Corpcommstdc

Corpcommstdc Welcome To STDC

Perjumpaan Kakitangan STDC bersama Ketua Eksekutif STDC Bil. 2/2025Tempat: Dewan Auditorium STDC Ketua Eksekutif: Ts. Dr...
14/08/2025

Perjumpaan Kakitangan STDC bersama Ketua Eksekutif STDC Bil. 2/2025

Tempat: Dewan Auditorium STDC
Ketua Eksekutif: Ts. Dr. Harizal bin Hamid

Dimaklumkan bahawa Perjumpaan Kakitangan STDC bersama Ketua Eksekutif Bil. 2/2025 telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Auditorium STDC, dengan kehadiran penuh warga kerja STDC dari pelbagai bahagian dan unit.

Program ini telah dipengerusikan oleh Ts. Dr. Harizal bin Hamid, Ketua Eksekutif STDC, yang telah menyampaikan ucaptama dan pembentangan halatuju terkini STDC, merangkumi strategi, inisiatif semasa dan perancangan masa hadapan organisasi.

Turut diadakan dalam sesi ini adalah:

Pengenalan dan penghargaan kepada staf baharu yang menyertai STDC.

Penyampaian penghargaan kepada staf yang akan menamatkan perkhidmatan, sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti mereka.

Program ini bukan sahaja berperanan sebagai platform komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja, malah turut mengukuhkan semangat kebersamaan dalam organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Seminar Wasatiyah & Membendung Ekstremisme Peringkat DaerahAnjuran bersama: Asatizah Negeri Selangor (ANAS) & Bahagian P...
14/08/2025

Seminar Wasatiyah & Membendung Ekstremisme Peringkat Daerah

Anjuran bersama: Asatizah Negeri Selangor (ANAS) & Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Tarikh: 13 Ogos 2025 (Rabu)
Tempat: STDC Kuala Selangor
Perasmian oleh:
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor,
Dato’ Seri Amirudin bin Shari

Dimaklumkan bahawa program Seminar Wasatiyah & Membendung Ekstremisme Peringkat Daerah anjuran bersama Asatizah Negeri Selangor (ANAS) dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya dilaksanakan pada 13 Ogos 2025 (Rabu) bertempat di STDC Kuala Selangor.

Majlis telah disempurnakan dengan perasmian oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari, yang turut menyampaikan ucaptama berkaitan kepentingan pendekatan wasatiyah dalam mengekang gejala ekstremisme dalam masyarakat.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jemputan, peserta serta individu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan seminar ini.

ERT and Fire Fighting TrainingAnjuran: Jabatan Sumber Manusia, STDCTarikh Pelaksanaan: 8 Ogos 2025 (Jumaat)Tempat: STDCD...
14/08/2025

ERT and Fire Fighting Training

Anjuran: Jabatan Sumber Manusia, STDC
Tarikh Pelaksanaan: 8 Ogos 2025 (Jumaat)
Tempat: STDC

Dimaklumkan bahawa program ERT and Fire Fighting Training anjuran Jabatan Sumber Manusia, STDC telah berjaya dilaksanakan pada 8 Ogos 2025 (Jumaat).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan warga kerja STDC dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran. Penyertaan daripada pasukan ERT serta staf yang terlibat telah memberikan komitmen yang amat membanggakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini, secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, untuk makluman.

Selamat Datang ke STDC
14/08/2025

Selamat Datang ke STDC

Selamat Datang ke STDC...
14/08/2025

Selamat Datang ke STDC...

06/08/2025

New Step

Address

Jalan Semarak
Kuala Selangor
45000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Corpcommstdc posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share