Hamsa Media - Cultural Preservation

Directions Website Contact the business

Hamsa Media - Cultural Preservation Perusahaan sosial yang memelihara warisan tidak ketara termasuk Teromba. Mengubah warisan kepada media dan kandungan pendidikan yang berimpak.

Sebuah studio berlesen FINAS & jurulatih HRD Corp., penerbit filem, buku & kursus latihan bertauliah. Hamsa Media PLT is a creative digital agency and HRD Corp registered training provider in Malaysia. We specialise in film production, media services, AI-powered content, and digital marketing solutionsβ€”helping brands grow with affordable strategies, storytelling, and technology.

🌐 Offices in Kuala Lumpur and Kuching.
🎬 Trusted by local talents, businesses & communities.
βœ… Certified training provider under HRD Corp Malaysia. What we do best:

- Film & Video Production (indie films, telefilms, corporate videos)
- Social Media Content & Management
- AI & Digital Marketing Solutions
- HRD Corp Certified Media & Creative Training
- Workshops on Film, Cultural, AI, and Digital Marketing

20/10/2026

"Diberi Satu Tarik Dua" - Apa sebenarnya maksud istilah orang dulu-dulu ini?

Ramai yang mungkin keliru antara usikan adat dengan istilah "Langkah Bendul". Jom ikuti perkongsian santai tentang kisah orang lama-lama: berkahwin dengan si kakak, tetapi si adik p**a yang diusik!

Adat dan seloroh orang tua-tua dahulu sememangnya penuh dengan kiasan dan pengajaran yang mencuit hati. Mari kita pelihara cerita warisan ini agar tidak hilang ditelan zaman.

πŸ‘‡ Di tempat anda, ada tak adat atau istilah unik seperti ini dalam perkahwinan? Kongsikan di ruangan komen!

Pertemuan bersama Pengarah Muzium Adat, Kuala Klawang membincangkan tentang Hari Jejak Warisan Teromba yang akan diadaka...
14/10/2026

Pertemuan bersama Pengarah Muzium Adat, Kuala Klawang membincangkan tentang Hari Jejak Warisan Teromba yang akan diadakan pada 14 Nov 2026.

Julung kali diadakan dan didukung oleh Yayasan Hasanah dan disokong oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia cawangan Negeri Sembilan dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) termasuk Mrsm Serting.

Ini adalah titik tolak daripada usaha kami selama setahun lebih untuk memelihara dan mempromosi teromba.

Menyusuri Akar Warisan: Kolaborasi Hebat Demi Kelestarian Adat Pepatih 🌟Satu pertemuan minda yang luar biasa telah berla...
10/10/2026

Menyusuri Akar Warisan: Kolaborasi Hebat Demi Kelestarian Adat Pepatih 🌟

Satu pertemuan minda yang luar biasa telah berlaku! Kami berbangga apabila Pengarah Projek Jejak Warisan Teromba, Johan Chairil, dan Pengurus Projek, Prof. Madya Dr. Norailis Ab. Wahab, bersatu tenaga dengan pakar-pakar hebat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Mohd Yuszaidy (BITARA MELAYU) dan Dr. Nor Azrul (SEEDS), serta tokoh ilmuwan En. Mohd. Yatim Dolir dan Dr. Nofel Nofiadri dari Sumatera.

Bersama-sama, kami menerokai khazanah sosio-budaya masyarakat Minang dan Negeri Sembilan yang tiada galang gantinya. Misi kami jelas: mendalami intipati Adat Pepatih agar identiti warisan ini terus mekar merentas zaman. Perbincangan yang penuh semangat ini adalah langkah awal kepada inisiatif berimpak tinggi yang bakal mencorak masa depan budaya kita. πŸ’‘

Ayuh kita hargai asal-usul, kerana di situlah letaknya kekuatan masa depan. Nantikan perkembangan seterusnya!

09/10/2026

Pengurus Program Jejak Warisan Teromba, Prof Madya Dr Norailis Ab. Wahab, memberi taklimat kepada guru-guru yang terlibat proses pembelajaran teromba di kalangan murid-murid sekolah. Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan teromba di sekolah daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan.


08/10/2026

YM Dato’ Paduka Menti Dr. Kamaruzaman Husin, berkongsi tentang berteromba dalam adat meminang dalam Bengkel Pemerkasaan Jurulatih (Guru) di PPD Jempol dan Jelebu.

01/10/2026

Bengkel pertama dgn kerjasama PPD Jempol dan Jelebu di bawah Siri Jejak Warisan Teromba didukung oleh Yayasan Hasanah.
Kelihatan YM Dato Semajo Besar Waris Haji Abu Hassan Mohd Nor menyampai tentang Teromba.

πŸ“– Jejak Warisan Teromba: Panduan Pemindahan Ilmu dan Nilai kepada Generasi MudaDalam naskhah berformat padat (sekitar 15...
25/09/2026

πŸ“– Jejak Warisan Teromba: Panduan Pemindahan Ilmu dan Nilai kepada Generasi Muda

Dalam naskhah berformat padat (sekitar 15 halaman) ini, kami kongsikan inti pati penting supaya mudah dibaca oleh semua lapisan, terutamanya generasi muda. Antara yang menarik di dalamnya:

✨ Struktur & Keunikan: Kenapa teromba ini sifatnya bebas mengalir dan tiada rima tetap berbanding puisi lain.
✨ Fungsi Istiadat: Menyelusuri peranan teromba dalam komunikasi adat, bermula dari merisik, meminang, berkampung, hinggalah ke urusan pusaka (berkodin).
✨ Falsafah Kepimpinan: Memahami nilai "Ibu Adat" (muafakat) dan "Bapa Adat" (keadilan bersendi hukum) dalam menyelesaikan konflik.

Pepatah ada menyebut,

"Tak faham kalau tak direnungkan."

Teromba tidak cukup sekadar dihafal, tetapi perlu kita:

Kenal β†’ Faham β†’ Tafsir β†’ Hayati β†’ Amalkan.

Warisan ini adalah amanah kita bersama untuk dipanjangkan kepada generasi pelapis.

Sangat sesuai untuk bahan rujukan santai para pengkaji, guru, pelajar, atau sesiapa sahaja yang cintakan warisan bangsa.

πŸ’΅ Harga Promosi: RM 3.99 sahaja
πŸ“² Cara Dapatkan E-Book: Berminat? WhatsApp kami segera!

Semoga warisan bangsa kita tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. πŸ™βœ¨

Pertemuan seterusnya bagi membincangkan tentang draf kedua manuskrip berkaitan struktur isi kandungan, memperkukuhkan an...
11/09/2026

Pertemuan seterusnya bagi membincangkan tentang draf kedua manuskrip berkaitan struktur isi kandungan, memperkukuhkan analisis dan mengetengahkan elemen kelestarian. Ada beberapa teromba baharu direkodkan untuk manuskrip ini.

Outcome: Draf ketiga manuskrip yang lebih mantap dan relevan untuk digunakan sebagai rujukan akademik dan komuniti, serta mempunyai strategi jelas untuk memastikan kelestarian ilmu Teromba.

Dalam gambar:
1. YM Dato' Semaja Besar Waris Haji Abu Hassan Mohd. Nor – mewakili Suku Tanah Datar, Kampung Bukit, Kuala Pilah.
2. Prof Madya Dr Norailis Ab Wahab - Pengurus Projek Jejak Warisan Teromba daripada USIM
3. En Johan Chairil - Pengarah, Hamsa Media PLT

Address

B28, Lorong Seri Damai 5
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamsa Media - Cultural Preservation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hamsa Media - Cultural Preservation:

Shortcuts

Share