Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Sultan Zainal Abidin

  • Home
  • Malaysia
  • Kuala
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Sultan Zainal Abidin

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Sultan Zainal Abidin Page ini ditubuhkan bagi memudahkan penyampaian info-info JKKP UniSZA yang terkini kepada semua warga UniSZA

Sekitar kawalan perarakan Maulidur Rasul dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak di UniSZA Kampus Gong Badak.
27/08/2026

Sekitar kawalan perarakan Maulidur Rasul dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak di UniSZA Kampus Gong Badak.



27/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H

๐Ÿš” Kawalan Iringan Sambutan Maulidur Rasul 1448H

Pembantu Keselamatan JKKP UniSZA melaksanakan kawalan iringan dan pemantauan keselamatan rombongan Sekolah Kebangsaan Gong Badak ke Masjid UniSZA bagi memastikan pergerakan peserta berjalan dengan lancar, teratur dan selamat.

๐Ÿค Komitmen kami dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan kelancaran setiap program sentiasa menjadi keutamaan.

โ€œKeselamatan dan ketenteraman warga sentiasa dalam pengawasan kami.โ€

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H
JKKP UniSZA

24/08/2026

Selamat Memperingati Maulidur Rasul 1448H/2026M

Sabda Nabi Muhammad SAW : โ€œOrang yang paling dekat denganku dihari kiamat, adalah orang yang banyak berselawat kepadakuโ€.

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Ikhlas daripada : Pengarah dan Seluruh warga Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UniSZA.




Brisk Walk 6km ๐Ÿ‘ฎ Bersama Pengarah Keselamatan JKKP UniSZA๐Ÿšถ 23 Ogos 2026 / AhadSelain melaksanakan kawalan fizikal, ronda...
23/08/2026

Brisk Walk 6km ๐Ÿ‘ฎ Bersama Pengarah Keselamatan JKKP UniSZA

๐Ÿšถ 23 Ogos 2026 / Ahad

Selain melaksanakan kawalan fizikal, rondaan serta tapisan keselamatan di dalam kampus, aspek kesihatan fizikal dan mental para Pembantu Keselamatan turut diberi perhatian bagi memastikan warga kerja sentiasa berada dalam keadaan cergas, sihat dan bersedia melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

๐Ÿ’ช Aktiviti Brisk Walk bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut memberi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, komunikasi dan hubungan silaturahim antara Pengarah Keselamatan JKKP UniSZA bersama para Pembantu Keselamatan.

๐Ÿค Kebersamaan seperti ini mencerminkan semangat โ€œbersama dalam tugas, bersama dalam menjaga kesihatanโ€, sekali gus membentuk pasukan yang lebih positif, harmoni dan berdaya tahan dalam melaksanakan tanggungjawab keselamatan kampus.

Sihat tubuhnya, kuat semangatnya, erat ukhuwahnya โ€” demi keselamatan dan kesejahteraan warga kampus. ๐Ÿ›ก๏ธ๐Ÿ’ช

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JIWA MERDEKA, SEMANGAT MALAYSIA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Bulan Kemerdekaan, Pembantu Keselamatan UniSZA turut mengambil bahagian da...
20/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JIWA MERDEKA, SEMANGAT MALAYSIA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Bulan Kemerdekaan, Pembantu Keselamatan UniSZA turut mengambil bahagian dalam menyemarakkan semangat patriotisme dengan memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UniSZA.

Setiap kibaran Jalur Gemilang membawa makna yang besar โ€” lambang perpaduan, patriotisme dan kecintaan kepada tanah air. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terima kasih kepada seluruh warga Pembantu Keselamatan UniSZA yang sentiasa komited bukan sahaja dalam menjaga keselamatan kampus, malah turut menyemarakkan semangat cintakan Malaysia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat kemerdekaan!

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan!




