27/02/2023
SHARING
Apa yang penting dalam menentukan nilai kenderaan anda semasa nak renew takaful/insurans kenderaan anda? Ada 2 benda yang anda boleh rujuk iaitu anggaran nilai semasa kenderaan anda (make sure pilih model yang betul) dan baki pembiayaan kenderaan tersebut. Nilai ini amat penting dalam proses claim sekiranya terjadi sesuatu kemalangan. Berikut adalah contoh yang mungkin berlaku sekiranya nilai sum insured lebih rendah dari harga pasaran.
Contoh 1:
Nilai pasaran kenderaan anda adalah RM 40,000 namun nilai takaful adalah RM 30,000.00. Berlaku kemalangan dan kenderaan anda perlu dibaiki. Jumlah kos baikpulih adalah sebanyak RM 5,000.00. Jumlah yang akan ditanggung oleh pihak penyedia takaful adalah berdasarkan kiraan berikut: (Nilai Sum Insured / Harga Pasaran) x Jumlah kos baik pulih. (RM 30,000 / RM 40,000) x RM 5,000 = RM 3,750. Lebihan (RM 5,000 - RM 3,750) sebanyak RM 1,250 perlu ditanggung oleh anda sendiri.
Contoh 2:
Nilai pasaran kenderaan anda adalah RM 40,000 namun nilai takaful adalah pada RM 30,000.00. Berlaku kemalangan dan kenderaan mengalami βtotal lossβ. Baki pembiayaan di bank sejumlah RM 35,000. Sekiranya sum insured yang diambil jenis agreed value, penyedia takaful akan membayar ikut jumlah yang dipersetujui. Jumah yang anda perlu tambah adalah sebanyak RM 5,000.
Sekiranya sum insured adalah jenis market value p**a dan nilai kenderaan anda telah menurun dan jatuh sehingga RM 25,000, anda mungkin terpaksa membayar lebihan sehingga RM 15,000 untuk menyelesaikan pembiayaan berkenaan dengan pihak bank.
Buat pilihan yang bijak bagi memastikan kita dan keluarga tidak susah dikemudian hari. Dah la kereta total loss, hutang p**a bertambah. Dapatkan pandangan dari ejen yag sah sebelum membuat keputusan. Berminat untuk dapatkan quotation takaful kenderan anda? Boleh Whatsapp 014-386 6683 untuk respon yang pantas.