Tips Berniaga Online

Tips Berniaga Online Membuka Peluang untuk Para Perniaga2 yg ingin meniaga tanpa mengeluarkan modal . Anda tidak perlu p

Apa itu Dropship

adalah penjualan produk yang memungkinkan dropshipper (reseller) menjual barang ke pelanggan dengan bermodalkan foto dari F.Y.W AGENT (tanpa harus menyetok barang) dan menjual ke pelanggan dengan harga yang ditentukan oleh dropshipper. KELEBIHAN MENJADI RESELLER DROPSHIP :

1) Tidak perlu modal untuk beli barang dan tidak perlu simpan stok.

2) Tidak perlu membungkus/mengan

tar barang.

3) Pembeli tidak tahu bahwa kami yang pos barang kerana nama olshop anda akan ditulis sebagai pengirim di resi.

4) Pesanan 1 pc juga kami bantu kirimkan ke alamat pembeli anda (No Min Order)

5) Keuntungan yang diperolehi adalah laba bersih.

Assalamualaikum & Selamat pagi 🍁🍀Rezeki Allah itu luas 🤲Janji Allah itu pasti 💞Semoga dipermudahkan segala urusan dan di...
01/12/2020

Assalamualaikum & Selamat pagi 🍁🍀

Rezeki Allah itu luas 🤲
Janji Allah itu pasti 💞

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki Kita semua seperti air yg mengalir..in Sha Allah...Aamin🤲
jom doa dlu sambil buka kedai online tu🥰❤️

07/10/2020

Kenapa sales aku sendu?

Aku rase marketing aku dah cukup power, dah cukup iklan sana sini, hari hari tak pernah stop.

Hubungan dengan Allah pun dah cukup jaga, solat 5 waktu cukup, solat dhuha pun selalu, belanja dekat mak ayah setiap bulan bagi.

Tapi ade satu hal yang kadang kadang ade sesetengah yang ambil remeh dan lupa hubungan dengan leader macam mana?

Kita nak jual barang dia, kita nak duduk bawah naugan dia, tapi kita sakitkan hati dia, kita lukakan hati dia, kita tak respect dia, kita lebih selesa buat hal sendiri, kita belakangkan dia dan tak nak ambik tahu ilmu yang diberi. Kita rasa kita dah pandai tanpa ilmu dari dia.

Yes, kita rasa dia tak tahu, sebab dia perlu jaga beratus orang malah ade yang beribu orang, kadang kita rase lantaklah dia nak buat kelas ke ape ke kita tak nak ambik tahu, yang kita tahu nak buat jualan dan nak dapat customer.

Walaupun dia tak tahu Allah ade, Allah nampak, Allah tak tidur. Kita yang kadang lupe. Sama sama kita memperingati, Jaga hubungan dengan Allah dan manusia, insyaAllah everything going smooth☺️

Assalamualaikum...semoga dilimpahkan rezeki bt kita semua..aamiin ya mujib...❤️

13/09/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat Pagi ❤💪🏻🌻

Bismillahirrahmanirrahim

1 PERGI, 10 KU CARI !
10 PERGI, 100 KU CARI !
100 PERGI, 1000 KU CARI GANTI !
LAWAN TETAP LAWAN ! (2x)
LAWAN SAMPAI JUTAWAN !
SIAPA JUTAWAN? SAYA !!! (3x)

Aamiin. Aamiin Ya Robbal Aalamiin

Semoga kita semua dalam lindungan dan kasih syg ALLAH S.W.T.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Ke
pada hamba-hambaMU yang soleh aamiin 🤲🏻

23/08/2020

Tips nak rekrut team:

S.I.A.P.A

1. S
(STORY -PENGALAMAN DIRI SENDIRI)
-Story utk tarik team
-story telling
-tarik cust melalui story
-tarik agent dri story
-story wajib ada.
-apa nilai yg ada dlm diri kita. (Perlu ada emosi : tersentuh, marah, bengang)
-jaga intonasi/percakapan semasa face to face
-story journey dalam demica. (Perubahan dalam diri sepanjang bersama demica, jatuh bgn bersama demica)

2. I
ISU KRITIKAL DAN MASALAH
-Perlu tahu isu seseorang /masalah seseorang utk nak trik dorang join team kita
-berkaitan dengan emosi seseorang (cth: isu kewangan fmily, anak,)
-sng utk tarik dorang dri aspek masalah dorang bila kita tahu apa masalah

3. A
AKIBAT
-kena explain dkt org apa akibatnya kalau dorang tak ubah nasib dorang
-bg faham apa akan terjadi kalau dorang takbuat
-encourage dorang join team utk selesaikan big why dorang
-share waktu face to face/dlm story telling

4. P
PAKAR
-kita tunjuk kita pakar
-supaya dorang trust utk join team kita
-dlm setiap posting kita, kita tunjuk psl kita coaching team
-share result team kita yg dah berjaya
-show your result to team

