13/03/2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua π
Hari ini Alang Cleaning Service ingin cerita sedikit tentang dua jenis perkhidmatan pembersihan yang disediakan oleh kami sendiri atau syarikat lain, iaitu BASIC CLEANING dan DEEP CLEANING.
Anda semua tahu ke apa beza BASIC CLEANING dan DEEP CLEANING?
Ha, hari ini kami akan kongsikan tentang perbezaan dan fungsinya π.
___________________________________________________________________
# BASIC CLEANING #
Rasanya sudah ramai mengetahui tentang BASIC CLEANING ini.
Kerana perkhidmatan jenis ini sangat terkenal dan agak ramai yang menyediakan perkhidmatan seperti ini diluar sana.
Lebih lagi jika dikawasan bandar dan kota yang pesat membangun.
Akibat kekurangan masa, permintaan terhadap perkhidmatan ini sentiasa menerima permintaan yang tinggi dari pelanggan untuk mengemas rumah.
Kebiasaannya perkhidmatan ini mengenakan caj bayaran mengikut jam dan ada juga yang mengenakan caj mengikut jam dan bilangan tukang cuci dengan skop perkhidmatan seperti :-
- Sapu sampah.
- Sapu sawang.
- Mop lantai.
- Cuci tingkap.
- Cuci Tandas.
- Cuci kipas
- Lap perabot.
Namun ada juga sesetengah syarikat yang menawarkan perkhidmatan tambahan seperti mencuci, melipat dan seterika pakaian.
Wah, nampaknya melakukan kerja rumah bukan mudah bukan? π
# DEEP CLEANING #
Untuk perkhidmatan DEEP CLEANING, tidak ramai yang menawarkan perkhidmatan ini.
Ini kerana perkhidmatan ini bukan sahaja mengemas rumah, malah ianya lebih kearah BASUH RUMAH yang sememangnya memerlukan masa dan tenaga yang lebih dalam menyiapkan perkhidmatan ini.
Antara skop perkhidmatan DEEP CLEANING adalah :-
- Basuh rumah.
- Sapu sawang.
- Mop lantai.
- Cuci tingkap.
- Cuci tandas.
- Cuci kipas.
- Lap perabot.
- Cuci lantai menggunakan cecair khas (Asid).
Perkhidmatan ini kebiasaannya khas untuk mencuci rumah-rumah baru dibina, rumah ubahsuai, rumah ditinggal lama dan rumah keluar atau masuk penyewa.
Oleh itu, rumah yang menggunakan perkhidmatan DEEP CLEANING perlu kosong dan tidak berperabot.
Ini demi memudahkan sepanjang kerja dilakukan dan supaya perabot tidak rosak terkena air atau cecair khas (Asid).
Disebabkan perkhidmatan ini agak sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk diselesaikan, caj perkhidmatan DEEP CLEANING juga agak berbeza dari BASIC CLEANING.
Selain ianya agak mahal, caj perkhidmatan ini juga tidak mengikut jam dan bilangan tukang cuci.
Tetapi caj dikenakan mengikut jenis rumah, jumlah bilik dan jumlah tandas.
Untuk lebih mudah difahami, ianya konsep SATU HARGA SERVIS SAMPAI SIAP. π
Kebiasaannya perkhidmatan DEEP CLEANING mengambil masa sehari suntuk untuk diselesaikan.
Akan tetapi, ada juga rumah yang mengambil masa dua atau tiga hari untuk selesai!
Kerana itu lah caj DEEP CLEANING lebih mahal berbanding BASIC CLEANING.
Baiklah, ini saja perkongsian dari Kami tentang perbezaan antara BASIC CLEANING dan DEEP CLEANING.
Semoga ianya bermanfaat untuk anda yang memerlukan perkhidmatan ini.
___________________________________________________________________________
Nak cuci@basuh rumah? JOM hubungi kami dan pilih tarikh anda!
Call:
01110200335 (Alang)
Whatsapp:
http://www.wasap.my/601110200335/Cleaning_Service
Kunjungi website kami πππ
http://alangcleaningservice.business.site/
Instagram