24/02/2016
Kenali MyMi1
==========
kemaskini pada 24 Feb 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya adalah ahli MyMi1, akan memberi kefahaman kepada anda tentang peluang perniagaan yang ditawarkan. Sebagai ahli, saya ingin mempromosikan satu peluang, satu bentuk penjimatan dan satu perniagaan yang menguntungkan dan berharap usaha memberi kefahaman mengenai MyMi1 kepada umum akan diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain. In sha Allah..
Pengenalan
M1 Global Sdn Bhd(1145697-X) adalah sebuah Syarikat berdaftar di Malaysia. Produk utama adalah Sistem Perisian Digital MyMi1 yang membolehkan pengguna membayar bil dan tambah nilai pra bayar telefon secara atas talian(online).
Founder Mi1 Global Sdn Bhd adalah Dato Dr KC Lim, Pengerusi Syarikat adalah Dato Mustapha Taib dan Pengarah Pemasaran Tuan Azhari Abdullah.
Konsep MyMi1 Yang Unik
1. Kami fokus dan komited kepada bidang perniagaan prabayar dengan menyediakan perkhidmatan voucher tambah nilai (TC) mudah alih antarabangsa untuk syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan utiliti yang lain.
2. Kami menggunakan konsep pemasaran rangkaian untuk berkongsi keuntungan kami dengan semua ahli MyMi1 dan memberi hadiah atas usaha gigih membina rangkaian sebagai galakan dan motivasi kepada semua ahli.
3. Siapa yang mempunyai telefon mudah alih pasti akan menambah nilai prabayar atau melanggan perkhidmatan dari pengendali telco. Apabila pelanggan membeli Kredit tambah nilai (TC) secara atas talian(online) dari Sistem Digital MyMi1, sebahagian keuntungan dari urusniaga tersebut akan dikongsi semula kepada ahli.
5 Pakej Penjimatan Terhebat!
Produk ini dijual mengikut pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari RM420 sehingga RM21,000. Berikut disenaraikan harga pakej yang ditawarkan :
1 . BRONZE PAKEJ " RM420 "
● dapat free rebet TC bernilai RM30 dalam akaun setelah daftar
● dapat rebat TC bernilai RM15 setiap 10 hari dan dibayar selama 50 kali . RM15 × 50 kali = RM750
● total RM750 + RM30 = RM780.
2 . SILVER PAKEJ " RM1,120 "
● dapat free rebet TC bernilai RM60 dalam akaun setelah daftar
● dapat rebat TC bernilai RM37.50 setiap 10 hari dan dibayar selama 60 kali . RM37.50 × 60 kali = RM2,250
● total RM2,250 + RM60 = RM2,310.
3 . DIAMOND PAKEJ " RM4,445 "
● dapat free rebet TC bernilai RM200 dalam akaun setelah daftar
● dapat rebet TC bernilai RM150 setiap 10 hari dan dibayar selama 60 kali . RM150 × 60 kali = RM9,000
● total RM9,000 + RM200 = RM9,200.
4 . PLATINUM PAKEJ " RM11,550"
● dapat free TC bernilao RM300 dalam akaun setelah daftar
● dapat TC bernilai RM450 setiap 10 hari dan dibayar selama 65 kali . RM450 × 65 kali = RM29,250
● total RM29250 + RM300 = RM29,550.
5 .VIP PAKEJ " RM21,000 "
● dapat free rebet TC bernilai RM600 dalam akaun setelah daftar
● dapat TC bernilai RM900 setiap 10 hari dan dibayar selama 70 kali . RM900 × 70 kali = RM63,000
● total RM63,000 + RM600 = RM63,600.
