Kerepek Lobak Merah Cravia Terengganu

Kerepek Lobak Merah Cravia Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kerepek Lobak Merah Cravia Terengganu, Wakaf mempelam, Kuala.

salam Nisfu syaban buat semua peminat kerepek Lobak Merah☺☺
30/04/2018

salam Nisfu syaban buat semua peminat kerepek Lobak Merah☺☺

Salam jumaat yg dingin hujan dh turun Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ni.Sempena hari jumaat yg indah ini,a...
23/03/2018

Salam jumaat yg dingin hujan dh turun
Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ni.

Sempena hari jumaat yg indah ini,akak berbesar hati nak melelong‼
Bkn harga biasa ok tp harga Luar biasa ‼
HARI NI dan ESOK SAJE‼‼☺️☺️



04/03/2018

Jalan - jalan dengan Kerepek Lobak Merah Cravia RM1 !!!!
Cara mudah pujuk orang makan CARROT 🥕🥕😊😊

01/03/2018

6 SEBAB DIET DAN MAKANAN MENINGKATKAN KESIHATAN ANDA

Pernah tak anda rasa putus asa apabila diet harian anda seperti sia-sia? Rasa berat badan turun sedikit saja. Tak ada motivasi.

Penting ke apa yang kita makan sehari-harian ini? Kenapa saya kata diet harian kita ini sangat-sangat penting dalam kesihatan kita?

Jom lihat 6 perkara ini. Pasti akan mengubah pendirian anda.

1.Lebih banyak tenaga

Jika tubuh anda kurang dalam Vitamin C, B12, dan folat, anda akan mudah mengalami keletihan. Keletihan boleh menyebabkan kehilangan tenaga, yang boleh memburukkan lagi kesihatan anda. Dengan memastikan diet anda sentiasa cukup dengan vitamin ini, ia akan mengurangkan masalah anemia yang disebabkan kekurangan vitamin. Vitamin tidak secara langsung akan menghasilkan tenaga, tetapi pengambilan vitamin dan mineral yang sihat akan membantu meningkatkan tenaga anda. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3, klorofil, magnesium, dan gula mudah. Anda boleh mencari makanan seperti ikan, buah-buahan, dan sayur-sayuran.

2. Mengurangkan risiko penyakit

Makanan yang tinggi kolesterol dan lemak tepu sering dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung, dan banyak lagi. Apabila dicerna, makanan ini boleh mengakibatkan penyumbatan bahan kimia penting. Jika diet anda juga tidak kaya dengan nutrien yang diperlukan, kolesterol dan lemak tepu ini akan melakukan lebih banyak masalah kepada tubuh.

Jadi bagaimana penyelesaiannya? Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja ke? Ya, bukan sahaja perlu lebih makan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bahkan diet yang kaya dengan serat juga penting. Ia dapat membantu mencerna lemak dan kolesterol lebih banyak, dan seterusnya akan meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kemungkinan penyakit. Amalkan makanan seperti epal, kacang, badam, dan makanan kaya serat.

3. Suasana yang lebih baik

Apabila diet anda tidak mempunyai nutrien penting, tubuh anda tidak dapat menghasilkan jumlah bahan kimia yang sesuai. Ini memberi kesan kepada fungsi otak dan boleh membawa kepada kemurungan, kebimbangan, dan gangguan mood yang lain. Otak anda bergantung kepada neurotransmitter, atau isyarat elektrik yang membolehkan otak untuk melakukan tindakan. Apabila badan anda tidak mendapat protein yang cukup, maka neurotransmiter tidak berfungsi dengan baik juga. Ini boleh menjejaskan sistem tubuh badan seperti serotonin, yang memberi kesan kepada mood.

Makanan yang mengandungi lemak tepu, didapati menyumbang kepada gangguan mood dengan menghalang aktiviti neurotransmitter. Cuba kurangkan makanan yang diproses, dan makanan dalam tin untuk meningkatkan mood anda dan mengurangkan kemungkinan kemurungan. Banyakkan p**a makanan yang kaya dengan protein, seperti telur, ayam, ikan, kacang soya, dan kacang.

4. Kebaikan untuk kulit

Makanan berlemak tinggi sebenarnya boleh menyebabkan pengeluaran minyak pada kulit yang lebih tinggi. Minyak kulit ini boleh menyumbatkan liang-liang pada lapisan kulit. Akibatnya, anda boleh mendapat masalah kulit seperti jerawat, dan banyak lagi. Kurangkanlah makanan mengandungi lemak yang tinggi dan cari alternatif yang lebih baik. Makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Mengurangkan berat badan

Mengurangkan lemak dan amalkan diet yang kaya dengan nutrien boleh mengurangkan berat badan secara drastik. Selain dapat melihat anda kembali kurus dan lebih sihat, anda juga dapat mengurangkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, dan apnea tidur.

Dengan diet yang tinggi lemak, anda akan berisiko untuk mengalami masalah saluran darah sempit di dalam badan. Sebaliknya, dengan pengambilan nutrien p**a dapat meningkatkan fungsi dan penghantaran oksigen di dalam darah. Oksigen kemudian pergi ke kawasan-kawasan penting dan meningkatkan penghasilan tenaga. Cuba makan makanan dengan lemak yang sederhana dan karbohidrat, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. Hidup lebih lama

Jangka hayat dan kesihatan anda akan bertambah baik apabila anda lakukan semua langkah yang saya sebut sebelum ini. Dengan meningkatkan fungsi otak, hati, mood, kulit, dan banyak lagi, tahap kesihatan dan jangka hayat anda semakin meningkat dan anda akan mampu menjalani kehidupan yang lebih sihat.


Nota : Tak perlu jamu, produk-produk dan suplemen tambahan yang dijual di mana-mana kedai atau internet. Vitamin dan nutrien boleh diperoleh banyak melalui diet yang saya sebutkan di atas. Dapatkan nasihat daripada doktor, ahli farmasi dan mereka lain yang ahli.


kepada orang yang anda sayang. Saya doa kita semua diberi kesihatan berpanjangan.

Dr. Ezairy M.Sallih

Before lunch,kundapan dulu dgn kerepek carrot ni mmg 👍👍Tq sis s**a kepek ni😍Selalu repeat
27/02/2018

Before lunch,kundapan dulu dgn kerepek carrot ni mmg 👍👍
Tq sis s**a kepek ni😍Selalu repeat


Address

Wakaf Mempelam
Kuala
20050

Telephone

+60129615711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kerepek Lobak Merah Cravia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share