ASBA

ASBA ASBA ; Berkongsi idea dan perunding dalam perniagaan bagi menjana p**angan/keuntungan

GAJI Sebagai pemilik usaha, pastikan kita juga punya gaji bulanan.Bukan mengira HASIL jualan sebagai pendapatan jika mah...
18/08/2025

GAJI
Sebagai pemilik usaha, pastikan kita juga punya gaji bulanan.
Bukan mengira HASIL jualan sebagai pendapatan jika mahu usaha yang di bangun mampu bertahan & berkembang.

GAJI bukan hanya untuk pekerja tetapi juga untuk majikan. Kerana sebagai majikan, Duit perniagaan adalah DUIT milik perniagaan & DUIT majikan juga adalah DUIT perniagaan (Bila Di perlukan - Budget Tambahan).

Majikan, tetapkanlah pendapatan bulanan sendiri. Tetapkan nilai bulanan bukan ambilan bila perlu. Jika tak sampai sasaran, ambil lah ikut kemampuan HASIL perniagaan.

PERNIAGAAN.Ramai yang faham perniagaan adalah merupakan aktiviti jual beli barang/perkhidmatan yang membawa p**angan keu...
17/08/2025

PERNIAGAAN.

Ramai yang faham perniagaan adalah merupakan aktiviti jual beli barang/perkhidmatan yang membawa p**angan keuntungan.
Ya....itu Dari sudut istilah.

Namun tak ramai yang sedar bahawa perniagaan bukan sekadar mencari keuntungan.

Sebab itu ramai juga yang terhenti di pertengahan jalan dalam usaha berniaga. Gagal bertahan, gagal berkembang.

HAKIKAT yang tak ramai tahu perniagaan sebenarnya adalah PENYELESAI MASALAH.

Jika kita faham erti PENYELESAI MASALAH ini.. INSYALLAH urus niaga kita akan lebih steady...

Berniaga bukan hanya tentang kiraan keuntungan tetapi turut mencakupi hukum jual beli.
29/10/2020

Berniaga bukan hanya tentang kiraan keuntungan tetapi turut mencakupi hukum jual beli.

Kata Guruku..Sebagus apa pun produk kita, sebaik manapun servis kita dan sesedap mana sekalipun masakan kita,Jika tak sa...
28/10/2020

Kata Guruku..

Sebagus apa pun produk kita, sebaik manapun servis kita dan sesedap mana sekalipun masakan kita,
Jika tak sampai ke pengetahuan pengguna/bakal pelanggan..
Maka tiadalah tercapai matlamat jualan.

-ASBA-

29/09/2020

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang p**a, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya p**ang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu membezakan kejayaan seseorang

Dalam ISLAM, Jual Beli bukan sekadar keuntungan.
22/07/2020

Dalam ISLAM, Jual Beli bukan sekadar keuntungan.

Apakah hukum jual beli dalam Islam? Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan rukun, hukum, syarat-syarat dan lafaz ijab dan qabul dalam jual beli.

Di bidang hartanah, berkongsi benefit @ manfaat memiliki hartanah yang di tawarkan tersebut adalah lebih utama berbandin...
28/06/2020

Di bidang hartanah, berkongsi benefit @ manfaat memiliki hartanah yang di tawarkan tersebut adalah lebih utama berbanding jual hartanah tu sendiri.

Dah faham..?

22/06/2020

Merekod nama pelanggan (SOP PKPP bagi peniaga).
Nampak macam menyusahkan. Tapi itulah database free untuk korang marketkan perniagaan.

GAGAL MENJUALRAMAI PENJUAL/PENIAGA GAGAL MENJUAL KERANA MEREKA HANYA MENJUAL PRODUK.
21/06/2020

GAGAL MENJUAL
RAMAI PENJUAL/PENIAGA GAGAL MENJUAL KERANA MEREKA HANYA MENJUAL PRODUK.

PRINSIP PELABURAN.==================Jika anda mahu jadikan pelaburan sebagai satu medium jana p**angan, belajarlah & kut...
15/06/2020

PRINSIP PELABURAN.
==================

Jika anda mahu jadikan pelaburan sebagai satu medium jana p**angan, belajarlah & kutiplah ilmu pelaburan dari beberapa platform. Bukan hanya pada satu tempat.

Agihan (diversify) boleh mengurangkan risiko kerugian sekaligus.
Banyak Portfolio di pasaran.

Tetapi kenali dulu level/tahap keboleh terimaan kerugian anda dalam pelaburan.

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60103419750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASBA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share