Koperasi ILP Kuantan Berhad

Koperasi ILP Kuantan Berhad Koperasi ILP Kuantan Berhad (KIKB) diwujudkan bagi memenuhi keperluan anggota kepada sebuah koperasi

‼️TAHNIAH!! PENGERUSI, SETIAUSAHA & BENDAHARI KIKB‼️Tahniah diucapkan atas pelantikan barisan baharu Pengurusan Lembaga ...
03/06/2025

‼️TAHNIAH!! PENGERUSI, SETIAUSAHA & BENDAHARI KIKB‼️

Tahniah diucapkan atas pelantikan barisan baharu Pengurusan Lembaga Koperasi ILP Kuantan Berhad!

🌟 Encik Mohd Sokri bin Safie – Pengerusi
🌟 Puan Haslinda binti Ahmad – Setiausaha
🌟 Encik Wahyuddin bin Mohd Yusof – Bendahari

Semoga barisan pimpinan baharu ini terus memacu kecemerlangan dan memperkukuh misi koperasi demi kesejahteraan bersama. 👏

"Muafakat Semua, Keuntungan Bersama"

Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Koperasi & Seluruh Warga Anggota KIKB

Semakin hampir MAT, debaran semakin terasa.. tambah-tambah lagi bila hadiah cabutan bertuah pun kita yang tolong balutka...
22/04/2025

Semakin hampir MAT, debaran semakin terasa.. tambah-tambah lagi bila hadiah cabutan bertuah pun kita yang tolong balutkan😜🤭hehehe

Apapun terima kasih tak terhingga kepada para ALK dan anggota yang bersila bersimpuh bantu siapkan hadiah kepada anggota di hari MAT..semoga semangat ini terus menyala sehangat hadiah cabutan utama🔥🔥🔥

Bila dah terima balik fail-fail kewangan dari pihak auditor SKM, maka 'terperap' la pengurusan koperasi dalam bilik miti...
20/04/2025

Bila dah terima balik fail-fail kewangan dari pihak auditor SKM, maka 'terperap' la pengurusan koperasi dalam bilik miting berhari-hari untuk semak dan teliti semua perincian maklumat koperasi sebelum dibentang dalam M.A.T nanti..sabar jer laaa🤓

Tapi apa yang pasti, berita gembira berkenaan dividen tahunan pasti ada..tungguuuuu🤗🤗🤗

Ya..antara tanda-tanda Mesyuarat Agung Tahunan (M.A.T) makin hampir ialah bila Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari berur...
17/04/2025

Ya..antara tanda-tanda Mesyuarat Agung Tahunan (M.A.T) makin hampir ialah bila Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari berurusan di dua bangunan ini selepas pihak SKM selesai membuat audit kewangan koperasi😅

7 hari jer lagi gaisss!!!
16/04/2025

7 hari jer lagi gaisss!!!

Sebuah kisah pengakhiran satu penantian...standby untuk M.A.T pulak lepas ni🤗🤗🤗
16/04/2025

Sebuah kisah pengakhiran satu penantian...standby untuk M.A.T pulak lepas ni🤗🤗🤗

Untuk makluman semua anggota KIKB☺️
08/04/2025

Untuk makluman semua anggota KIKB☺️

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM Semoga Aidilfitri ini membawa berkah, kebahagiaan dan mempereratkan lagi hubungan silatur...
30/03/2025

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

Semoga Aidilfitri ini membawa berkah, kebahagiaan dan mempereratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi ILP Kuantan Berhad.

Walaupun 'mood' cuti raya makin hangat terasa, namun Team Dobi Koperasi tetap memberikan keutamaan dalam perkhidmatan pe...
29/03/2025

Walaupun 'mood' cuti raya makin hangat terasa, namun Team Dobi Koperasi tetap memberikan keutamaan dalam perkhidmatan penyelenggaraan mesin-mesin basuh di asrama-asrama pelajar.

Kali ini Team Dobi menerima aduan kerosakan 2 buah mesin di asrama pelajar lelaki di Blok F. Tindakan terus diambil oleh ALK Penyelaras iaitu En.Azharruddin dan En.Maliki dan dibantu oleh pelajar Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

Sempena Program Iftar Perdana 2025 ILP Kuantan anjuran J/Kuasa Surau Ar-Raudhah ILP Kuantan, pihak KIKB berbesar hati un...
29/03/2025

Sempena Program Iftar Perdana 2025 ILP Kuantan anjuran J/Kuasa Surau Ar-Raudhah ILP Kuantan, pihak KIKB berbesar hati untuk turut serta dan menyumbang hidangan kuih-muih seperti kuih buah melaka, pulut panggang dan puding kepada kakitangan dan keluarga ILP Kuantan yang hadir dalam program tersebut.

Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah warga institut disamping sama-sama menghayati ibadah puasa di bulan Ramadan.

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, ketika dia berbuka, ada doa yang tidak akan ditolak." (Hadis Riwayat Ibn Majah, al-Tirmizi dan al-Hakim)

Address

Lot 10, Jalan Gebeng 1/1
Kuantan
26080

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi ILP Kuantan Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi ILP Kuantan Berhad:

Share