07/10/2026
Senarai Penyata Pendapatan
1️⃣ EA Form – Bukti Pendapatan Penggajian
▶️ EA Form membantu pekerja mengetahui jumlah gaji, bonus, elaun, komisen, PCB yang telah dipotong, caruman KWSP dan caruman Perkeso.
▶️ Contoh :
Gaji setahun = RM60,000
Bonus = RM5,000
Jumlah pendapatan penggajian = RM65,000
2️⃣ CP58 – Pendapatan Komisen Ejen
▶️ CP58 membantu ejen mengenal pasti jumlah komisen, insentif dan bayaran berkaitan yang diterima daripada syarikat.
▶️ Contoh :
Komisen = RM80,000
Bonus/insentif = RM10,000
Jumlah bayaran = RM90,000
3️⃣ Penyata Kewangan
▶️ Penyata kewangan membantu kepada pemilik perniagaan SME dengan menunjukkan prestasi dan keuntungan perniagaan.
▶️ Namun begitu, untung akaun tidak semestinya sama dengan pendapatan bercukai.
▶️ Pelarasan pendapatan harus dibuat untuk mengetahui berapa pendapatan bercukai dan berapa jumlah cukai yang dikenakan.
▶️ Contoh :
Untung dalam Penyata Akaun Untung Atau Rugi
(+) Perbelanjaan tidak dibenarkan
(−) Elaun modal
(+) Pendapatan lain-lain
(−) Pelepasan cukai
= Pendapatan bercukai
✅ Kesimp**an : Penyata pendapatan yang lengkap membantu memastikan pendapatan dilaporkan dengan tepat, pengiraan cukai dikira dengan betul dan terdapat dokumen sokongan sekiranya berlaku semakan atau audit cukai.
> Berminat ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan cukai perniagaan SME? PM kami sekarang untuk free consultation.
📲017-966 5850 (Amin)
Team Sales & Marketing
atau boleh tekan link di bawah ini untuk sesi consultancy cukai LHDN
http://wasap.my/60179665850/Hi,SayaPerlukanKhidmatAkaundanCukaiUntukPerniagaanSaya