๐Ÿค PROGRAM PENARAFAN KERJA BAHAGIAN KESELAMATAN UMK KE UniSZA19 Ogos 2026 | UniSZATelah berlangsung Program Penarafan Ker...
19/08/2026

๐Ÿค PROGRAM PENARAFAN KERJA BAHAGIAN KESELAMATAN UMK KE UniSZA

19 Ogos 2026 | UniSZA

Telah berlangsung Program Penarafan Kerja Pegawai dan Anggota Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan amalan terbaik, pengurusan operasi keselamatan, perkongsian pengalaman serta pengurusan sistem kawalan keselamatan berteknologi, di samping memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.

Antara pengisian program adalah sesi perkongsian amalan terbaik serta lawatan ke Bilik Kawalan CCTV Kampus dan Hospital Pengajar UniSZA.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman melalui program ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuhkan lagi pengurusan keselamatan universiti yang cekap, profesional dan berkesan.

๐Ÿค Berkongsi Ilmu โ€ข Memperkasa Keselamatan โ€ข Memperkukuh Kerjasama




Anugerah Kecemerlangan Staf JKKP UniSZA๐ŸŽ–๏ธ 17 Ogos 2026 / Isnin โ€” Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh penerima An...
17/08/2026

Anugerah Kecemerlangan Staf JKKP UniSZA

๐ŸŽ–๏ธ 17 Ogos 2026 / Isnin โ€” Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh penerima Anugerah Kecemerlangan Staf bagi Tahun 2025.

๐Ÿ‘ฎ Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan universiti atas penganugerahan yang diberikan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pencetus semangat serta motivasi buat seluruh warga JKKP UniSZA untuk terus meningkatkan daya saing, memperkukuh produktiviti serta memberikan yang terbaik dalam setiap amanah dan tanggungjawab pada universiti.





Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46๐Ÿ‘ฎ 15 Ogos 2026 | Sabtu โ€” Menjelang tirai pen...
15/08/2026

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46

๐Ÿ‘ฎ 15 Ogos 2026 | Sabtu โ€” Menjelang tirai penutupan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46, barisan Pembantu Keselamatan JKKP UniSZA terus komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan kelancaran aliran trafik, ketenteraman serta keselamatan sepanjang majlis penutupan berlangsung.

๐Ÿ Semangat kesukanan bukan sahaja terserlah di gelanggang, malah turut dizahirkan melalui dedikasi seluruh petugas yang berada di barisan hadapan dalam memastikan setiap urusan berjalan lancar, teratur dan selamat.

๐ŸŽ–๏ธ Tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen, atlet, urus setia serta para petugas yang telah menjayakan SUKUM Ke-46. Setiap keringat, semangat dan komitmen yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan yang penuh bermakna.

๐Ÿ† SUKUM Ke-46 โ€” Semangat Kesukanan, Ukhuwah dan Kecemerlangan.
Selamat menutup tirai, dan terima kasih atas segala jasa serta pengorbanan! ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






๐Ÿ‘ฎ Kawalan Keselamatan di Sekitar Venue Pertandingan SUKUM Ke-4612 Ogos 2026 | Rabu โ€” Pembantu Keselamatan JKKP UniSZA te...
12/08/2026

๐Ÿ‘ฎ Kawalan Keselamatan di Sekitar Venue Pertandingan SUKUM Ke-46

12 Ogos 2026 | Rabu โ€” Pembantu Keselamatan JKKP UniSZA terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan tanpa mengenal erti penat dan lelah bagi memastikan aspek keselamatan, kawalan serta ketenteraman awam di setiap venue pertandingan SUKUM Ke-46 sentiasa berada pada tahap yang baik dan teratur.

๐Ÿ† Selamat berjuang kepada semua atlet yang mewakili universiti awam (UA) masing-masing. Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan prestasi terbaik dalam setiap acara yang disertai. Semoga segala usaha membuahkan kejayaan dan mengharumkan nama universiti masing-masing.

SUKUM Ke-46 | UniSZA Tuan Rumah
๐Ÿ›ก๏ธ Keselamatan dan ketenteraman warga kampus sentiasa dalam pengawasan kami.





Address

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UniSZA, Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Sultan Zainal Abidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share