23/07/2026
Cerita Hari Ini… 😊
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
Hari ini kami menerima kunjungan rombongan dari Kelantan. Mereka selesai mengadakan lawatan di Kuantan, Pahang, sebelum meneruskan perjalanan dan singgah di Keropok Lekor Wawa Merang, Terengganu untuk menikmati keropok lekor asli yang sedap.
Turut bersama ialah Adik Qilah dari SKR1. Memang terkejut juga, pada mulanya kami ingat rombongan dari Terengganu, rupanya mereka datang dari Kelantan dan dalam perjalanan pulang selepas melawat Pahang, sanggup singgah ke Terengganu. Memang padu dan sangat menyentuh hati! ❤️
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sentiasa menyokong Keropok Lekor Wawa Merang. Sokongan anda semua menjadi pembakar semangat untuk kami terus menyajikan keropok lekor asli Terengganu yang terbaik.
Singgah sekali, insya-Allah nak datang lagi! 🥰