Keramat Terengganu

Keramat Terengganu Menbuat dan membekal roti kayu keramat segera/frozen. Penghantaran COD di sekitar kawasan Kuala Tere Resepi turun temurun kayu keramat

Hoi, hoi! Nak tahu tak apa yang sedap dimakan pagi dan petang? Jeng, jeng, jeng! Roti Kayu Keramat lah jawapannya! Gila ...
17/05/2023

Hoi, hoi! Nak tahu tak apa yang sedap dimakan pagi dan petang? Jeng, jeng, jeng! Roti Kayu Keramat lah jawapannya! Gila sedap, bro!
Ko pernah tak rasa roti yang betul-betul mengenyangkan dan bikin ko puas? Roti Kayu Keramat ni memang pilihan terbaik. Bukan main lagi sedapnya! Dijamin dapat buat ko jadi penggemar tegar!
Dalam roti ni, ada kebaikan yang tak terhingga. Rasa dia padu, gebu, dan lembut macam kapas. Ko makan sorang-sorang, ko takkan puas. Ko boleh share dengan kawan-kawan atau keluarga tercinta. Pasti semua orang happy!
Sedapnya roti ni bukan main-main, bro. Ko rasa pagi-pagi makan roti ni, hidup ko jadi lebih bermakna. Ko rasa petang-petang makan roti ni, rasa letih hilang terus. Energize gila!
Jom, jangan tunggu lama-lama lagi. Dapatkan Roti Kayu Keramat yang sedap gila ni. WhatsApp je kat www.wasap.my/60139263787/keramatsegera. Hanya dengan satu klik, ko dah boleh rasai kenikmatan yang tak terkata!
Pagi atau petang, Roti Kayu Keramat memang pilihan terbaik. Nikmatilah setiap gigitan dengan kepuasan yang tak terhingga. Jangan lepaskan peluang keemasan ni!
WhatsApp sekarang kat www.wasap.my/60139263787/keramatsegera. Dapatkan roti yang boleh buat hidup ko terasa lebih sedap dan penuh keceriaan! Jom, cepat!

Assalamualaikum semua! Hari ni kita nak cakap pasal 5 jenis makanan tradisional Terengganu yang paling famous dan boleh ...
31/03/2023

Assalamualaikum semua! Hari ni kita nak cakap pasal 5 jenis makanan tradisional Terengganu yang paling famous dan boleh buat tekak kita terliur je! Jom tengok gambar-gambar dan baca dengan perut kosong, huhu ๐Ÿ˜‹

1. Nasi Dagang
Ni nasi dagang, hidangan sarapan yang memang terkenal gila kat Terengganu. Nak makan nasi dagang yang betul-betul sedap kena makan dengan kuah gulai ikan tongkol, acar timun & kobis dan telur rebus. Gerenti puas hati!

2. Keropok Lekor
Ni keropok lekor, makanan ringan yang jadi kegemaran semua orang. Makan dengan sos cili boleh lahabau sampai pengsan, hehe. Benda ni pun banyak jual kat tempat lain tapi yang original dari Terengganu memang lain punya rasa!

3. Sata
Ni sata, jenis hidangan yang terdiri daripada ikan yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Kalau makan dengan sos kacang lagi sedap. Tapi kalau tak s**a sos kacang, boleh la makan dengan sos cili pun tak kurang sedap.

4. Nasi Kerabu
Ni nasi kerabu, hidangan yang sedap dan cantik dengan warna biru dari daun bunga telang. Kalau makan dengan ayam panggang dan sambal belacan, memang padu gila. Rasa dia tak macam nasi biasa, pasti akan buat korang terpesona.

5. Pulut Lepa
Ni pulut lepa, hidangan yang terdiri daripada pulut yang dibungkus dengan daun nipah dan diisi dengan ikan, rempah dan sayur-sayuran. Makan dengan sos cili, memang meleleh dalam mulut. Korang kena cuba kalau datang ke Terengganu!

Ok, tu je untuk kali ni. Jangan lupa nak cuba semua makanan tradisional Terengganu ni kalau korang ada peluang datang ke sini. Pasti takkan mengecewakan! Selamat makan semua!

12/02/2022

Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai

LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.

Contoh:
Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)

Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.

Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :

1. Borang EA / EC / CP58
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020.
Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat
Errโ€ฆHafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.
โ€œTapi mak ayah duduk kampung? โ€œ
Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.
Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

3. Penyata Takaful / Insuran
Sila minta statement tahun 2019 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.
Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.
Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

4. Resit Gaya Hidup
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2019) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat s**an / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa.