Pendapatan Pasif
Sebagai ahli MyMi1, anda layak mendapat rebet tc setiap 10 hari, anda boleh menggunakan rebet tc tersebut untuk pembayaran bil, pembelian prepaid dan pelbagai lagi. Anda boleh memilih untuk kegunaan sendiri, boleh menjual rebet kepada sesiapa sahaja. Caranya hanya masukkan no telefon dan jumlah yg ingin dibeli. Untuk bil masukkan no akaun bil dan jumlah yg ingin dibayar. Mudah dan cepat, semua di hujung jari(online). Anda dapat membayar bil dan top up seperti berikut :
1) Bil TNB
2) Bil ASTRO
3) Bil postpaid Celcom,Digi, Maxis,Umobile,Redone
4) Top up prepaid Celcom,Digi,Maxis,Umobile,Xox,Tunetalk,Altel untuk Malaysia
5) Top up prepaid Indosat,Telkomsel,XL,Axis,Ceria,Three untuk Indonesia
6) Top up prepaid AIS, DTAC,True Move untuk Thailand
7) Top up prepaid di Vietnam, Bangladesh, Brunei, Singapura dan Cambodia.
8) Bil Unifi TM
Loan kereta dan loan ASB masih dalam perancangan.
Anda boleh mengakses sistem digital MyMi1 melalui smartphone, lap top, pc, tablet atau apa saja gajet yang mempunyai capaian internet. Sistem digital MyMi1 dikemaskini 3 jam setiap hari bermula 12:00 a.m ~ 3:00 a.m.
Sebagai ahli, anda juga boleh memilih untuk kegunaan sendiri atau dijadikan bisnes one stop centre untuk topup dan pembayaran bil dengan mendapat rebet tc setiap 10 hari (pasif income).
Pendapatan Aktif
Sekiranya ingin bergerak aktif sebagai networker dengan memperkenalkan MyMi1 kepada orang lain dan membuat penajaan, pelbagai insentif (aktif income) diberikan oleh syarikat iaitu :
1. ENTERTAINMENT BONUS 5%
Bronze = Rm12.00
Silver = Rm30.00
Diamond = Rm120.00
Platinum = Rm300.00
VIP. = RM600.00
2. SPONSOR BONUS 8%
Bronze = Rm19.20
Silver = Rm48.00
Diamond = Rm192.00
Platinum = Rm480.00
VIP = RM960.00
3. PAIRING BONUS 10%
Bronze = Rm24
Silver = Rm60
Diamond = Rm240
Platinum = Rm600
VIP = RM1,200
* Max pairing perday :-
Bronze 25usd x 3 = Rm75
Silver 50usd x 3 = Rm150
Diamond 400usd x 3 = Rm1200
Platinum 1000usd x 3 = Rm3000
VIP 2000usd x 3 =
Rm6000.
4. MATCHING BONUS 18%
1. Bronze
(Rm0.45×50kali =Rm22.50)
2. Silver (Rm1.15×60kali=Rm69.00)
3. Diamond (Rm4.50×60kali=Rm2700)
4. Platinum (Rm13.50×65kali=Rm877.50)
5. VIP
(Rm27×70kali = 1890.00).
*semua bonus di bayar dlm bentuk TC
Syarikat juga memberi hadiah bagi ahli yang mencapai point pv tertentu. Setiap pakej yang disertai oleh tajaan anda mempunyai pv seperti berikut :
1. Bronze - 80 pv
2. Silver - 200 pv
3. Diamond - 800 pv
4. Platinum - 2,000 pv
5. Vip - 4,000 pv
Bila point pv terkumpul di bawah anda iaitu sebelah kanan dan kiri anda mencapai nilai pv tertentu, syarikat bersetuju menghadiahkan kepada anda seperti berikut :
kanan anda....kiri anda
6,000 pv..........6,000 pv
Asus Zenpad 7.0 bernilai RM800
kanan anda....kiri anda
25,000 pv.......25,000 pv
Samsung Note 5 bernilai RM3,000
kanan anda..........kiri anda
100,000 pv..........100,000 pv
Jam Rolex bernilai RM30,000
kanan anda.........kiri anda
300,000 pv..........300,000 pv
Kereta bernilai RM70,000
kanan anda.........kiri anda
900,000 pv..........900,000 pv
Kereta mewah bernilai RM240,000
kanan anda......kiri anda
2,000,000 pv....2,000,000 pv
Rumah bernilai RM500,000
Hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan tertakluk kepada penilaian syarikat.
