TaniCulture

TaniCulture Agricultural based businesses and supplies, Research and development (RnD), Consultancy, Social entr

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021Ikhlas Daripada~ TaniCulture Ventures---
12/05/2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021

Ikhlas Daripada
~ TaniCulture Ventures

---

[APA ITU SISTEM FERTIGASI]Fertigasi atau 'Fertigation' adalah merupakan gabungan dua perkataan iaitu 'Fertilization' (Pe...
19/04/2021

[APA ITU SISTEM FERTIGASI]

Fertigasi atau 'Fertigation' adalah merupakan gabungan dua perkataan iaitu 'Fertilization' (Pembajaan) dan 'Irrigation' (Pengairan).

Fertigasi adalah salah satu kaedah pembajaan kepada tanaman melalui kaedah pengairan titis, dimana baja larut AB disalurkan didalam sistem pengairan. Kaedah ini dapat meningkatkan kadar serapan nutrisi baja kepada pokok sehingga 80-90 peratus.

Kaedah tanaman melalui pengairan titis p**a dapat menjimatkan penggunaan air siraman kerana air dan baja disalur terus ke pangkal tumbuhan atau zon akar perlahan-lahan melalui titisan. Ini dapat mengurangkan kadar penyejatan (evaporation) air dan kehilangan nutrisi dari tanah (leaching).

---

Hubungi kami sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bekalan Cendawan Tiram Kelabu.

013 949 7953
Taniculture Ventures

PROJEK INDOOR FARMING - PEMBIAKAN CENDAWAN TIRAM KELABU APRIL 202101/04/2021- Pasukan TaniCulture Ventures telah melakuk...
15/04/2021

PROJEK INDOOR FARMING - PEMBIAKAN CENDAWAN TIRAM KELABU APRIL 2021

01/04/2021
- Pasukan TaniCulture Ventures telah melakukan penanda aras (benchmarking) terhadap penjagaan kualiti cendawan tiram kelabu dengan mengambil sample daripada beberapa pengeluar.

04/04/2021
- Penyediaan bongkah cendawan tiram kelabu kump**an kedua dilakukan
- Untuk kump**an kali ini, kami memasang mesin pelembap mudah alih bagi mengekalkan kelembapan udara yang optimum.

10/04/2021
- 54 paket cendawan tiram kelabu segar dengan berat 100 gram setiap satu telah dihantar ke dua buah pasar mini untuk dijual.

PROJEK INDOOR FARMING - PEMBIAKAN CENDAWAN TIRAM KELABU MAC 202117/03/2021- Pembersihan kawasan ruangan indoor farming d...
15/04/2021

PROJEK INDOOR FARMING - PEMBIAKAN CENDAWAN TIRAM KELABU MAC 2021

17/03/2021
- Pembersihan kawasan ruangan indoor farming dan pejabat.

20/03/2021
- Penerimaan 500 bongkah pembiakan cendawan tiram kelabu dari pembekal Temerloh.

21/03/2021
- Penyusunan bongkah cendawan tiram kelabu di atas rak-rak sedia ada.

22/03/2021
- Penerimaan 124 batang besi daripada pembekal bagi tujuan pemasangan rak besi.

23/03/2021
- Pembersihan ruangan yang akan ditempatkan pembiakan cendawan termasuk rak, lantai dan dinding disekeliling dengan sabun pembasmi kuman.
- Proses penyediaan bongkah cendawan tiram kelabu untuk tujuan pembiakan dilakukan.
- Takungan-takungan air diletakkan disekeliling ruangan pembiakan cendawan bagi memastikan kelembapan udara adalah tinggi dan optimum bagi cendawan untuk membiak.

26/03/2021
- Hari ke-3 setelah kump**an pertama cendawan dibiakkan, pertumbuhan cendawan berjaya dan direkodkan, namun masih belum dipetik / dituai.

28/03/2021
- Hari ke-5 setelah kump**an pertama cendawan dibiakkan, kebanyakan cendawan yang tumbuh dilihat agak tidak sesuai untuk dimakan / dijual
- Pasukan TaniCulture Ventures mendapati bahawa terdapat berlakunya kesilapan ketika penyediaan bongkah pembiakkan cendawan tersebut pada hari pertama.
- Selain itu, terdapat juga cendawan yang terlampau matang dan sepatutnya dituai pada waktu yang lebih awal.
- Daripada hal ini, kami telah mempelajari kaedah yang lebih tepat daripada pembekal bongkah cendawan itu sendiri.

