03/09/2021
KENYATAAN MEDIA
Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Terengganu (GDPT) melalui JKKE (Jawatankuasa Kerja Ekonomi) telah mengadakan Sidang kedua semalam khusus membincangkan isu-isu dalam sektor pelancongan.
Pelbagai input dan pandangan telah kami bincangkan termasuklah yang telah respon kepada saya secara personal, kepada urusetia dan melalui makluman rasmi kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa GDPT yang lain.
Terima kasih juga kepada Puan Zanariah Zakaria, Pengarah MOTAC, Encik Fadli Yusof, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (diwakili pegawainya kerana beliau hadir mesyuarat yang lain), Encik Tun Baharum Razak, Pengerusi Persatuan Pelancongan Terengganu, Saudara Alex daripada Ping Anchorage, Encik Esmadee Endut daripada Hedaco Travel , MATTA Negeri Terengganu, MyBha Terengganu serta anggota tetap JKKE yang telah menghadiri sidang yang diadakan semalam.
Insya Allah, setiap pandangan akan diperhalusi dan akan diambil tindakan yang bersesuaian dan laporan bagi tindakan yang dibuat akan dipaparkan secara rasmi di laman sosial GDPT dan DPPMT.
Terima kasih.
Ahmad Izani Ab. Ghani
Presiden
Gabungan Dewan-dewan Perniagaan Terengganu (GDPT)
Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Ekonomi (JKKE)
GDPT
Kuala Terengganu
3hb. September 2021