Bukan itu sahaja, syarikat juga mewujudkan e-mall di mana sebahagian bonus atau insentif dari penajaan akan dimasukkan ke dalam mall point. Mall point tersebut boleh digunakan untuk menebus barangan berupa aksesori telefon, hand bag dan pelbagai barangan lagi yang disediakan oleh syarikat. Item ini ditambah dari masa ke semasa dan info mengenainya dihebahkan dalam sistem digital MyMi1.
Terbaru dan terkini, syarikat bersetuju memberi pegangan saham syarikat kepada ahli yang berjaya mengumpul pendapatan RM 10K ke atas. Bukan mudah mendapat pegangan saham sesebuah syarikat. Kebiasaan berlaku bagi sesebuah syarikat dalam menghargai ahlinya cuma diberi dalam bentuk hadiah, insentif, pakej percutian dan bonus tetapi Mi1 Global Sdn Bhd bersetuju memberi pegangan saham kepada ahli yang memenuhi syarat.
Inilah yang menjadi impian setiap ahli MyMi1. Namun begitu sebagai ahli, anda juga boleh menjadi `sleeping partner' iaitu menggunakan sistem MyMi1 untuk guna sendiri, jimat sendiri dan untung sendiri. Tiada paksaan dalam MyMi1 dan setiap 10 hari anda berhak menerima rebet tc mengikut pakej yang dibeli. Anda tidak perlu maintain apa-apa, tidak perlu ruang menyimpan produk, tidak perlu membayar kos-kos tersembunyi dan sebagainya. Sit and relax dan tunggu rebet masuk setiap 10 hari.
Satu perkara lagi, konsep pemasaran syarikat adalah Unilevel Marketing(ULM) dan bukan MLM. Ini bermakna sesiapa yang rajin menaja akan mendapat semua bonus dan upline tidak mendapat apa-apa sekadar mata pv sahaja. Siapa di atas siapa di bawah tidak penting. Anda buat anda dapat. Mudah dan adil kan?
Unit USD Dalam Sistem MyMi1
Perlu saya ingatkan, oleh kerana produk yang ditawarkan adalah dalam bentuk baucer kredit international, angka dalam RM adalah bagi tujuan ringkasan pemahaman. Ini kerana produk ini juga boleh dibeli di negara asia yang lain menggunakan matawang masing-masing, syarikat menetapkan standard nilai rebet atau top up credit(tc) dalam sistem MyMi1 adalah dalam unit us dollar(usd). Ini perlu bagi menyeragamkan sistem kepada satu standard yang diterima seluruh dunia dan bersifat global.
Nilai rebet sekiranya ditukarkan kepada RM adalah bergantung kepada keadaan ekonomi semasa di Malaysia dan syarikat akan membuat pemberitahuan dari masa ke semasa. Buat masa ini syarikat menetapkan bagi urusan pembayaran bil, pembelian top up dan sebagainya adalah RM10 = 3.4 tc manakala bagi tujuan mendapatkan tunai, rebet tc yang ingin dicairkan di bank tempatan dikali dengan 3 dan pengeluaran ini pada tarikh 1hb dan 16hb dalam bulan tersebut. Sebaiknya 3 hari bekerja sebelum tarikh tersebut dari e-wallet sistem myMi1 ke akaun bank masing-masing. Pengeluaran mestilah nilai rebet 100 tc ke atas.Namun begitu, bermula 1 April 2016, pengeluaran di bank tempatan dinaikkan minima 300 tc. Ini bertujuan bagi menggalakkan ahli menggunakan tc bagi top up dan pembayaran bil. Untuk pendaftaran ahli baru p**a, tc dalam sistem adalah didarab dengan 3.5 untuk mengetahui nilai dalam RM.
