01/06/2023
Saya percaya masih ramai di luar sana yang tidak diberi pendedahan tentang pelaburan Unit Trust / Unit Amanah. Jadi secara ringkasnya :
1๏ธโฃ Unit trust adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa sederhana & panjang. Iaitu 3-5 tahun ke atas.
2๏ธโฃ Pelaburan Unit trust ini memberi peluang pada mereka yang ingin mengambil manfaat pertumbuhan modal melalui pasaran Malaysia dan global. Senang faham, untuk gandakan duit kita.
3๏ธโฃ Tak semua orang ada masa untuk belajar ilmu saham dan monitor pergerakan naik turun saham. Jadi di unit trust, duit para pelabur dikumpulkan dalam satu dana dan ada Fund Manager profesional akan melabur dalam pelbagai instrumen dan saham mengikut objektif sesuatu dana itu.
4๏ธโฃ Unit trust yang ada di Malaysia ada banyak, yang penting pilihlah dana yang tersenarai dan disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Say no to scam. Silap labur, duit lebur.
5๏ธโฃ Disebabkan unit trust/ unit amanah untuk jangka sederhana dan panjang, maka amat sesuai bagi pelabur untuk jadikan sebagai dana persaraan, pendidikan anak, beli rumah dan sebagainya.
6๏ธโฃ Unit amanah ini kita buat untung melalui kenaikan harga seunit, dan agihan pendapatan/dividen. Dan unit amanah terdedah pada naik turun harga semasa. Itu biasa. Konsep hampir sama seperti emas, hartanah dan lain-lain.
Dan banyak lagi sebenarnya perkara yang menarik tentang unit trust ini. Yang penting, kita perlu memahami sebaiknya KONSEP dan TUJUAN kita melabur di unit amanah.
Semoga bermanfaat!
Asyrah Mazlan
UTC PMB Investment- Kuantan
www.wassap.my/0164164687/jominvestpmbi
**anPelaburanMara