29/03/2021
- Hari ke-6 setelah kump**an pertama cendawan dibiakkan
- Cendawan telah dipetik dan dituai, namun sebahagian dari hasil adalah tidak sesuai untuk dimakan / dijualkan.
- Bongkah cendawan yang telah dituai akan dibiar tertutup untuk beberapa hari bagi membenarkan pertumbuhan micellium baharu.
- Pembersihan ruangan dan rak pembiakan cendawan dilakukan.

30/03/2021
- Kira-kira 1800 gram cendawan gred B yang dituai telah digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan kerepek cendawan.
- Pasukan TaniCulture Ventures telah mengenalpasti kaedah paling sesuai bagi memastikan kerepek cendawan sedap dan kekal rangup.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H / 2021 kepada semua umat Islam.Semoga bulan ini dipenuhi dengan baraka...
12/04/2021

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H / 2021 kepada semua umat Islam.

Semoga bulan ini dipenuhi dengan barakah!

Ikhlas daripada,
Taniculture Ventures

---

Jom follow page kami:

fb.me/taniculture
instagram.com/tanicultures

ᴄᴇɴᴅᴀᴡᴀɴ ᴛɪʀᴀᴍ ᴋᴇʟᴀʙᴜ (ᴘʟᴇᴜʀᴏᴛᴜꜱ ᴘᴜʟᴍᴏɴᴀʀɪᴜꜱ)Cendawan Tiram Kelabu merupakan cendawan yang ditanam secara komersial di M...
08/04/2021

ᴄᴇɴᴅᴀᴡᴀɴ ᴛɪʀᴀᴍ ᴋᴇʟᴀʙᴜ (ᴘʟᴇᴜʀᴏᴛᴜꜱ ᴘᴜʟᴍᴏɴᴀʀɪᴜꜱ)

Cendawan Tiram Kelabu merupakan cendawan yang ditanam secara komersial di Malaysia.

Mempunyai rasa yang sedap dan tekstur yang begitu unik, cendawan ini seringkali digunakan sebagai bahan masakan seperti didalam menu nasi goreng, sup sayur mahupun digoreng celup tepung.

Cendawan ini mempunyai khasiat yang banyak iaitu mengandungi protein yang tinggi, vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Selain itu, cendawan ini juga kaya dengan mineral-mineral penting seperti K, Ca, Na, Mg, Cu.

Bukan itu sahaja, cendawan ini juga merupakan agen anti-oksida serta mampu mengurangkan risiko strok (anti-trombotik). Cendawan ini juga mampu mengurangkan tekanan darah serta kandungan glukosa dan lipid di dalam badan kita.

Pengeluaran cendawan tiram secara komersial menggunakan bongkah habuk kayu di kawasan tertutup juga secara tidak langsung memastikan tiada bahan kimia seperti racun dan baja sintetik digunakan. Ini kerana amalan kebersihan dalam penanaman sangat penting dalam penghasilan cendawan tiram kelabu komerisal yang berkualiti.

---

Hubungi kami sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bekalan Cendawan Tiram Kelabu.

www.wasap.my/60139497953/cendawantiram
Taniculture Ventures

✨OPEN PRE-ORDER CENDAWAN TIRAM KELABU KUANTAN✨• Penghantaran:Rabu - JumaatRM5/paket (250g++)• 5 paket ke atas:RM4/paket🚗...
05/04/2021

✨OPEN PRE-ORDER CENDAWAN TIRAM KELABU KUANTAN✨

• Penghantaran:
Rabu - Jumaat

RM5/paket (250g++)
• 5 paket ke atas:
RM4/paket

🚗 Penghantaran seluruh Kuantan (caj mengikut kawasan)
🚗 Self-pickup di Indera Mahkota 7

Untuk tempahan/sebarang pertanyaan, hubungi:
📲 www.wasap.my/60139497953/cendawantiram

#2021

UPDATE PROJEK FERTIGASI KG CHEROK PALOH - POKOK CILI10/03/2021- Pada tarikh ini, pemasangan pendawaian elektrik dan pema...
22/03/2021

UPDATE PROJEK FERTIGASI KG CHEROK PALOH - POKOK CILI

10/03/2021
- Pada tarikh ini, pemasangan pendawaian elektrik dan pemasangan meter TNB telah bermula bagi menyalurkan sumber elektrik di kabin pejabat dan stor.
- Pemasangan pendawaian elektrik ini akan melalui beberapa fasa.