Saya amat menitik berat akan hal ini sebab ada sebahagian yang baru menyertai MyMi1 merasa keliru dan tidak sama seperti yg diiklankan. Walaupun hal ini boleh dijelaskan kemudian sebaik menyertai MyMi1, namun bagi saya ada baiknya dijelaskan dahulu dan memang sebagai ahli bertanggungjawab memberi penjelasan sama ada kepada yang belum atau sudah menyertai MyMi1.
Pendaftaran Ahli
Ada beberapa cara pendaftaran ahli baru. Setelah menentukan pakej mana yang ingin dibeli, peserta boleh membayar kepada ahli yang memperkenalkan MyMi1 tersebut dan diberikan butiran pengenalan seperti berikut:
1. Nama penuh
2. No k/pengenalan
3. Alamat beserta poskod
4. User name yg sesuai
5. No telefon
6. Kerakyatan/warganegara
Wang yang dibayar mengikut pakej dikehendaki boleh melalui tunai kepada penaja atau bank-in ke akaun penaja. Seterusnya penaja akan membeli Register Wallet(rw) sebanyak 50% harga pakej manakala baki yang separuh lagi adalah cash point(cp) penaja itu sendiri. RW dan CP juga terdapat dalam sistem MyMi1 dan digunakan untuk pendaftaran ahli baru.
MyMi1 adalah perniagaan netwoking atau jaringan. Semua ahli MyMi1 mempunyai jaringan masing-masing dan ini memudahkan proses pendaftaran. Kalau semua pendaftaran melalui HQ, sesaklah kaunter HQ. Biasanya proses pendaftaran tidak mengambil masa yang lama, semuanya online kecuali bagi yang ingin membeli banyak pakej yang besar-besar, ketua atau leader jaringan tersebut akan menguruskan pendaftaran tersebut.
Selesai sahaja pendaftaran, ahli baru tersebut akan menerima:
1. Perisian Digital Sistem MyMi1
2. free rebet tc pakej tersebut
3. Password log in
4. Password trx
Password trx digunakan untuk mengesahkan semua transaksi yang dibuat dalam sistem MyMi1 seperti pembelian topup, pembayaran bil dan lain-lain.
Hari pendaftaran tersebut belum dikira lagi sebagai hari pertama untuk kiraan rebet tc setiap 10 hari. Keesokkannya baru dikira sebagai hari pertama sebagai ahli MyMi1.
Aliran Tunai Syarikat
Bagaimana syarikat mampu memberi insentif, hadiah dan rebet tc yang menguntungkan ini. Saya akan membongkar rahsia syarikat membuat keuntungan daripada penyertaan anda :
1. Bila syarikat membeli secara pukal (TC) dari Telco provider seperti
- Celcom, Digi, Maxis, TuneTalk, Umobile, XOX dll...,
- atau secara pukal pay in advance kepada syarikat perkhidmatan seperti TNB, Astro & Telekom Malaysia,
disini syarikat telah mendapat keuntungan rebate tc sebanyak 15% dari nilai yg dibelanjakan.
2. Bila TC ini dijual atau diagihkan kepada ahli, syarikat membuat keuntungan lagi dengan kadar 7~10%.
3. Bermakna antara 22% - 25% keuntungan syarikat. Sebahagiannya diagihkan kepada ahli sebagai profit sharing
Semua ini memerlukan syarikat menjalinkan atau membuat MOU dengan syarikat-syarikat perkhidmatan tadi dengan melaburkan wang yang banyak. Bukan senang untuk membuat MOU dengan syarikat-syarikat gergasi terbabit kecuali syarikat benar-benar kukuh dari segi kewangan dan pengurusan.
MyMi1 berkembang dengan pantas dan penajaan baru berlaku di sana sini setiap hari. Setiap kali preview sentiasa penuh. Table talk, media sosial dan group whatsapp sentiasa meriah dengan program pengguna bijak MyMi1. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara asia yang lain, sambutan terhadap MyMi1 amat menggalakkan.
