Red Consultant Group

Call Directions

Red Consultant Group Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Red Consultant Group, Consulting Agency, Kuala.

Red Consultant merupakan sebuah konsultasi berkumpulan yang menyediakan perkhidmatan latihan, bimbingan, team building, kem kepimpinan, kecemerlangan serta pemantapan minda.

04/10/2026

TESTIMONY PENGARAH PROGRAM

KEM SMART SOLAT MASJID AL-MUHAJIRIN SEBERANG JAYA 2026

30–31 Ogos & 1 September 2026 | 130 Peserta | Usia 7–17 Tahun

Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya telah menganjurkan Kem Smart Solat Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya 2026 yang berlangsung pada 30–31 Ogos dan 1 September 2026, melibatkan seramai 130 orang peserta berusia antara 7 hingga 17 tahun.

Program ini dianjurkan oleh Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya dengan melantik Akademi RED Malaysia sebagai pengendali program bagi membantu menjayakan pengisian yang berfokus kepada pemantapan ilmu dan amali solat, pembentukan sahsiah serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara teori dan praktikal dalam suasana yang santai, interaktif dan menyeronokkan. Pendekatan ini diharapkan dapat membantu peserta memahami kepentingan solat serta membentuk disiplin diri dan akhlak yang lebih baik.

Akademi RED Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya atas kepercayaan dan lantikan yang diberikan. Semoga kerjasama ini terus diperkasakan dalam usaha bersama membentuk generasi muda yang berilmu, berdisiplin, bersahsiah dan cintakan solat.

Akademi Red Malaysia 🇲🇾

04/10/2026

TESTIMONY PENGURUSI MASJID

KEM SMART SOLAT MASJID AL-MUHAJIRIN SEBERANG JAYA 202630–31 Ogos & 1 September 2026 | 130 Peserta | Usia 7–17 TahunMasji...
28/09/2026

KEM SMART SOLAT MASJID AL-MUHAJIRIN SEBERANG JAYA 2026

30–31 Ogos & 1 September 2026 | 130 Peserta | Usia 7–17 Tahun

Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya telah menganjurkan Kem Smart Solat Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya 2026 yang berlangsung pada 30–31 Ogos dan 1 September 2026, melibatkan seramai 130 orang peserta berusia antara 7 hingga 17 tahun.

Program ini dianjurkan oleh Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya dengan melantik Akademi RED Malaysia sebagai pengendali program bagi membantu menjayakan pengisian yang berfokus kepada pemantapan ilmu dan amali solat, pembentukan sahsiah serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara teori dan praktikal dalam suasana yang santai, interaktif dan menyeronokkan. Pendekatan ini diharapkan dapat membantu peserta memahami kepentingan solat serta membentuk disiplin diri dan akhlak yang lebih baik.

Akademi RED Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya atas kepercayaan dan lantikan yang diberikan. Semoga kerjasama ini terus diperkasakan dalam usaha bersama membentuk generasi muda yang berilmu, berdisiplin, bersahsiah dan cintakan solat.

Akademi Red Malaysia 🇲🇾

📢 PERTEMUAN & PERBINCANGAN PERTAMA🕌 KEM SMART SOLAT PERDANA MASJID NASARUDDIN SHAH KG. RAJA BESUT 202612 September 2026 ...
12/09/2026

📢 PERTEMUAN & PERBINCANGAN PERTAMA

🕌 KEM SMART SOLAT PERDANA MASJID NASARUDDIN SHAH KG. RAJA BESUT 2026

12 September 2026 — Telah berlangsung pertemuan dan perbincangan kali pertama bagi persediaan penganjuran Kem Smart Solat Perdana Masjid Nasaruddin Shah, Kg. Raja, Besut, Terengganu 2026.

Pertemuan ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Akademi RED, En. Wan Naziq, bersama Setiausaha Akademi RED serta empat orang Ahli Jawatankuasa Masjid Nasaruddin Shah.