11/03/2021
- Urusan pemasangan pendawaian elektrik fasa 1 telah siap.
- TaniCulture Ventures juga sedang berurusan dengan TNB dan PAIP bagi membincangkan proses lebih lanjut.

PROJEK LAMAN TIN AL AMIN - POKOK TIN29/01/2021- Tinjauan dan pembersihan kawasan tapak laman Sekolah Al-Amin Paya Besar....
08/03/2021

PROJEK LAMAN TIN AL AMIN - POKOK TIN

29/01/2021
- Tinjauan dan pembersihan kawasan tapak laman Sekolah Al-Amin Paya Besar.

19/02/2021
- Kerja-kerja pemasangan pagar 'chainlink' telah dilakukan.

24/02/2021
- Proses penghantaran 'culvert' yang ditempah telah selamat sampai di Sekolah Al-Amin Paya Besar.

03/03/2021
- Penyusunan 'culvert' didalam kawasan laman. Kerja-kerja penanaman benih pokok tin masih belum dimulakan kerana memberi laluan kepada staf-staf sekolah bersiap-sedia untuk pembukaan sesi persekolahan.

UPDATE PROJEK FERTIGASI KG CHEROK PALOH - POKOK CILI03/03/2021Alhamdulillah, pada tarikh ini beberapa perkara berjaya di...
08/03/2021

UPDATE PROJEK FERTIGASI KG CHEROK PALOH - POKOK CILI

03/03/2021

Alhamdulillah, pada tarikh ini beberapa perkara berjaya dilakukan:
1. Penyediaan medium 'cocopeat' untuk pokok cili telah mula dilakukan.
2. Kontraktor pendawaian dan meter TNB telah hadir membuat tinjauan untuk tujuan pemasangan.

PROJEK FERTIGASI KG CHEROK PALOH - POKOK CILI10/01/2021- Pemasangan zink pada pagar luar serta penebangan pokok di dalam...
02/03/2021

PROJEK FERTIGASI KG CHEROK PALOH - POKOK CILI

10/01/2021
- Pemasangan zink pada pagar luar serta penebangan pokok di dalam kawasan fertigasi. Proses meratakan tanah tidak dapat diteruskan akibat cuaca hujan berterusan sehingga menyebabkan air bertakung.

19/01/2021
- Proses membersihkan kawasan fertigasi dan meratakan tanah dilakukan bermula hari ini. Dijangka akan mengambil masa 2-3 hari.

20/01/2021
- Kerja-kerja meratakan tanah telah berjaya diselesaikan. Pada hari yang sama, tempahan kanopi berbentuk 'A' juga telah diterima dan kerja-kerja pemasangan rangka dan atap terus dilakukan.

27/01/2021
- Pemasangan pagar disekeliling kawasan fertigasi telah berjaya dilakukan. Usaha untuk mengenalpasti kedudukan pintu pagar yang sesuai juga telah dilakukan supaya urusan fertigasi dapat dilakukan secara efisien. Permohonan pemasangan meter air di kawasan fertigasi juga telah dilakukan.

08/02/2021
- Kerja-kerja pemasangan 'weedmat' telah bermula secara berfasa.

09/02/2021
- Pemasangan 'weedmat' selesai kira-kira 50 peratus dan juga demonstrasi kelancaran laluan kereta sorong.

11/02/2021
- Pemasangan 'weedmat' telah berjaya diselesaikan. Kerja-kerja pemasangan stor kabin telah dilakukan.

16/02/2021
- Pengubahsuaian susunan 'weedmat' telah dilakukan dan hampir 50 peratus siap. 'Cocopeat' yang ditempah telah diterima.

18/02/2021
- Pengubahsuaian susunan 'weedmat' telah siap. Stor kabin telah dipasang rangkanya dan kerja pemasangan lantai kabin sedang dilakukan.

26/02/2021
- Penyusunan 40 'polybag' dalam satu barisan telah berjaya disiapkan sebanyak 10 barisan.

01/03/2021
- Pemasangan pejabat kecil dan stor telah siap. Kerja-kerja pengisian 'cocopeat' ke dalam 'polybag' telah dimulakan.

Address

B-41, Jalan KS 1/12, KotaSAS Avenue
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TaniCulture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share