Tiada yang lebih baik dalam hidup seseorang manusia itu dengan berusaha dan bertawakal dalam melakukan sesuatu kerana Allah Taala. Allah sayang makhluk ciptaan NYA yang berusaha untuk memajukan diri mereka dengan tujuan tidak lain hanya satu iaitu hanya untuk Allah. Semuanya telah diatur cantik oleh yang Maha Bijaksana. Allah ketemukan anda dengan saya pasti ada hikmahnya. Tenung Fikir Bertindak,
itu sebaiknya. Istilah kegagalan bagai aur dengan tebing dengan diri kita. Ia tidak dapat dipisahkan, Tapi Pernahkan anda terfikir, mengapakah kita gagal??? Itu tandanya kita belum cukup usaha. Mengapakah kita perlu adanya Nilai USAHA??? Kerana Kejayaan milik kita, bukan orang lain. Mengapakah Kita perlu mendengar dan mengikut apa yang orang disekeliling kita kata. KEjayaan milik kita,bukan milik mereka. Situasi mudah yang dapat kita ambil pengajaran, anda sedang menggali lubang dengan tujuan untuk mencari harta karun kononnya, tapi ada seseorang telah berbisik ditelinga kamu"lupakan sahaja niat kamu tu mail, tak usahlah digalinya sebab xde pun harta karun dalam dunia ini" Anda kena ingat, inilah yang dikatakan kegagalan milik anda jika anda dengar dan patuh dengan kata kata tersebut. Siapa yang menggerakkan hati anda untuk mencari harta karun? Siapa yang menyuruh anda menggali lubang disitu.? Cuba anda fikir, kalau betul kamu berfikir. Baiklah, siapa manusia tadi jika hendak dibandingkan dengan ALLAH?? Jadi mengapa perlu dengar kata kata manusia tersebut. Teruskan sahaja menggali lubang tersebut. Jika Harta karun tersebut 6kaki kebawah, anda sudah gali 5.8 kaki kebawah. Alangkah ruginya anda sebagai manusia yang s**a atau mudah terpengaruh dengan kata kata negatif manusia tadi. Jika anda teruskan anda dapat, jika anda berhenti, Anda rugi sangat kerana tidak mendapatkan harta tersebut. MAnusia tadi dia tetap tidak dapat apa apa walaupun dia terus berbisik kata kata negatif kepada anda. Ingat itu. Kejayaan kita tidak dapat terhasil dalam masa yang singkat. Percayalah, Situasi mudah. Anda Pergi sekolah, daftar matapelajaran bulan 1. Bilakah hasilnya akan Nampak???Bukan hujung tahun!!! mana pergi bulan 2-10??? 2-10 itulah sebenarnya usaha dan tawakal anda. Sekian dulu. Selamat maju jaya.