Perbincangan telah dipengerusikan oleh Setiausaha Masjid, Dr. Haji Zul, dan turut disertai oleh Tn. Haji Sulaiman, Biro Pendidikan & Dakwah Masjid, serta Tn. Haji Yusof, Bendahari Masjid.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan tentatif dan pengisian program, jumlah penyertaan, penyediaan makan dan minum peserta, pengurusan program serta beberapa perkara berkaitan persediaan penganjuran kem.

Segala perkara yang telah dibincangkan akan diperincikan dan dimuktamadkan melalui minit mesyuarat untuk tindakan serta penyelarasan pihak-pihak yang terlibat.

🤝 Semoga pertemuan dan perbincangan ini menjadi titik permulaan yang baik serta membuahkan hasil terbaik dalam usaha menjayakan Kem Smart Solat Perdana 2026.

Sebagai penutup pertemuan, turut diadakan sesi penyerahan sijil kolaborasi sebagai simbolik dan tanda bahawa kerjasama antara pihak Masjid Nasaruddin Shah dan Akademi RED Malaysia telah dimeterai bagi menjayakan program yang dirancang.

🌟 Bersama Membina Generasi Soleh & Solehah
🕌 Solat Dijaga, Akhlak Dipelihara, Hidup Diberkati

🕌🏃‍♂️ PROGRAM BRISK WALK PERDANA KEM SMART SOLAT 2026 🏃‍♀️🕌SEBERANG JAYA | 1 SEPTEMBER 2026Alhamdulillah, telah berlangs...
01/09/2026

🕌🏃‍♂️ PROGRAM BRISK WALK PERDANA KEM SMART SOLAT 2026 🏃‍♀️🕌

SEBERANG JAYA | 1 SEPTEMBER 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Brisk Walk Perdana bersempena penganjuran Kem Smart Solat Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya 2026, yang melibatkan penyertaan bersama peserta kem, ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Muhajirin.

Program ini dianjurkan oleh Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya dengan kerjasama Akademi RED Malaysia selaku pengurus acara, sebagai salah satu inisiatif menggalakkan budaya hidup sihat, kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga, peserta dan komuniti masjid.

Sambutan yang diterima amat luar biasa dan sangat positif, apabila seramai hampir 156 orang terdiri daripada peserta, ibu bapa dan AJK masjid turut bersama-sama memeriahkan program.

Kehadiran ibu bapa secara langsung memberikan sokongan yang sangat bermakna kepada anak-anak, selain memperlihatkan bahawa aktiviti sihat mampu menjadi medium untuk membina keluarga yang aktif, harmoni dan dekat dengan masjid. ❤️

Pihak Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya dan Akademi RED Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen, sokongan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan.

Sihat Itu Sunnah — Solat Sempurna, Hidup Bahagia. 🕌✨

31/08/2026

MOTIVASI SOLAT BERSAMA COACH RCG

Seberang Jaya, 31 Ogos 2026 – Program Motivasi Solat Masjid Al-Muhajirin Seberang Jaya berlangsung dengan penuh penghayatan menerusi sesi motivasi bersama Bro Karma Hakim, Coach RCG.

Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan solat sebagai asas pembentukan sahsiah, disiplin dan kekuatan diri dalam kehidupan seharian. Peserta turut didedahkan dengan pendekatan motivasi yang santai, interaktif dan dekat dengan jiwa anak-anak muda.

Melalui perkongsian yang disampaikan, peserta diajak untuk memahami bahawa solat bukan sekadar kewajipan, bahkan merupakan sumber kekuatan, ketenangan dan panduan dalam membentuk kehidupan yang lebih baik.

“Solat sempurna, hidup bahagia.” Semoga pengisian ini menjadi pencetus kepada perubahan positif dan membina generasi yang lebih berdisiplin, berakhlak serta dekat dengan Allah SWT.

