncul, anda sudah boleh mencari entry price yang sesuai untuk membeli saham tersebut.
♦ Pastikan anda mempunyai trading plan yang lengkap dan juga sudah jelas dengan risk dan reward sebelum mula membeli saham.
♦ Pengurusan kewangan sangat penting kerana perkara inilah yang akan menentukan berapa lama anda boleh bertahan dalam dunia pelaburan saham.

[Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjual Saham❓]✍ Banyak terjadi situasi dimana para pelabur/pedagang tidak tahu bilakah...
27/10/2025

[Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjual Saham❓]
✍ Banyak terjadi situasi dimana para pelabur/pedagang tidak tahu bilakah masa paling sesuai untuk mejual pegangan saham mereka.
✍ Ini berlaku, selalunya disebabkan oleh emosi tamak dan berharap .
✍ Walaupun sudah untung, para pelabur/pedagang masih berharap harga saham yang dibeli akan membuat kenaikan lagi.
Akhirnya menyebabkan 2 situasi berikut berlaku;
1. Menjual pegangan saham pada harga yang jauh lebih rendah daripada yang telah dicapai. Keuntungan lebih banyak yang telah dicapai pada awalnya menjadi semakin berkurang.
2. Menjual pegangan saham dalam kerugian. Keuntungan yang pada awalnya telah diperolehi, akhirnya bertukar menjadi kerugian.
✍ Atau situasi berharap ini juga boleh berlaku seperti situasi berikut.
▪ Selepas pelabur/pedagang membeli sesuatu saham, harga saham tersebut jatuh memecahkan support, dan disebabkan tidak sanggup menerima kerugian, pelabur/pedagang terus memegang saham tersebut dengan harapan harga saham akan naik semula ke harga yang dibeli.
▪ Kesan daripada emosi berharap ini, kesudahannya para pelabur/pedagang terpaksa menanggung kerugian yang semakin besar.
❗ Berikut merupakan 3 situasi yang boleh dijadikan sebab yang kukuh untuk anda menjual pegangan saham yang dimiliki.
1. Sudah Capai Target Price Yang Telah Ditetapkan.
♦ Sebelum memasuki pasaran, anda seharusnya telah siap tentukan berapa % ROI (return on investment) yang anda mahukan.
♦ Anda sepatutnya sudah tahu pada harga berapa saham anda perlu dijual untuk mencapai ROI (%) seperti yang telah ditetapkan.
Contoh: Anda mahukan 10% ROI per trade.
▪ Sebaik sahaja harga saham yang anda pegang capai Target Price (10% ROI), anda boleh terus menjual saham tersebut.
▪ Untuk memastikan anda tidak teragak-agak ketika hendak menjual saham tersebut, apa yang anda boleh lakukan ialah selepas anda membeli saham tersebut, anda boleh terus set untuk jual pada harga target price.
▪ Maka, sebaik sahaja harga saham naik mencapai target price tersebut, saham yang anda pegang akan terus automatik terjual.
2. Harga saham yang dipegang telah bocor support atau perubahan trend telah berlaku.
i) Bocor support
🔸 Jika trading anda tidak menjadi dimana harga saham yang anda beli telah turun membocori paras support, maka anda perlu cut loss dengan segera.
🔸 Ini bertujuan untuk melindungi modal pelaburan anda daripada terus mengalami kerugian yang semakin besar. Kawalan risiko sangat penting dalam dunia pelaburan saham.
ii) Perubahan trend/ trend telah patah.
🔸 Jika anda merupakan seorang swing trader, trend trader atau investor, sangat penting untuk anda menjual pegangan saham anda sebaik sahaja harga saham yang dipegang telah mematahi trend.
🔸 Perubahan trend/patah trend dapat dikenali melalui beberapa cara;
i) Harga saham turun ke bawah daripada uptrendline yang anda lukiskan pada chart.
ii) Harga saham membocori trailing stop yang anda telah tetapkan.
▪ Trailing stop ialah paras support yang dinaikkan mengikut kenaikan harga saham.
▪ Apabila harga saham yang dibeli bergerak naik, paras support juga perlu dinaikkan.
▪ Tujuan trailing stop adalah untuk melindungi keuntungan yang telah diperolehi. Jadi, tidak akan jadi isu dimana pelabur sepatutnya sudah untung tetapi akhirnya menjual saham dalam keadaan rugi.
▪ Paras support yang dinaikkan ini boleh jadi;
❄ Horizontal support, mengikut paras support berdasarkan sejarah carta saham tersebut.
❄ Dynamic support, menggunakan indikator Moving Average
❄ Chart pattern, menggunakan paras support melalui chart pattern yang dapat dilihat dalam carta. Contohnya seperti double top, triple top, head and shoulders, dan triangle.
3. Anda nampak peluang yang lebih baik pada saham lain.
🔹 Kebiasaannya, situasi ini dinamakan switch/beralih. Para pelabur boleh mengambil tindakan untuk switch ke saham yang lain, jika pelabur dapati terdapat peluang yang lebih baik pada saham tersebut.
🔹 Kaedah ini kebiasannya dilakukan oleh pelabur yang mempunyai modal pelaburan yang terhad.
🔹 Walaubagaimanapun, risiko kaedah ini ialah kemungkinan terjadi dimana sebaik sahaja anda switch ke saham lain, saham yang anda beli sebelum ini yang akan bergerak naik.
🔹 Manakala, saham yang baru dibeli p**a harganya tidak bergerak, harga bergerak turun, atau anda perlu menunggu lama sebelum harganya membuat kenaikan.
Contoh 1:
⚡ Situasi ini berlaku apabila anda sedang memegang sesuatu saham dalam sesuatu tempoh, tetapi saham tersebut masih belum bergerak, atau saham tersebut membuat kenaikan dengan sangat perlahan.
⚡ Melalui kajian anda, anda dapati ada saham lain yang mampu memberikan p**angan ROI (%) yang lebih baik, jadi anda boleh bertindak menjual saham yang sedang dipegang untuk membeli saham baru yang telah dikaji.
Contoh 2
⚡ Anda telah tetapkan untuk menjual saham yang dipegang apabila mencapai 30% ROI.
⚡ Namun, apabila sudah sampai 25% ROI, anda dapati saham kajian anda yang lain sudah muncul buy signal dan berpotensi memberi p**angan 35%.
⚡ Jadi anda boleh bertindak untuk menjual saham yang sedang dipegang untuk membeli saham kajian tersebut.
Terima kasih kerana membaca artikel ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mula Melabur Saham Sekarang!]1. Persediaan untuk masa hadapan yang lebih baik.📗 Permasalahan ...
27/10/2025