A-A
ATTRACT (mcm magnet)
-mcm mana kita nak tarik team? Atau jadikan diri sbg magnet utk join team kita???
-apa keunikan yg ada pada diri sendiri, cth: keunikan sbg seorang leader
-tnya diri sendiri, ada tak ciri2 seorang leader, kalau takde, kena improve diri.
-buktikan pd dorang/jaminan utk dorang berjaya bersama kita

ACTION (Tindakan)
-Dah tahu semua , kena bertindak
-Sentiasa bt yg terbaik dan bagi yg terbaik utk team, hq, family
-cari idea baru
-sentiasa topup ilmu, jdi leader yg aktif

14/07/2020

🌷Tips menjadikan team setia pada kita - monster stokis kak hana 🌷

1. Perbaharui niat
- jgn pentingkn diri
- utk bantu lbh ramai org

2. Share ilmu yg kte ade
- buat kelas

3. Tunjukkan ksh syg
- layan ahli team spt kluarga

4. Bagi reward
- bg reward ikut kemampuan @ ikut sales
- hargai usaha ahli team
- ucap terima kasih dan tahniah

5. Bina kepercayaan
- cth : jgn kte sndri main harga sdngkn kte ingtkn pd ahli utk tdk main hrga

6. Berikan service yg bagus
- segera hntar @ pos brg
- mnta maaf jka kelewatan

7. Menjawab soalan
- sentiasa beri jawapan dan tdk abaikn ahli team
- beri jwpn sbaik mgkn dan jka tdk mampu mklumkn pd ahli utk buat research dan akn brikn jwpn kmudian

8. Letakkn diri kte di tmpt ahli team kte
- jgn buat kptusan sndri
- sntiasa ada prbncangan

9. Bina hubungan yg baik
- sentiasa berhubung dgn ahli team

10. Sentiasa doakan team dpt buat yg terbaik

13/07/2020

Sometimes bukan kita tak dapat sales sebab kita tak buat marketing. Dah buat marketing dari pagi ke malam tapi rezeki masih belum kunjung tiba.
Rupanya kita tak cukup selawat kita.
Rupanya kita lupa istighfar kita.
Rupanya kita lewatkan solat kita.
Rupanya kita tinggal sedekah kita.
Rupanya kita lalai zakat kita.
Yang paling teruk. Kita hilang rasa syukur kita sepanjang hari dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dah usahakan.
Allahu. Boleh jadi dosa-dosa kita menyekat rezeki sampai pada kita. Kita rungsing, risau, gelisah, sedih, moody, apa yang kita nak tak dapat-dapat. Rupanya ibadah kita sudah makin lama makin culas. Kita selalu salahkan marketing atau salahkan pelanggan yang tak membeli. Padahal kita bersalah besar dengan TUHAN.
Ayuh muhasabah diri sebentar.
Mana tahu rezeki terbuka lepas kita muhasabah diri. Dan perbetulkan semula semuanya dari asas. 😇😊

22/04/2020

*_MINDSET IN SELLING_*

1) _KITA KENE PERCAYA ORANG TETAP BELI_ - percaya orang masih membeli walaupun duduk rmh sbb masa ni la mereka ada masa nk jaga muka... Nak pulihkan kulit nak rawat bibir...nak melawa depan suami... Korang pun tahu kan demica produk ni kita blh pkai setiap masa dan sgt ssuai la kalau pakai kat rmh xnk bg muka pucat muka serabai mcm hantu kak limah kan

2) _YAKIN ANDA MEMANG BOLEH MENJUAL_- korang kene yakin korang boleh buat... Korang kene pikir kalau aku x buat aku x dapat pape... Aku nak tnggu ...nak tunggu sampai bila bru nk menjual? Aku yakin disaat org tgh tdur tgh relaks time ni la aku blh panaskan enjin orang nampak aku...

3) _BANTU ORANG CAPAI IMPIAN DAN SELESAIKAN MASALAH MEREKA_ means orang yang ada masalah muka...masalah bibir kering masalah sunburn... Kalau dia pakai produk ni kita dapat bantu dia settlekan masalah dia yang mmg naik serabut dh dia hadap tanpa penyelesaian

4) _BERITAHU TENTANG PRODUK ANDA DAN BERIKAN VALUE KEPADA PELANGGAN_ - korang cuba terangkan kat custmr ape kelebihan produk ni...mngandungi ape... Kalau dia pakai ni ape masalah yg settle...tunjk testimoni kat dia Dan cuba tawarkan harga pakej yang menarik(harga yg x langgar terma&syarat HQ)

5) _POSITIF DENGAN APE SAHAJA SITUASI KETIKA MENJUAL_ contohlah kalau custmr kata mahalnya... Cuba control dengan bagi jawapan yang baik... Back to no4... Cuba tawarkan pakej contoh ambk 5 colour dpt free postge ke...dpt freegift ke...lps tu bgth la produk kita ni hrga sekian2 sbb kualiti di tu tinggi... Tp kalau lipmatte dia kata mahal tu bgth je dia ramai yg grab sbb hrga sgt murah dan sgt berpuas hati...jwb dengan baik dan positf...