5. Resit Alatan Penyusuan
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyus**an anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).
Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengump**an dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).

6. Resit Pra-Sekolah
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.
Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Penyata SSPN-i
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.
(Jumlah simpanan dalam tahun 2019 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2019).
Contoh: Dalam tahun 2019,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 โ€“ RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2019, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.
LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.

8. Resit bayaran zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.

Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).

Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.

Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.

Ingat, tipu dosa.

Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.

Kredit: Faizah Salleh

TIDURBila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3...
04/02/2022

TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dร n bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

kredit : Cypreme-HQ

01/02/2022

Nah bagi yang tertanya2. Info dari LHDN.

Gaji ni bukan basic sahaja ya. Termasuk bonus, komisyen dan pendapatan2 laun yang majikan bagi.

30/01/2022

Dapat info hari ni. Boleh cuba try cara abang ni bagi tau. Saya sendiri tak tahu boleh dapat balik atau tak duit dengan cara ni sebab tak pernah tau bole upah lawyer. Tapi boleh cuba yang mana kena scam tu. Credit to Abang tu ye. ๐Ÿ˜… bawah ni dia punya komen.

Apa perlu buat kalau kena kencing dengan Scammer ?

Pertama skali tak payah lah nak dengar cakap orang suruh call bank and then bank akan terus Block account Scammer tu

Hahahaha ๐Ÿ˜‚ Ingat semudah ABC ?

Bank akan Freeze bila dah ada kebenaran daripada BNM sahaja

Jadi cara dia mudah je . First kau call atau whatsapp scammer tu kau cakap mcm ni

" Kau nak p**ang duit aku atau kau nak Jumpa aku dekat mahkamah , kalau dh smpai mahkamah , nak settle standby RM 100K lah bro "

Kalau dia p**ang duit kau time tu Jugak . Alhamdulillah rezeki . kalau dia tak p**ang , bermakna dia dah masuk dalam kita punya Game

Jadi apa kau nak buat ?

Pertama , kau buat report polis . dakam report kau jangan cakap kau Ditipu , Jangan cakap kau di Scam , tapi cakap kau " Diperdaya "

Ada sebab kenapa aku suruh buat mcm tu

Dah ada report , kau bawak pegi bank and mintak statement yang kau ada masukkan duit dekat account scammer , and bagi tahu pihak bank skali yang kau kene scam

Lepastu kau google lah cari Lawyer yang Free , iaitu YBGK , nnti selebihnya dorang akan susun step , yang penting Free

Tahu tahu sampai . apa yang sampai ?

Nanti scammer bodoh tu akan dapat surat dari mahkamah . dia akan dapat surat yang dipanggil Sapina

Jadi time tu baru dia akan klam kabut call kau . sbab mahkamah boleh batalkan kes kalau kau tarik report atau lawyer declare selesai

Jadi masa scammer Call kau , Kau jawab je macam ni

" Nak aku tarik report and selesai luar mahkamah ? Bagi RM 100K , aku dh penah cakap sebelum ni "

Jadi kau relax je , sbab dia nak taknak dia kene buat apa kau nak untuk kau tarik report , kalau kau taknak 100K pandai pandai kau la deal mintak bende lain , Jangan la kau bodoh bagi muka , slalu bila scammer nangis , mak bapak scammer melutut merayu , mula laa orang kita ni bangang mudah makan umpan , orang mcm ni kau kene ajar sikit Jangan bagi muka

Apa jadi kalau kau tak tarik Report ?

Dia akan dijatuh hukum lepas dah 3/4 hari reman , Jadi minimum dia kene penjara 1 tahun , dan 1 sebatan . itu baru minimum bukan maximum

Jadi dia mesti fikir panjang punya . Dia nak settle luar mahkamah bagi 100K atau belayar setahun ? pegi mampos biar dia fikir , Jangan bgi muka

Apa jadi kalau dia tak naik mahkamah pada hari tersebut ?