[3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mula Melabur Saham Sekarang!]
1. Persediaan untuk masa hadapan yang lebih baik.
📗 Permasalahan yang sering dibahaskan oleh ramai ialah berkaitan peningkatan kos sara hidup.

📗 Kenaikan harga barang yang tidak seiring dengan kadar kenaikan gaji menyebabkan ramai yang rasa terbeban dengan keadaan ini.

📗 Disebabkan inflasi, nilai wang semakin mengecil dari tahun ke tahun.

▪ Jika dahulu anda boleh beli banyak barang dengan RM50, kini tidak lagi.

▪ Jadi cuba anda bayangkan, macam mana p**a keadaannya 10 tahun akan datang❓

📗 Disebabkan inilah, anda perlu mulakan pelaburan bermula dari sekarang.

📗 Ramai yang berasakan hanya dengan menyimpan wang sudah cukup sebagai persediaan masa hadapan. Anda silap jika berfikiran seperti ini.

📗 Ya, jika anda menyimpan wang, itu perkara yang sangat bagus. Tetapi ianya masih belum cukup, kerana menyimpan dan melabur adalah 2 perkara berbeza.

📗 Anda hanya boleh menggandakan wang dengan melabur dan bukannya dengan menyimpan.
2. Dapat menambah pendapatan sampingan tanpa perlu bekerja.

📕 Anda hanya perlukan ilmu, modal, internet dan devices (smartphone/laptop/PC) untuk melabur saham.

📕 Bahkan melalui pelaburan saham, anda boleh menjana keuntungan walaupun sedang tidur.

