Pusat HEARS

Call Directions Website

Pusat HEARS Pusat HEARS adalah pusat perkhidmatan bawah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Antaranya ialah Yayasan Sime Darby (YSD).

Pusat-HEARS mula ditubuhkan pada Januari 2013 sebagai Institut Telinga Pendengaran dan Pertuturan (Institut-HEARS). Ditempatkan di Kolej Tun Syed Nasir, Blok 8, Jalan Temerloh Kuala Lumpur. Pada tahun 2019, penstrukturan semula telah dilaksanakan dan Institut-HEARS telah ditempatkan di Fakulti Sains Kesihatan sebagai Pusat Telinga, pendengaran dan Pertuturan (Pusat-HEARS)


Visi Pusat-HEARS adalah untuk menjadi peneraju pusat perkhidmatan Telinga, Pendengaran dan Pertuturan yang unggul dengan memaksimumkan potensi kanak-kanak bermasalah pendengaran melalui perkhidmatan multidisiplin. Pusat-HEARS memperkasa program dan perkhidmatan intervensi awal kepada profesional kesihatan, orang awam, keluarga dan kanak-kanak bermasalah pendengaran melalui kerjasama dengan organisasi kebangsaan/antarabangsa. Pusat-HEARS menawarkan servis perkhidmatan klinikal dan juga latihan kepada profesional dan ibu bapa yang mengurus individu kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu, kempen kesedaran juga turut dijalankan bagi profesional barisan hadapan, guru dan juga orang awam umum berkenaan masalah pendengaran dan penjagaan kesihatan pendengaran. Telah banyak rakan strategik yang turut berdedikasi dan terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan visi dan misi kami. Petronita, Cochlear Ltd., Med-El, Advanced Bionic, Kementerian Kesihatan Malaysia, Yayasan Budi Penyayang, Design Nur Studio, Totallypix. Bagi tujuan maklumbalas, pertanyaan atau kerjasama dan kolaborasi, anda boleh hubungi Encik Hazwan Abdullah at [email protected] / [email protected] / tel: 03 92895133.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾Bersama kita raikan kepelbagaian, perpaduan dan semangat kebersamaan yang men...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Bersama kita raikan kepelbagaian, perpaduan dan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan Malaysia. ❤️💙💛🤍

Ikhlas daripada Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (HEARS), UKM.

Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat HEARS), FSK, UKM tampil dengan naskhah terbaharu menerusi Buletin Pusat...
18/08/2026

Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat HEARS), FSK, UKM tampil dengan naskhah terbaharu menerusi Buletin Pusat HEARS 2026 (Bil. 2)!

Menerusi tagline "Empowering Professionals, Enriching Communities" , Pusat HEARS kini mengorak langkah melalui penterjemahan visi dan misi baharu. Berteraskan falsafah Universiti—gabungan mantap antara iman dan ilmu yang bermanfaat serta penyatuan teori dan amal—kami komited melestarikan perkembangan masyarakat terpelajar.

👇 Muat turun dan baca Buletin Pusat HEARS 2026 (Bil. 2) secara penuh di sini:
🔗 https://bit.ly/buletinpusathears

Mari bersama Pusat HEARS kita martabatkan kesihatan pendengaran dan pertuturan demi kelestarian masyarakat!

PUSAT TELINGA, PENDENGARAN & PERTUTURAN (HEARS), FAKULTI SAINS KESIHATAN TERIMA SUMBANGAN PERALATAN KLINIKAL BERNILAI RM...
12/08/2026

PUSAT TELINGA, PENDENGARAN & PERTUTURAN (HEARS), FAKULTI SAINS KESIHATAN TERIMA SUMBANGAN PERALATAN KLINIKAL BERNILAI RM 315,889.77

