29/07/2022
RUMAH SEWA
Sebagai pemilik rumah, adakalanya rumah yang dimiliki tidak didiami sebaliknya disewakan. Banyak sebab perkara ini berlaku antaranya terpaksa berpindah kerja, berpindah ke rumah yang lebih baik dan sebagainya.
Sebagai Owner yang ingin menyewakan rumah adalakanya banyak persoalan yang bermain difikiran. Sebagai contoh berapakah harga sewa yang sesuai, berapakah deposit untuk sekuriti dan utiliti.
Di antara kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan petunjuk adalah daripada iklan sediaada disekitar kawasan rumah tersebut di platform Mudah.my dan juga FB marketplace. Tetapi adakala rujukan tidak diperolehi dengan cara ini. Cara lain adalah dengan menggunakan petunjuk 0.3% daripada MV rumah tersebut dengan julat 15% keatas atau ke bawah.
Sebagai contoh rumah MV 300k x 0.3% = RM900 sebulan
Julat 15% (RM765 - RM1,035).
Persoalan selanjutnya bagaimana untuk mengiklan untuk mencari penyewa. Owner boleh saja mengiklan dengan mengantung nota "Rumah Untuk Disewa" serta nombor telefon untuk dihubungi. Kelemahan kaedah ini ialah tidak ada maklumat awal diberikan sebelum bakal penyewa menelefon seperti berapa sewa, berapa deposit, furnish atau tidak dan sebagainya. Kaedah yang lebih baik adalah membuat Copywriting rumah untuk desewa dengan lengkap dan dikongsikan di Social Media seperti Wasap grup, fb post dan lain-lain.
Persoalan selanjutnya p**a, bagaimana untuk menilai bakal penyewa ini adalah yang boleh dipercayai untuk menjaga rumah dengan baik dan tidak culas membayar sewa. Beberapa semakan perlu dibuat kepada bakal penyewa, umpamanya, sebelum ini menyewa di mana, bekerja dimana, bujang atau berkeluarga, elakkan menerima bakal penyewa yang tergesa-gesa kerana ini memaparkan sikap yang kurang pengurusan.
Selanjutnya, apa yang harus dilakukan sekiranya penyewa telah memberi persetujuan untuk menyewa, bayar terus atau bayar kemudian. Kaedah yang selamat adalah meminta bayaran sebulan sewa sebagai tanda tempahan (booking) kemudian sediakan dan tandatangan perjanjian sewaan seeloknya dalam masa 7-14 hari dari tarikh bayaran booking. Pada masa ini penyewa hendaklah membayar baki deposit kepada Owner atau sebelum masuk rumah. Kunci rumah akan diserahkan pada tarikh yang telah dipersetujui setelah Perjanjian Sewaan telah ditandatangan dan bayaran baki diterima.
Pada masa ini juga seeloknya satu senarai semak perkakasan dalam rumah hendaklah di semak bersama-sama dengan penyewa dan dipersetujui agar tidak ada pertikaian di kemudian hari.
Perjanjian sewaan sebaiknya disediakan oleh pihak peguam atau ejen hartanah agar terma-terma sewaan lebih baik dan jelas. Perjanjian Sewaan juga hendaklah di bayar duti setem agar ianya dimuktamadkan dan sah disisi undang-undang.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi menfaat.
Terima kasih.
Badrul Hisham Hasim at IQI Realty