📕 Pelaburan saham juga merupakan 1 perniagaan. Keistimewaan perniagaan ini ialah anda tidak perlu fikirkan masalah produk, marketing, pekerja, kos sewa premis, pelanggan dan sebagainya.

📕 Kedengaran mudahkan❓ tetapi ianya tidak semudah yang disangka.

📕 Pelaburan saham termasuk dalam kategori pelaburan high risk high return.

📕 Tanpa ilmu, anda tidak akan berjaya menggandakan wang melalui pelaburan saham.

📕Jika tersalah langkah, anda kemungkinan akan kehilangan modal asal pelaburan kerana terpaksa menanggung kerugian.
3. Turunkan ilmu pelaburan saham kepada generasi seterusnya.

📘 Walaupun sekarang ramai yang sudah celik ilmu pelaburan saham, tetapi masih ramai lagi dikalangan masyarat yang masih tidak kenal dengan pelaburan saham.

📘 Salah satu sebab perkara ini berlaku adalah disebabkan kurangnya pendedahan terhadap bidang pelaburan saham.

📘 Masyarat masih tidak biasa dengan pelaburan saham dan disekeliling mereka juga tiada siapa yang terlibat dan berjaya dalam pelaburan saham.

📘 Jika anda mula melabur sekarang, anda boleh bertindak menjadi pelopor yang akan memperkenalkan bidang pelaburan saham kepada ahli keluarga anda.

📘 Jika anda berjaya dalam pelaburan saham dan mampu menjana keuntungan konsisten, pasti anda mahukan anak anda untuk mula belajar melabur saham seawal mungkin.

📘 Anda boleh memberikan pendedahan awal mengenai bidang pelaburan dan kewangan kepada anak anda sedari mereka masih kecil.

📘 Pendidikan pelaburan dan kewangan ini tidak diajar di sekolah. Jadi, anda lah orang yang paling sesuai menggalas tanggungjawab ini.

📘 Apabila sudah dewasa, selain daripada bekerja makan gaji, mereka mempunyai cara alternatif untuk menjana pendapatan daripada sumber lain, iaitu melalui pelaburan saham.

📘 Ini akan sangat membantu untuk masa hadapan mereka disamping mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh mereka nanti.
🍁 Ramai pelabur yang baru mengenal bidang pelaburan saham meluahkan penyesalan kerana tidak mula melabur sejak dari awal lagi.

🍁 Ini kerana, untuk mahir dalam pelaburan saham memerlukan masa. Semakin cepat anda mula melabur, semakin cepat anda akan mendapat manfaatnya.

🍁 Jadi jangan bertangguh lagi, ambil tindakan segera! Belajarlah cara untuk melabur saham bermula dari sekarang!
Terima kasih kerana membaca artikel ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

☘ Kepada pelabur baru, anda tidak perlu risau jika mulakan pelaburan saham dengan modal yang kecil. Malah ianya sangat d...
27/10/2025

☘ Kepada pelabur baru, anda tidak perlu risau jika mulakan pelaburan saham dengan modal yang kecil. Malah ianya sangat digalakkan. Modal besar tidak memberi jaminan yang anda akan perolehi keuntungan besar.

☘ Fokus dalami ilmu pelaburan saham, praktis dan bina pengalaman dalam pasaran terlebih dahulu. InsyaAllah, pendapatan anda akan bertambah setimpal dengan usaha yang anda lakukan.

☘ Tindakan anda sekarang bakal menentukan siapa anda pada masa hadapan. Rancang perjalanan untuk mencapai segala impian dan Big Why anda bermula dari sekarang.

⚡ Kali ini fokus akan diberikan kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns p**a. ⚡ Kebiasaannya para pelabur/pedagang ...
27/10/2025