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026 – Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini telah menerima sumbangan peralatan klinikal daripada Medicara Sdn. Bhd., anak syarikat XPERTS.MY melalui Yayasan Wiba Prima yang bernilai keseluruhan RM315,889.77. Sumbangan ini merangkumi pelbagai kelengkapan perubatan dan peralatan sokongan klinikal disumbangkan bagi menyokong keperluan operasi, latihan, pendidikan serta pembangunan kapasiti di Pusat HEARS, FSK dan UKM secara umumnya.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung di Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, UKM Jalan Temerloh, Kuala Lumpur. Majlis ringkas tetapi meriah dan sangat bermakna ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan FSK yang diketuai oleh Dekan FSK, Prof Dr. Suzana Shahar, Timbalan Dekan Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat FSK, Prof. Dr. Zahara Abdul Manaf, Ketua Pentadbiran FSK, Cik Lily Farizon Karim, Ketua Program Audiologi, Prof. Madya Dr. Noor Alaudin Abdul Wahab serta Ketua Program Sains Pertuturan, Dr. Badrulzaman Abdul Hamid, selain ahli pengurusan Pusat HEARS, pensyarah, klinisyen dan pelajar. Yayasan Wiba Prima p**a telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya sendiri iaitu Encik Amirul Iskandar Mannan dan beberapa orang wakil pengurusan Yayasan Wiba Prima dan XPERTS.MY.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pusat HEARS, Prof. Madya Dr. Cila Umat yang mengalukan kehadiran semua jemputan dan tetamu ke majlis tersebut. Ketua Pusat HEARS dalam ucapan terimakasih beliau atas sumbangan pihak Medicara Sdn. Bhd. melalui Yayasan Wiba Prima menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti Pusat HEARS pada masa kini dan menjemput perbincangan lanjut untuk kolaborasi bersama Pusat HEARS. Beliau juga merakamkan ucapan terimakasih kepada semua staff Pusat HEARS dan pelajar yang telah terlibat dalam membuaat persiapan bagi mengadakan majlis tersebut dalam jangkawaktu yang singkat.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video korporat FSK UKM serta ucapan oleh Dekan FSK, Prof. Dr. Suzana Shahar. Dekan FSK menyatakan rasa bangga kerana syarikat XPERTS.MY diterajui oleh alumni program Audiologi FSK dan berharap kerjasama bersama pihak Xperts melalui Yayasan Wiba Prima dapat diperkukuh lagi pada masa akan datang dalam pelbagai aspek seperti pembentukan Sijil Profesional khusus untuk masalah komunikasi anak berkeperluan khas yang memerlukan penglibatan pihak industri, pembangunan modal insan melalui tajaan biasiswa pelajar siswazah atau prasiswazah, dan kolaborasi khidmat masyarakat terutamanya dengan Pusat HEARS, program Audiologi, dan program Sains Pertuturan.

Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wiba Prima, Encik Amirul Iskandar Mannan dijemput untuk memberi penerangan ringkas mengenai Yayasan Wiba Prima serta XPERTS.MY dan menyatakan keterbukaan beliau untuk mengadakan kerjasama dengan pihak FSK dalam pelbagai aspek. Cadangan kerjasama ini boleh dimajukan kepada beliau untuk diteliti dan mengadakan perbincangan lanjut.

Kemuncak majlis diserikan dengan simbolik penyerahan sumbangan peralatan klinikal, serta sesi pertukaran hadiah cenderahati dari pihak Yayasan Wiba Prima, Pusat HEARS dan FSK. Ini diikuti dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan. Para tetamu kemudiannya berkesempatan mengadakan lawatan ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan serta Unit TUTUR UKM bagi melihat kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di fasiliti tersebut sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

25/06/2026

THROWBACK

HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2026 - PUSAT HEARS

Hari Pendengaran Sedunia 2026 dengan bertemakan “Dari Komuniti ke Bilik Darjah - Penjagaan Pendengaran untuk Semua Kanak-kanak”
5 Mac & 2 April 2026 @ Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL).

Program ini dianjurkan oleh Pusat HEARS dengan kerjasama Program Audiologi, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti kuiz pendengaran atas talian, reruai aktiviti kanak-kanak, reruai desibel berbahaya, ujian saringan pendengaran, edaran buku cerita kanak-kanak beserta brosur berkaitan masalah pendengaran, dan pameran alat bantu dengar daripada 5 buah syarikat. Seramai lebih 1000 penyertaan daripada seluruh Malaysia bagi kuiz secara atas talian dan seramai lebih daripada 300 orang yang mengunjungi dan terlibat secara aktif bagi program ini.

Bengkel ini ditutup dengan ucapan daripada Prof. Dr. Zahara Abdul Manaf (Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Madya Dr. Cila Umat (Ketua Pusat HEARS) dan Dr. Mohd Safwan Ibrahim (Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa). Sebagai tanda penghargaan kepada warga Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Pusat HEARS menyerahkan satu unit bunting kepada pihak klinik bertujuan memberikan maklumat berkaitan masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak dan proses mendapatkan temujanji pendengaran kepada warga KKKL dan pesakit yang menghadiri temujanji.

Pusat HEARS mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada semua ahli jawatankuasa penganjur program, para pelajar audiologi daripada FSK, UKM dan syarikat alat bantu dengar yang terlibat iaitu Dr. Hearing and Speech Centre, 20dB Hearing Sdn Bhd, Audiolab Hearing Care Centre, Global Hearing Care Centre dan Eartistic Hearing & Balance Centre.

*SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1448H*Selamat menyambut Maal Hijrah 1 Miuharram 1448H kepada seluruh umat Isla...
17/06/2026

*SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1448H*

Selamat menyambut Maal Hijrah 1 Miuharram 1448H kepada seluruh umat Islam yang dikasihi.

Marilah kita jadikan semangat hijrah ini sebagai satu titik mula anjakan paradigma dalam meningkatkan kualiti kerja yang membawa perubahan besar kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat HEARS)
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

*Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS*   1. Pernahkah anda atau kenalan terdekat menjalani ujian pendengaran?2. Anda sukar ...
07/05/2026

*Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS*

1. Pernahkah anda atau kenalan terdekat menjalani ujian pendengaran?
2. Anda sukar untuk memahami audiogram?
3. Terlalu banyak simbol dan garisan untuk difahami?
4. Adakah masalah pendengaran itu bermakna tidak dengar langsung? Pekak?
5. “Kan boleh dengar, tak kan ada masalah pendengaran?”
Ikuti infografik Pusat HEARS bagi memahami audiogram dan tahap masalah pendengaran.

Jika anda risau tentang pendengaran, hubungi Pusat HEARS UKM di talian 03-92895132 untuk mendapatkan temujanji.

Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS   1. Pernahkah anda atau kenalan terdekat menjalani ujian pendengaran?2. Anda sukar un...
07/05/2026

Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS

1. Pernahkah anda atau kenalan terdekat menjalani ujian pendengaran?
2. Anda sukar untuk memahami audiogram?
3. Terlalu banyak simbol dan garisan untuk difahami?
4. Adakah masalah pendengaran itu bermakna tidak dengar langsung? Pekak?
5. "Kan boleh dengar, tak kan ada masalah pendengaran?"
Ikuti infografik Pusat HEARS bagi memahami audiogram dan tahap masalah pendengaran.

Jika anda risau tentang pendengaran, hubungi Pusat HEARS UKM di talian 03-92895132 untuk mendapatkan temujanji.

This year’s intake (8th June 2026) is open to Malaysians and Internationals who are undergoing training in the field of ...
08/04/2026

This year’s intake (8th June 2026) is open to Malaysians and Internationals who are undergoing training in the field of audiology, speech-language therapy, education for the deaf or other related fields.
🔰 27 weeks (Mode-Online)
🔰 RM 11,500 (Malaysian) RM 17,500 (International) - Clinical
🔰 RM 5,000 (Malaysian) RM7,500 (International) - Theory
(Scheduled payment alternatives available)
🔰 Malaysian & International Candidates - Possess a Bachelor’s Degree in Speech Science/ Audiology or related field of health sciences, International candidates should have a minimum score of 6 for IELTS (International English Language Testing System).
🔰 The degree must be a professional degree that qualifies the candidate to work in their respective fields.
🔰 Candidates must have worked and managed pediatric patients in their clinical practice.
PACKAGE PROVIDED:
Option 1: AVT Clinical Package
Are you a clinician providing therapy for pediatric hearing loss? Elevate your skills and knowledge with our AVT Clinical Package! With the online sessions you’ll gain in-depth knowledge of AVT concepts, principles, and clinical aspects. You’ll also get an additional small group clinical mentoring through recorded sessions with patients. This package is suitable for any professionals who directly work with children with hearing impairment. Enroll now and take the first step towards becoming an AVT practitioner!
Option 2: AVT Theory Package
If you're interested in AVT knowledge but not involved in clinical sessions, our AVT Theory Package is perfect for you! With 140 hours of online learning, you'll gain in-depth knowledge of AVT concepts, principles, and clinical aspects. An exposure to diverse topics involving AVT principles, strategies & techniques for building listening and speaking skills of hearing impaired children. Enroll now and take the first step towards acquiring AVT theoretical knowledge.
Requirement for Certification:
🎯Engage in self-directed learning through recorded session within a specified timeframe for each phase (Foundation, Intermediate, and Advanced)
🎯Prepare individual and group assignments during online classes
🎯Pass online written exams for each phase
🎯Attend interactive sessions & presentation for each phase (Foundation, Intermediate, and Advanced)
🎯Record 2 clinical sessions for each phase to be discussed with a mentor only for the clinical package

To register, fill in the registration form below:
https://forms.gle/g2aLNNvWuDGinosFA
For more information, contact:
Admin
Phone: 03-89272124 / 017-8112270
Email: [email protected]
Program Coordinator
Mr. Mohamad Firdaus bin Latip
Phone: 011-56225415
Email: [email protected]
REGISTER BEFORE : 15 May 2026

Address

Pusat Telinga, Pendengaran Dan Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan, Blok 8 Tingkat 3, Universiti Kebangsaan
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392895133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat HEARS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share