22/08/2017
APA TU POPIA CHEESE??
π§
Popia cheese ialah sejenis makanan ringan yang dihasilkan dengan campuran serbuk cheese dan gula yang menyaluti kulit popia goreng. Ada sesetengah yang menggunakan serbuk kari untuk mendapatkan rasa yang pedas bagi popia cheese mereka. Popia cheese merupakan makanan yang amat mudah di makan. Kerena ia tidak memerlukan sebarang bahan tambahan lain seperti sos. Dimana sahaja, apa juga keadaan sedap dimakan bergitu saja. Yumm. Popia cheese juga merupahan hidangan yang popular didalam balang balang di atas meja pada hari raya setiap tahun. Tak heran lah jika semua masyarakat sudah kenal dengan popia cheese ni kan?