30/07/2026
Dua buah motosikal Yamaha RXZ dilaporkan terbakar ketika dalam perjalanan menuju ke program RXZ Members sebentar tadi.
Kejadian dipercayai berlaku berhampiran Politeknik Muadzam. Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan, namun syukur tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
Dalam kejadian berasingan, seorang penunggang RXZ turut dilaporkan terjatuh sebelum Plaza Tol Bentong, dipercayai akibat jalan licin kerana tumpahan diesel. Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Kepada semua peserta konvoi, berhati-hatilah sepanjang perjalanan. Elakkan menunggang ketika terlalu penat, sentiasa jaga jarak, patuhi had laju dan beri perhatian penuh terhadap keadaan jalan.
Jangan lupa, ada keluarga dan insan tersayang yang sedang menanti kepulangan anda.
Semoga perjalanan dipermudahkan, selamat sampai dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.