☝️✨
18/03/2020

☝️✨

11/03/2020

*REZEKI TAK TERSANGKA*

Jika tiba-tiba rasa down kejap dengan bisnes, Saya selalu akan ingat kembali kisah Abdul Rahman bin Auf dengan kurma busuknya. (WARNING: WRITE UP PANJANG TP BERBALOI)

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya. Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh.

Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat tadi dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur. Sahabat gembira. Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. Semua orang gembira.

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a p**a gembira sebab jatuh miskin!

MasyaAllah! hebat kan?
Cuba kalau kita? Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.Down tak sangga.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk syurga dulu.Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun. Subhanallah,perancangan Allah itu memang paling terbaik.

Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah kurma busuk!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar.

Jadi yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat yakin bahawa rezeki itu totally dari Allah.

Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, Keyakinan dalam hati kita itu yang belum cukup kuat.

We plan, but Allah has also planned everything for us. If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sesiapa saja yang sedang diuji Kewangan & perniagaannya.

Wallahu 'alam..
Kisah yang bermanfaat ini dikongsi dari group wassap. Semoga insan yang menulisnya mendapat limpahan pahala berlipat ganda dari Allah swt.

AKU BUKAN NEELOFA!!------------------------------------"Kak, saya give up la. Saya meniaga online, tapi takde siapa pun ...
04/03/2020

AKU BUKAN NEELOFA!!
------------------------------------

"Kak, saya give up la. Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli.."
"Berapa lama dah meniaga?"
"Seminggu dah kak..." (Kata seorang gadis dengan nada yang sayu)

Pesanan kakak :
Dik...kau bukan Neelofa, sekali promote seribu orang nak beli. Kena ambik masa nak bagi orang percayakan kita. Sekurang-kurangnya 3 BULAN

Saya pun kalau nak beli online, hanya kat orang yang saya percaya je.

Customer p**ak macam-macam ragam. Antaranya:
✔Ada yang tanya sekali, terus beli..
✔Ada yang tanya 18 kali tak beli2..
✔Ada yang pm tanya harga, terus keras kejung..
✔Ada yang mintak no akaun, 10 bulan lepas tu baru bank in

Ingat senang ke orang nak suka² bagi duit kat kita?
Ingat senang ke nak meniaga hari2 duit masuk dalam akaun?
Tak senang! Tapi tak mustahil..

Rezeki datang dari Allah
Yang penting kita Berusaha
Dan jujur

Untuk awak YANG bukan NEELOFAAA HAHAHAH (termasuk saya )

Assalamualaikum Selamat Pagi ❤💪🏻🌻Bismillahirrahmanirrahim1 PERGI, 10 KU CARI !10 PERGI, 100 KU CARI !100 PERGI, 1000 KU ...
27/02/2020

Assalamualaikum
Selamat Pagi ❤💪🏻🌻

Bismillahirrahmanirrahim

1 PERGI, 10 KU CARI !
10 PERGI, 100 KU CARI !
100 PERGI, 1000 KU CARI GANTI !
LAWAN TETAP LAWAN ! (2x)
LAWAN SAMPAI JUTAWAN !
SIAPA JUTAWAN? SAYA !!! (3x)

Aamiin. Aamiin Ya Robbal Aalamiin

Semoga kita semua dalam lindungan dan kasih syg ALLAH S.W.T.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh aamiin 🤲🏻

09/02/2020

Tak kisahlah,
Customer blue tick 👀👣
Customer krik2😅😅
Lepas dapat harga terus diam🙊
Cancel Order🙅
Beli produk orang lain 👭
Tunggu gaji 💸💸
Nak order tp nanti saya contact balik 📱

Semua tu bagi orang yang berbisnes je tahu
Tapi jangan risau,dont give up 💪💪
Kena sentiasa sabar 😚

Jadi seller kena sentiasa tetapkan dalam diri tu

🙆Sebab mereka bukan tak nak beli barang kita
🙆Tapi tengah usya barang kita
💪So jangan mudah give up
💪Teruskan update je
😊Dalam diam cust wasap dah bank in
😍Rezeki dalam diam tu mana kt tahukan..😉

Nak berjaya kena USAHA!!
Nak duit kepuk kepuk kena RAJIN!

Kamu pernah alami perkara mcm ni?

Dont give up..!😘😍

Tu ja..😽👍

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Berniaga Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tips Berniaga Online:

Share