10/06/2026
Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris di tempat kerja, Jabatan Komunikasi Strategik GPB telah menganjurkan Minggu Bahasa Inggeris GPB 2026. Program ini dihadiri oleh kakitangan GPB serta wakil subsidiari, bertujuan untuk membina keyakinan bertutur di tempat kerja.
Program dimulakan dengan ceramah bertajuk βHow to Communicate in Simple English and How the Gen Z Helps Previous Generations in Communicationβ yang disampaikan oleh Encik Fauzan Abdul, Ketua Jabatan Komunikasi Strategik GPB merangkap Ahli Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM).
Peserta turut mengikuti sesi β24 Hours Protection for PERKESO Contributorsβ yang disampaikan oleh Puan Wan Zuhairiah binti Wan Ali, Ketua Jabatan Sumber Manusia, Pentadbiran dan Perolehan GPB. Ceramah ini memberi penerangan berkenaan perlindungan terbaru yang disediakan oleh PERKESO kepada para pencarum.
Program diteruskan dengan taklimat Dasar Teknologi Maklumat GPB oleh Encik Mohamad Fahmi bin Azmi bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai keselamatan maklumat dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab di tempat kerja.
Melalui program ini, warga kerja bukan sahaja dapat mengasah kemahiran berkomunikasi, malah diberi pendedahan penting mengenai aspek kebajikan dan tadbir urus syarikat. Selain itu, platform sebegini amat membantu dalam merapatkan hubungan kerja antara GPB dengan syarikat-syarikat subsidiari.