KNA Construction

KNA Construction JR0172803-H
LISENCED PLUMBER WITH SPAN

For individual or construction company (developer) who need a runner to apply water meter or liase with Authority Bodies such as SYABAS, IWK, MAJLIS Etc

Assalamualaikum...Doa buat kesemua calon SPM yg akan berjuang untuk exam bertulis SPM bermula hari ini.Semoga diberi ket...
19/02/2023

Assalamualaikum...

Doa buat kesemua calon SPM yg akan berjuang untuk exam bertulis SPM bermula hari ini.

Semoga diberi ketenangan & dipermudahkan segala urusan dalam menjawab soalan exam nanti...

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞
اهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

🎓 *Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak-anak kami mulai menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

🎓 *YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

🎓 *YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

🎓 *YA ALLAH,*
berilah keputusan terbaik dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan itu mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.

🎓 *YA ALLAH,*
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

🎓 *Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.

🎓 Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

🎓 *YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

🎓 *YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH.

🎓 Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

🎓 *YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

🎓 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ

🎓رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.

🎓رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.

🎓رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلىَ آلِهِ وصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

آمين يا رب العالمين.

22/10/2021

Perkhidmatan permohonan air individu atau syarikat, meter pukal, permohonan bekalan air sementara bagi pembinaan, paip air retikulasi, pembentungan dan lain-lain.

Sila hubungi untuk pertanyaan lanjut.

22/09/2021

Kekuatan itu tidak terbina diatas bilangan yang ramai; tetapi kekuatan itu terbina bila anda bersandar kepada Allah..

Wallahu a'lam

21/09/2021

Jangan merasa berat untuk Mendoakan kebahagiaan dan kejayaan orang lain..

Percayalah...
Tiap kali kita mendoakan untuk orang lain.. Malaikat akan mendoakan untuk kita juga..

Wallahu a'lam

20/09/2021

Orang s**a atau tidak kepada kita... itu..

Tidak pernah menjadi masalah sekiranya..

Fokus kita adalah mencari Keredhaan Allah..

Wallahu a'lam

27/08/2021

💥TAZKIRAH JUMAAT💥

Tersenyumlah, tidak ada yang perlu engkau sesali.

Kerana Tuhanmu ada. Rezekimu telah ditentukan.

Dan umurmu telah digariskan. Indahkan saja dirimu.

Nescaya engkau akan menyaksikan keindahan itu di sekelilingmu.

🌷Imam Syeikh Mutawwali As Sya'rawi ‎رحمه الله تعالى 🌷

17/08/2021

Rasa seram sangat bila teringat akhir zaman ni.

Ada dengar satu video ni dari Ustaz kat Indonesia. Tak jumpa dah video tu nak share 😅

Katanya, kenapa kita kena hafal surah Al kahfi masa Dajjal mai nanti?

Ustaz tu kata, time dajjal mai tu kita dah panik. Sempat lagi ka nak bukak Quran baca. Sebab tu kena hafal untuk terhindar dari fitnah dajjal.

Terhindar macamana? Allah tutup hijab rumah kita dari dajjal nampak so kita dapat Selamat Insyallah.

Kata ustaz tu lagi, nanti akan ada seseorang yang rasa dia kuat sangat, iman dia kuat, boleh lawan dajjal.

Tapi, ustaz tu kata, orang tu pi jumpa dajjal ja terus dia sujud. Sebab power sangat sihir yang dajjal pakai. Tak boleh nak lawan langsung.

Sebab tu kita diharamkan jumpa dajjal.

Sebab tu ketua rumah(suami/ orang lelaki) kena ikat orang perempuan/isteri/ anak- anak dia masa dajjal mai. Sebab orang perempuan paling banyak ikut dia nanti.

Allahu. Jom la kita hafal 10 ayat awal atau 10 ayat akhir surah Al Kahfi untuk terhindar dari fitnah dajjal tu nanti.

Semoga Allah lindungi kita semua.

Dah dekatt sangat si dajjal nak munculkan diri😭

Saya pun tengah duk hafal lagi ni.😊

Jom sama².

10/08/2021

PAKSA DIRI SEKARANG, ATAU DIPAKSA KEMUDIAN HARI!

Paksa. Tak paksa tak jadi.

Banyak perkara yang baik ni, kita kena paksa baru jadi. Tak boleh ikutkan sangat hati. Tak boleh dilayan perasaan malas tu...

Kalau perkara tu sesuatu yang penting untuk dibuat, s**a atau tak s**a, kena buat juga, baru akan jadi. Kena paksa diri.

Dulu waktu kita zaman kanak-kanak dulu, kena paksa pergi sekolah, kena paksa solat setiap hari, kena paksa pergi mengaji, kena paksa macam-macam lagi. Ibu bapa kita paksa kita buat benda baik, akhirnya kita jadi baik, alhamdulillah.

Tapi bila dewasa, kita kena belajar paksa diri sendiri.

Malas solat? Kena paksa!

Malas pergi masjid? Kena paksa!

Malas bangun subuh? Kena paksa!

Malas pergi kerja? Bos akan paksa!

Malas menyimpan? Kena paksa!

Malas tambah ilmu kekayaan? Kena paksa!

Malas exercise dan jaga kesihatan? Boleh abaikan saja sekarang. Tapi akan sampai satu ketika akan dipaksa juga!

Dipaksa untuk terlantar di hospital. Dipaksa makan bergengam-genggam ubat setiap hari. Bahkan dipaksa untuk exercise juga setiap hari sekadar apa yang termampu pada waktu itu.

S**a atau tak s**a, kena buat juga kalau nak terus hidup.

Sekarang kita sendiri kena pilih, nak paksa diri sekarang atau keadaan akan memaksa kita satu hari nanti?

Paksa, tetap kena paksa juga.

Simpan EMAS JUGA KENA PAKSA☺️

SETELAH ENGKAU BERUSAHA BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH Firman Allah SWT :وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ[Surah Fatir 4]T...
03/07/2021

SETELAH ENGKAU BERUSAHA BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT :

وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ
[Surah Fatir 4]

Terjemahan :
"Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan."

05/10/2020

Never regret a day in your life. Good days give u happiness, bad days give u experience.

Sama-sama kita bacakan doa ini jom. Letakkan Allah di hadapan kita pada setiap apa yang kita kerjakan.Jom. Bismillah.
21/09/2020

Sama-sama kita bacakan doa ini jom. Letakkan Allah di hadapan kita pada setiap apa yang kita kerjakan.

Jom. Bismillah.

Address

Bandar Puncak Alam
Kuala
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192330337

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KNA Construction posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KNA Construction:

Share