Kau jangan risau . nama dia akan di wantedkan dalam sistem SSO , polis seluruh malaysia Bro

Kau nak Loan tak boleh , Luar negara tak boleh , nak kerja tak boleh , Roadblock tak boleh lalu , dengan anggota 42 tak boleh sangkut , and banyak lagi

Masa tu dia akan tahu
" Macam mana hidup Jadi penjenayah dan buruan polis "

Jadi dia nak ikut cara susah atau cara senang

Kalau dia refund awal awal , dia selamat

Kalau dia buat keras , kita bagi End dalam dia punya Game sendiri

Aku cakap bukan acah borak pandai . aku cakap berdasarkan pengalaman . dah naik mahkamah lebih 40 kali . dah jumpa lebih 30 IO , dah macam macam kes dah aku Suply and SOS , berpuluh OKT dah hadap

Jadi apa yang baik , ambik sebagai iktibar ๐Ÿ‘๐Ÿป

Dipetik dari Fb Saudara Mohamad Faizul

Nak jadi rider delivery? Mohon disini: https://blogmy.lolol.com/2021/01/permohonan-lolol-rider.html
Wasap https://lololrider.wasap.my
PM kami di https://iklankakishare.wasap.my untuk iklan!

25/01/2022
24/12/2021

Sorry bukan 6y/o tapi 10y/o maaf ye saya tersalah information tapi apa apa pun aku sedih dan marah!

Kredit: arynaawesome

Bagaimana melupuskan Al-quran dengan cara  terhormat bagi menjaga kesuciannya.Saya ada Al-quran lama yang dah rosak dan ...
23/12/2021

Bagaimana melupuskan Al-quran dengan cara terhormat bagi menjaga kesuciannya.

Saya ada Al-quran lama yang dah rosak dan koyak. Mungkin ada juga yang rosak akibat banjir baru-baru ini. Saya nak lupuskannya tapi tak tahu cara dan takut salah cara. Ialah, al-quran ini kan adalah kitab suci agama islam. Mestilah dijaga dengan sangat teliti.

Benar, Al-Quran memang tidak boleh dibuat main-main. Sebagai umat Islam, kita perlu memelihara kitab suci yang menjadi panduan hidup manusia dengan sebaiknya.Dan untuk melupuskannya juga ada cara yang tersendiri untuk menjaga kesuciannya.

3cara melupuskan Al-Quran
1. Jika dakwat al-Quran yang digunakan tidak kekal boleh terus direndam di dalam air, tulisan ayat al-Quran itu boleh tanggal,

Kalau menggunakan dakwar kekal terpaksalah guna cara kedua.

2. Membakar al-quran ditempat yang tertutup dan elakkan abunya diterbangkan oleh angin. Abunya mesti dikumpulkan untuk dilepaskan/ ditenggelamkan di tengan laut. Boleh juga menanam abu di tempat yang tinggi agar bebas daripada dipijak atau laluan manusia.

Untuk tenggelamkan kedalam laut mungkin perlukan bantuan daripada orang yang selalu lain yang selalu kelaut.
Untuk tanam ditempat tinggi p**a mungkin agak susah kerana perlu hiking ke puncak bukit(pastikan bukan laluan yang biasa digunakan orang lain untuk elak dipijak).

Disebablah rasa bersalah, tak tahu, takut dan s**ar la ramai yang tak buat apa-apa dan tetap simpan al-quran itu walaupun dah tak boleh guna. Sebenarnya juga, kita tidak digalakkan melupuskan al-quran dengan sendiri untuk mengelakkan daripada tersalah cara dan tidak menghormati kesucian al-quran.

Rupanya banyak je pusat pulupusan al-quran yang menerima Al-quran yang rosak atau koyak untuk dilupuskan tanpa sebarang caj. Kerja kita hanya serahkan kepada mereka. Mereka akan lupuskan dengan cara yang betul dan menjaga kesucian al-quran. Sesetengah dari mereka juga memang mempunyai teknologi khas untuk tujuan itu.

Sekian perkongsian hari ini. Untuk diterengganu boleh rujuk dibawah.

Sebarang pertanyaan/aduan lanjut, sila hubungi Bahagian Penyelidikan, JaHEAT di talian 09-6252525 samb. 5267/5272/5202 atau emel kepada [email protected].

Borang Permohonan Pelupusan Mushaf Al-Quran dan Bahan Bercetak Ayat-Ayat Al-Quran boleh dimuat turun (download) di http://jheatweb.terengganu.gov.my/

Bagi yang berada di luar daerah yang ingin memohonan untuk melupusan mushaf Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah (PAD) yang berhampiran dengan tempat anda.

Masya allah
19/12/2021

Masya allah

Rakyat Malaysia ๐Ÿ™๐Ÿค
Kredit: Muhsin Zaidi

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keramat Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share