18/10/2022
"Cik, saya nak repeat AM. Hari tu pergi pasar Payang tapi rasa lain. Saya nak yang pernah di makan dulu, sedap dan tak manis sangat."
Hari ini kami usahakan juga untuk penuhi permintaannya. alhamdulillah stok dodolpalas ada lagi.
Jadi pepagi tadi kami bertolak ke lokasi dapur AM untuk pick up stok dodolpalas. Tim dapur perkenalkan dodol asli baru kali ni dek kerana kesulitan nak dapatkan bekalan daun palas sekarang.
ada beza ker dodol palas dengan yang asli ni?
Haa ada sikitlah. Dodol asli AM ni lebih lemak dan kurang manis. Paling seronok dengar sebab dodol ni menggunakan gula sihat di dalamnya. Maka ia lebih selamat untuk orang yang kita yang perlu jaga kesihatan.
Rasa sedap, lebih lemak dan kurang manis. Saya sendiri dah rasa memang sedap.
Inilah dia dodol asli kami stok tak banyak sebab baru cuba. Siapa berhajat nak merasa, nak buat door gift kaa boleh inbox ya.