Antara cawangan Mi1 Global Sdn Bhd adalah di Jakarta Indonesia, Bangkok dan Haadyai di Thailand, manakala MyMi1 telah menembusi pasaran di Singapura, Brunei dan sedang memasuki pasaran Myanmar dan China. Sistem Digital MyMi1 sudah mula diterima oleh kebayakkan negara Asia Tenggara di mana Malaysia adalah pengasas program penjimatan ini.
Misi Dan Halatuju Syarikat
Mi1 Global Sdn Bhd adalah satu entiti perniagaan yang amat kukuh dan memperolehi keuntungan berjuta-juta setiap bulan hanya dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu bagi topup dan pembayaran bil. Syarikat Maxis sendiri mendapat keuntungan sebanyak 2 billion sepanjang tahun 2015 yang lalu. MyMi1 dijangka akan mengatasi semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terdapat di Malaysia sedikit masa lagi.
MyMi1 akan melancarkan sim kad sendiri tidak lama lagi. Iklan di kaca tv akan dibuat setelah menentukan artis yang sesuai sebagai duta produk MyMi1 dengan kos permulaan sebanyak RM 2 juta.
Ada beberapa Projek Mi1 Global Sdn Bhd yang perlu anda tahu dan ada antaranya sudah dibuat iaitu :
# Mewujudkan Mi One Stop Centre dan Mi1 CAFE di seluruh negara(MI1 STATION).
# Program Francais produk MyMi1 dan e-mall terbesar Asia.
# Talian mudah alih MyMi1 dengan konsep 1 Simkad 1 Asia.
# Projek usaha sama melibatkan banyak negara di asia dalam pemasangan menara pemancar yang menelan belanja berbillion ringgit.
# Sasaran syarikat dalam 3 tahun akan datang iaitu meluaskan perniagaan ke 15 buah negara.
# Akan disenaraikan di New York Stock Exchange (NYSE) dan hebahan mengenainya akan disiarkan di CNN. Ini akan menjadikan Mi1 Global Sdn Bhd lebih disegani di peringkat antarabangsa dalam dunia perniagaan.
Anugerah Dan Pengiktirafan
Inilah kekuatan yang terdapat pada syarikat Mi1 Global Sdn Bhd dan banyak anugerah diperolehi bermula 6 jun 2015 sehingga kini terutama kepada Founder MyMi1 sendiri iaitu Dato Dr KC LIM :
1. Anugerah Doctor of Philosophy in Entrepreneurship oleh Camden University of America
2. MyMi1 menjadi rakan niaga kepada Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia. Ini menjadikan Mi1 Global Sdn Bhd setaraf dengan syarikat penyedia telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain. Ia juga menjamin hak-hak pengguna seperti mana yang terdapat pada syarikat telco yang lain. Untuk makluman anda semua, tidak mudah menjadi rakan niaga kepada LPKPM. Ahli lembaga LPKPM mengenakan syarat yang ketat sebelum sesebuah syarikat perniagaan menjadi rakan niaga pertubuhan tersebut. Rakan niaga LPKPM dalam bidang telekomunikasi setakat ini cuma ada MyMi1 dan Tune Talk sahaja. Ini bermakna syarikat-syarikat telco yang lain tidak melepasi syarat ketat LPKPM. Anda boleh rujuk sendiri di laman web LPKPM di http://www.lpkpm.org.my
3. Mendapat perhatian dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan diberi status VIP kepada syarikat Mi1 Global Sdn Bhd. Setiap projek yang dilaksanakan oleh syarikat diberi keutamaan sama ada projek dalam atau luar negara.
Ini sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan MyMi1 disenaraikan sebagai perniagaan tidak sah. Senarai palsu yang tersebar di laman sosial dan group whatsapp sedikit sebanyak mengelirukan ramai orang. Anda boleh merujuk senarai unauthorized busines yang dikeluarkan oleh suruhanjaya security di link :
http://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/
MyMi1 Dan Ekonomi Semasa
Saya menawarkan satu altenatif penerangan yang panjang lebar bagi orang yang tidak dapat menerima konsep “join dulu baru faham". Saya faham keadaan ekonomi sekarang yang menjadikan orang agak berhati-hati menyertai program sebegini. Saya berharap penerangan ini mampu menembusi rasa takut mengeluarkan sejumlah wang untuk bersama MyMi1.