⚡ Kali ini fokus akan diberikan kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns p**a.
⚡ Kebiasaannya para pelabur/pedagang mempunyai masalah dalam membuat keputusan untuk menjual pegangan saham berbanding membeli.
⚡ Ini kerana, mereka agak keliru dalam membezakan samada saham yang dipegang sedang membuat pullback (berehat sementara sebelum membuat kenaikan semula) atau saham tersebut sebenarnya sudah menunjukkan sell signal.
⚡ Jadi, salah satu cara yang boleh digunakan oleh pelabur/pedagang untu mengenalpasti adakah perubahan trend bakal berlaku kepada saham yang sedang dipegang ialah dengan melihat kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns.
▪ Bearish Reversal Candlestick Patterns ini mestilah berlaku di uptrend (berlaku di atas, biasanya ketika harga berada di puncak).
▪ Kemunculan Bearish Reversal Candlestick Patterns ini memberi petunjuk awal yang harga saham akan membuat penurunan dan perubahan trend akan berlaku (daripada uptrend ke sideways/downtrend)
▪ Jika Bearish Reversal Candlestick Patterns ini muncul, pelabur/pedagang boleh memantau portfolio dengan lebih ketat, untuk mencari exit point terbaik supaya dapat mengoptimumkan keuntungan.
▪ Pelabur/pedagang boleh menjual pegangan saham apabila harga saham sudah turun memecahkan support terdekat/trailing stop.
⚡ Berikut merupakan 6 Bearish Reversal Candlestick Patterns yang selalu dijumpai pada chart:
1. Bearish Engulfing
2. Bearish Harami
3. Evening Star
4. Dark Cloud Cover
5. Hanging Man
6. Shooting Star
⚡ Anda dapat lihat, selepas muncul Bearish Reversal Candlestick Patterns ini ketika harga saham berada di atas, berlakunya penurunan kepada harga saham (Rujuk gambar di bawah).
Terima kasih kerana membaca artikel ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

[Dead Cat Bound]🔸Jika anda sudah terlibat dalam pasaran saham, anda pasti pernah dengar istilah “Dead Cat Bound”. Mungki...
23/10/2025

[Dead Cat Bound]
🔸Jika anda sudah terlibat dalam pasaran saham, anda pasti pernah dengar istilah “Dead Cat Bound”. Mungkin masih ramai dikalangan pelabur baru yang belum memahami istilah ini.
🔸 Penting untuk anda faham apakah Dead Cat Bound bagi mengelakkan anda terperangkap kerana tersalah anggap yang Dead Cat Bound ini merupakan Trend Reversal .
🔸 Apakah Dead Cat Bound?
▪ Dead Cat Bound ialah kenaikan harga sesuatu saham dalam jangka masa pendek sebelum harga saham tersebut sambung meneruskan kejatuhan.
▪ Dead Cat Bound berlaku apabila pasaran berada dalam keadaan downtrend.
▪ Dead Cat Bound merupakan continuation pattern dimana saham yang menunjukkan pattern ini mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk meneruskan downtrend.
▪ Istilah Dead Cat Bounce ini terhasil daripada pepatah “even a dead cat will bounce if it falls far enough and fast enough.”
▪ Apabila harga sesuatu saham mengalami kejatuhan yang laju dan besar, akan berlakunya lantunan kenaikan harga (Dead Cat Bound) sementara terhadap saham tersebut sebelum ianya sambung meneruskan kejatuhan.
🔸 Bagaimana Dead Cat Bound berlaku?
▪ Dead Cat Bound berlaku apabila pelabur membeli saham yang dirasakan telah berada di paras lantai kerana beranggapan downtrend sudah berakhir tanpa menunggu pengesahan terhadap perubahan trend terlebih dahulu.
🔸 Ada dikalangan trader seperti intraday/scalper yang boleh menjana keuntungan dengan mengambil peluang ke atas kenaikan harga sementara ini.
🔸 Namun, pelabur baru sangat tidak digalakkan untuk mencuba teknik ini jika anda masih belum mahir ilmu teknikal analisis. Tersilap langkah, anda bakal kehilangan modal pelaburan dengan lebih cepat.

[What Rich Person Won't Tell You]🔸 You won't get rich off a salary alone.🔸 Inflation steals your wealth, so invest.🔸 Buy...
22/10/2025

[What Rich Person Won't Tell You]
🔸 You won't get rich off a salary alone.
🔸 Inflation steals your wealth, so invest.
🔸 Buy assets, no liabilities.
🔸 Never spend more than you make.
🔸 Pay yourself first, always.
🔸 Compound interest works wonders.

Credit: moneytreedaily
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.😉

Address

17th Floor, Menara Atlan 161B, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Atlan Holdings Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share