Zulfikar Hj Abd Kasim

Zulfikar Hj Abd Kasim Membina masyarakat maju dan sejahtera.

Perkhidmatan yang disediakan;

1- Investment-Linked Takaful
2- Pelan Takaful utk perubatan
3- Simpanan pendidikan
4- Perlindungan pendapatan
5- Pelan Umrah & Haji
6- Unit Amanah patuh syariah

Bila anak dah masuk sekolah menengah, masa terasa cepat sangat berlalu.Baru semalam rasanya pegang tangan mereka masuk d...
03/07/2026

Bila anak dah masuk sekolah menengah, masa terasa cepat sangat berlalu.

Baru semalam rasanya pegang tangan mereka masuk darjah satu. Hari ini, seorang sudah di Tingkatan 3, seorang lagi di Tingkatan 1. Masing-masing sudah ada cita-cita, cabaran dan dunia mereka sendiri.

Hari ini saya menghadiri Program 3 Penjuru untuk bertemu guru dan mendapatkan laporan prestasi mereka.

Bagi saya, keputusan peperiksaan boleh berubah. Tetapi akhlak, sikap dan semangat untuk terus belajar itulah yang akan menentukan masa depan mereka.

Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa sabar mendidik anak-anak kita. Di sebalik setiap pelajar yang berjaya, ada guru yang tidak pernah jemu membimbing dan ibu bapa yang tidak pernah berhenti mendoakan.

Semoga anak-anak kita semua terus membesar menjadi generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada agama, keluarga serta masyarakat.

Petang ini berpeluang menyantuni anak muda yang beriadah di taman permainan.Taman permainan bukan sekadar tempat untuk b...
02/07/2026

Petang ini berpeluang menyantuni anak muda yang beriadah di taman permainan.

Taman permainan bukan sekadar tempat untuk bersukan dan beriadah, tetapi juga ruang mengeratkan silaturahim sesama jiran.
Dengan bertegur sapa, bertanya khabar dan meluangkan sedikit masa bersama, kita dapat membina sebuah komuniti yang lebih mesra, harmoni dan saling mengambil berat.

Semoga semangat kejiranan di taman saya ini terus subur, InsyaAllah.

Address

Juasseh
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zulfikar Hj Abd Kasim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zulfikar Hj Abd Kasim:

Shortcuts

Share