KEM KEPIMPINAN BEYOND ZONE A21 Ogos 2026 - JumaatKem Kepimpinan Beyond, Zone A telah berlangsung dengan jayanya di DITC ...
23/08/2026

KEM KEPIMPINAN BEYOND ZONE A

21 Ogos 2026 - Jumaat

Kem Kepimpinan Beyond, Zone A telah berlangsung dengan jayanya di DITC Kemaman, melibatkan penyertaan seramai 110 peserta daripada 5 buah sekolah.

Dalam program ini, team Red Consultancy Group (RCG) telah dijemput untuk mengendalikan satu slot khas berkaitan Pemikiran Kritis.

Slot ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan berfikir secara kritis, membuat pertimbangan yang tepat serta melihat sesuatu isu daripada pelbagai perspektif.

Pengisian yang interaktif dan berasaskan aktiviti turut memberi ruang kepada peserta untuk berani bersuara, menganalisis situasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara lebih rasional.

Semoga penglibatan RCG dalam program ini dapat memberikan nilai tambah kepada peserta dalam membentuk generasi muda yang lebih kritis, yakin, matang dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan.

Red Consultancy Group (RCG)
“Misi Memandai Anak Bangsa”

KEM PEMANTAPAN KERJA – TEAM BUILDING🔰PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN FARMASI 2026Program Kem Pemantapan Kerja – Team Building...
10/08/2026

KEM PEMANTAPAN KERJA – TEAM BUILDING🔰

PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN FARMASI 2026

Program Kem Pemantapan Kerja – Team Building Pejabat Kesihatan Bahagian Farmasi 2026 telah diadakan pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Min House Camp.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, dengan penglibatan warga kerja Pejabat Kesihatan Bahagian Farmasi.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara warga kerja, di samping membina sikap positif, kepimpinan serta keupayaan bekerja secara lebih efektif dalam organisasi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti team building, aktiviti berkumpulan, komunikasi, penyelesaian masalah dan aktiviti pemantapan kerjasama yang dirangka secara interaktif dan menyeronokkan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar, meriah dan mendapat komitmen yang baik daripada para peserta. Diharapkan segala pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang program dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja bagi membentuk sebuah pasukan yang lebih profesional, positif, harmoni dan berdaya saing.

Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan dengan kerjasama Akademi RED Malaysia.

06/08/2026

🟥Official Montaj🟥

KEM LEGASI KEPIMPINAN PENGAWAS SRIDI AJIL TERENGGANU 2026

Terima kasih SRIDI AJIL

💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯💯

23 Julai 2026 : Program telah dijalankan dengan penglibatan semua badan pemimpin pelajar seramai 77 peserta dan masa yang sama kerjasama baik diterima oleh pihak sekolah kepada fasilitator dari Red Consultancy.

Bengkel KEPIMPINAN ini telah dijalankan bertempat di dewan sekolah, dengan kekuatan 4 fasilitator kem RCG. Yang mengendalikan kem selama sehari. Alhmdulillah. Peserta diisi dengan Motivasi, Explorace & mini game.

Matlamat team RCG 2026 adalah bagi memastikan semua pelajar cemerlang dan berjaya serta memahami kehidupan dan jua semua yang diperlukan, harapan ini kita semua sandarkan bersama dengan doa & usaha.

Dari RCG mengucapkan jutaan terima kasih kepada SEKOLAH & para peserta atas tumpuan yang telah diberikan bersama menjayakan program motivasi dan bersedia menjadi yang terbaik untuk masa depan sendiri.

Jom bersama dalam merialisasikan segala perancangan, bengkel/ seminar/ ceramah & pelbagai lagi. Bersama Red Consultancy, terus hubungi dan kunjungi Media Red Consultancy bagi mendapatkan segala tawaran dan info terkini.

"Misi memandaikan bangsa"

Address

Kuala
22200

Telephone

0136609956

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Red Consultant Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share