MyMi1 bukan skim cepat kaya, bukan skim pelaburan, bukan money game atau main kutu haram. Apa yang dibawa oleh MyMi1 adalah berkonsepkan pembelian secara pukal tc dengan syarikat penyedia perkhidmatan dan mendapat keuntungan apabila ahli mengguna kembali tc tersebut untuk top up dan pembayaran bil. Sebahagian keuntungan ini diagihkan kembali kepada ahli dan konsepnya sama seperti jual beli biasa antara pemborong, peruncit dan pengguna secara atas talian.
Pemeriksaan mengejut 4 agensi kerajaan iaitu PDRM, SKMM, BNM dan KPDNKK pada 18 Feb 2016 yang lalu ke atas Mi1 Global Sdn Bhd membuktikan bahawa syarikat adalah BERSIH. Jadi anda tidak perlu risau. Makin lama anda tunggu dan lihat, makin ramai jutawan yang lahir dari program pengguna bijak ini.
Satu lagi info terbaru, oleh kerana syarikat akan menanggung kos pengiklanan di kaca tv tidak lama lagi, syarikat mungkin akan memotong rebet setiap 10 hari kepada 10% kepada peserta yang menyertai MyMi1 selepas 1 April 2016. Begitu juga dengan mata pv juga dipotong 10%. Saya nasihatkan kepada anda sertai MyMi1 sekarang sebab selepas 1 April nanti rebet yang diperolehi akan dipotong sebanyak 10%.
Harapan Dan Impian
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya memanfaatkan peluang ini untuk penjimatan dan keuntungan dari program ini. Sebagai negara pengasas program ini, kita seharusnya mendahului dari segi penyertaan sebelum dikuasai oleh orang negara lain.
Saya akan terus memberi pemahaman kepada umum tentang kebaikan program pengguna bijak MyMi1 dan amat berharap anda merebut peluang keemasan ini.
Setakat hari ini sudah 15 orang yang berjaya menjadi jutawan Mymi1.
Marilah kita rakyat Malaysia merebut peluang keemasan ini. Inilah perniagaan terlaris di dunia dan bagaimana rakyat malaysia sendiri yang menjadi pengasas program pengguna bijak MyMi1 mendapat idea hebat ini semata-mata untuk dikongsi bersama-sama.
Jangan berlengah lagi, mulakan langkahan anda untuk menyertai MyMi1 dan anda mungkin seorang jutawan 1-2 tahun lagi. In sha Allah..................................................
Untuk pendaftaran ikut step ini:
1. Bank in jumlah mengikut pakej yang disukai ke :
2. Snapshot resit bank in dan simpan kemudian hantar snapshot tersebut ke whatsapp saya
Snapshot yang di kirim tersebut mesti disertai NAMA PENUH, NO IC, NO TELEFON, ALAMAT serta POSKOD, nama USERNAME untuk log in Sistem MyMi1 dan kerakyatan/warganegara.
3. Tunggu pengesahan
4. Proses Pendaftaran akan memakan sedikit masa jk berlaku gangguan sistem
5. Pendaftaran berjaya dan anda akan menerima address link back office ke sistem MyMi1 dari saya beserta password login dan password trx (anda boleh tukar selepas login).
Rebutlah peluang menjana pendapatan di MyMi1 dan anda adalah the next jutawan MyMi1. Layari laman web rasmi syarikat :
http://www.mymi1.com
Sekian
LAMAN UTAMA NOTIS PERPINDAHAN ALAMAT BARU 22-3, Blok C31, Plaza Cheong Hin Commercial City, Jalan SP2/8, Taman Serdang Perdana, Kuala Lumpur TOLL FREE 1800 88 8586 / 013 6867749 E: [email protected] / [email protected] / [email protected]T: 1800 88 8586 / 011 2049 0436 (WhatsApp – ADUAN) Lembaga Pel…