Peguam Syarie :: Anuar Taufeq Junid & Associates

Peguam Syarie :: Anuar Taufeq Junid  & Associates Legal firm | Syarie lawyer | Syarie counsel | Perunding keluarga Islam | wasiat | Hibah | Pusaka | Jenayah

Perkhidmatan: Konsultansi | Dokumentasi

legal advisor(Syariah Law)

Kami mengucapkan selamat beribadah di bulan ramadan...semoga kita semua diberkati Allah...
01/03/2025

Kami mengucapkan selamat beribadah di bulan ramadan...semoga kita semua diberkati Allah...

14/02/2025

salam Jumaat..Jom banyakkan Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..Moga kita semua mendspat syafaat nabi dan dipermudahkan urusan kita dunia akhirat..aamiin

07/01/2025

Makluman:

Firma kami kini juga menawarkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah bagi yang tinggal di sekitar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak dan Cheras. Boleh hadir ke pejabat kami di 11-09, Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur..

Atau hubungi talian 019 9080393 (En. Junid) untuk pertanyaan dan temu janji.

07/01/2025

JANGAN SAMPAI ANAK-ANAK JADI MANGSA

Kebajikan serta keperluan anak tetap menjadi tanggungjawab ibu dan bapa yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak. Malah, dari sudut pandang undang-undang keluarga Islam, anak mempunyai hak untuk menerima nafkah demi kesinambungan kehidupan yang lebih baik. Apatah lagi selepas ibu bapa mereka tidak hidup bersama. Ini sudah dibincang oleh fuqaha terdahulu dalam banyak kitab tulisan mereka. Sekiranya semua faham dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing, maka, anak-anak tidak akan menjadi mangsa akibat perceraian yang berlaku.

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُلَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُاللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ ...
09/04/2024

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وغفر الله لنا ولكم وكل عام وانتم بخير

19/01/2024

Tempoh Iddah suatu penyiksaan?

Umum mengetahui tentang keperluan beriddah selepas berlaku perceraian, sama ada perceraian akibat talak atau perceraian akibat kematian. Namun begitu, tidak semua yang mengetahui hikmah atau sebab disyariatkan iddah terutamanya bagi pihak isteri.
Secara dasarnya, Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui sama ada rahimnya suci daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

Hukum Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang masih di dalam iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya tidak sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta.

Antara hikmat disyariatkan iddah ialah pertama, untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.

Kedua, memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan kembali merujuk isterinya semasa di dalam iddah. Hal ini tertakhluk kepada kes (talaq rajie) sahaja.Bagi perempuan yang (kematian suami), tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.

Setiap perkara yang disyariatkan mempunyai sebab dan hikmah yang tertentu...Aturan Allah yang terbaik..

Wallahuaklam...

Moga dipermudahkan urusan 🤲
03/08/2023

Moga dipermudahkan urusan 🤲

19/09/2022

Saya sering ditanya,berapa jumlah nafkah yang wajar dan patut diberikan kepada isteri dan anak-anak?Ada sifir atau perkiraan khas bagi pemberian nafkah?

Jawapannya...Ianya subjektif... bergantung kepada beberapa faktor.Maknanya,ia berbeza bagi setiap orang..

Paling utama perlu lihat keperluan asas yang wajib disediakan seperti tempat tinggal,makan minum,pakaian,keperluan peribadi dan kesihatan.Untuk anak,tambahlah pendidikan.

Faktor kedua yang untuk menilai pemberian nafkah ialah kemampuan si pemberi nafkah.Kemampuan ini merujuk kepada kemampuan kewangan seperti pendapatan@gaji...dan juga kemampuan fizikal seperti kesihatan dll..

Kesimpulannya..tidak semua keperluan orang adalah sama...namun,apa yang penting,keperluan-keperluan asas dipenuhi...

30/05/2022

Antara jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dengan perbincangan secara baik..Atau boleh dikatakan secara sulh atau mediasi..Syaratnya, mestilah berlapang dada dan bersedia untuk menerima win-win situation. Jangan pada awalnya bersetuju,tetapi tak berpuas hati..tettap tidak akan selesaikan masalah..

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

0199080393

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie :: Anuar Taufeq Junid & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peguam Syarie :: Anuar Taufeq Junid & Associates:

Share