21/08/2024
Ada sebab kenapa Misi Delivery tiba-tiba fokus pada Puncak Alam sejak sebulan yang lalu. Sedangkan Misi ada di seluruh Malaysia.. Jadi, saya ingin bercerita secara terbuka supaya tujuan difahami semua
Sejak 9 Department Misi diwujudkan, saya beritahu pada semua chief untuk Research and Develop satu kawasan dulu untuk bina formula pada seluruh Malaysia.
And we agreed to focus pada Puncak Alam kerana disinilah letaknya HQ Misi.. Malah all chief stay Puncak Alam.
Jadi, saya sendiri turun ke lapangan seluruh Puncak Alam, memahami peniaga, rider dan customer..
Dan Misi Delivery kini menjadi pilihan utama di Puncak Alam, peniaga2 sepakat bersama Misi untuk membentuk ekonomi baru local khas untuk Puncak Alam.
Sehinggakan semua vendor mahu Misi pasang banner esklusif pada kedai mereka untuk buatkan semua komuniti gunakan Misi..
Kemudian, peniaga pun sepakat untuk berikan offer2 pelbagai promosi sehingga harga dalam app Misi lebih murah daripada harga kedai..
Dan daripada proses R&D ni, kami dapat memahami banyak benda yang tidak kami sedar sebelum ni..
So saya sudah mula berhubung dengan beberapa kawasan seluruh Malaysia untuk mula terapkan formula yang sama pada kawasan masing2.
Saya tidak dapat berkongsi detail disini..
InsyaAllah dalam diam kita melangkah tinggi