Siti Murni Yusof

Siti Murni Yusof Usahawan, pengasas Kimstone Food Court and Hall dan produk kesihatan Biodex.

Saya akan terus bantu pasangan suami isteri dapatkan zuriat.20 tahun. Itulah tempoh yg sudah saya lalui dlm mendekati pa...
02/12/2021

Saya akan terus bantu pasangan suami isteri dapatkan zuriat.

20 tahun. Itulah tempoh yg sudah saya lalui dlm mendekati pasangan-pasangan yg susah utk mendapatkan zuriat.

Berapa ramai yg sudah dibantu? Ramai! Terlalu ramai. Terus terang, saya sudah lama berhenti membilang berapa ramai pasangan yg telah berjaya hamil dan akhirnya memiliki zuriat.

Tetapi saya berani utk sebutkan sudah ratusan pasangan di seluruh negara.

Biodex. Jenama yg sangat saya banggakan.

Semuanya dgn restu dan kekuasaan Allah. Saya yakin program kehamilan dan produk yg saya ketengahkan boleh membawa kesan yg baik khususnya dari sudut kesihatan kesuburan.

Kerana itu saya tidak pernah terfikir utk menghentikan program kehamilan ini walaupun apa yg saya usahakan ini ada pasang surutnya.

Ia bukanlah tentang untung rugi semata-mata. Ia tentang kepuasan yg saya dapati dpd perniagaan ini. Perasaan puas, gembira, seronok, teruja, terharu.

Bayangkan, pasangan yg sudah bertahun-tahun menunggu, berikhtiar nak dapatkan anak akhirnya ditakdirkan bakal menimang cahayamata. Sebagaimana terujanya mereka, begitulah juga saya.

Saya tidak akan berhenti. Saya akan terus berusaha menaikkan kembali nama Biodex yg agak suram beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya mahu bantu seramai mungkin lagi pasangan suami isteri yg mungkin sedang berlawan emosi menunggu kehadiran cahayamata.

Juga para wanita yg mengalami bermacam masalah kesihatan berkaitan kesuburan mahupun sakit puan. Insya Allah.

Semoga usaha ini diberkati Allah dan dipermudahkan.

Doakan saya.

24/11/2021

[ PCOS: Apa pantangnya? ]

Sedikit tips utk wanita yg mengalami masalah PCOS terutama utk mengekalkan kesuburan dan meningkatkan peluang hamil.

22/11/2021

[ Keputihan: Melarat kalau tak dijaga ]

Masalah keputihan memang biasa berlaku bagi ramai wanita termasuk remaja. Tapi boleh jadi luar biasa kalau tak diatasi. Macam mana caranya?



22/11/2021

[ Sukar Hamil - Isteri Punca atau Suami? ]

Ahli keluarga, kawan² berilah sokongan kpd pasangan yg susah mendapat zuriat. Paling penting pasangan itu sendiri perlu saling memahami dan saling menyokong.



Antara tema utama perniagaan saya adalah kebahagiaan pasangan dan keluarga. Sejak awal berniaga dulu, baik produk kecant...
15/11/2021

Antara tema utama perniagaan saya adalah kebahagiaan pasangan dan keluarga.

Sejak awal berniaga dulu, baik produk kecantikan mahupun kehamilan, ia bertujuan utk bantu mengeratkan hubungan antara pasangan dan kekeluargaan.

Begitu juga bila saya asaskan Kimstone.

Seronok bila tengok org datang makan bersantai bersama keluarga.

Rasa puas bila dapat sediakan tempat yg baik dan cantik utk org ramai luangkan masa mereka bersama keluarga utk makan-makan, borak,-borak, gelak-ketawa.

Ini termasuk juga dewan-dewan Kimstone.

Kebanyakan acara yg diadakan di sini adalah majlis perkahwinan.

Sudah tentulah perkahwinan sangat berkait dgn kekeluargaan.

Dan hasil perniagaan yg didapati dari dulu hingga hari ini bukan utk saya sahaja.

Saya kongsikan bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Puas! Memang puas rasanya bila dapat mengusahakan sesuatu yg baik utk org ramai, dan dapat p**a berkongsi hasilnya dgn orang-orang tersayang.

Kalau ada rezeki perniagaan lain selepas ini, sudah tentu saya akan pilih sesuatu yg boleh dikaitkan dgn tema kekeluargaan.

Hidup tanpa keluarga pasti sepi.

Dapat tak?

SMY
15 Nov 2021

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.Kata bijaksana, usaha tangga kejayaan. Untuk mendaki ke puncak kej...
01/11/2021

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.

Kata bijaksana, usaha tangga kejayaan. Untuk mendaki ke puncak kejayaan kita mesti melangkah dan mendaki anak-anak tangga satu persatu.

Perasaan takut, malu, malas utk melangkah tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sebab itu mahu tidak mahu kita mesti berani melangkah utk sampai ke destinasi atau ke puncak yg dituju.

Alhamdulillah, hari ini pada tanggal 1 November saya mulakan langkah pertama saya utk meneroka dunia media sosial dan mendekati tuan puan melalui saluran ini.

Tiada istilah terlambat utk memulakan sesuatu asalkan ada kemahuan.

Saya sudah mengharungi pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang berkecimpung dlm dunia perniagaan. Dari berniaga di warung tepi jalan hinggalah ke wisma perniagaan dan medan dalam taman.

Saya fikir sudah sampai masanya utk saya kongsikan segala pengalaman dan buah fikiran saya kpd awam. Dgn harapan ia boleh memberi ilham atau panduan kpd peniaga-peniaga cekal di luar sana.

Excited! Ini sesuatu yg agak baru bagi saya. Jadi saya memang sangat teruja utk bertemu ramai orang-orang hebat di dunia maya ini utk saling berkongsi perkara-perkara yg mungkin boleh membawa manfaat bersama.

Salam pertemuan pertama buat semua.

Sudi-sudilah follow media sosial saya. Harap juga sudi perkenalkan laman saya ini kpd teman-teman dan kenalan yg lain.

Kita jumpa lagi di lain siaran. Jaga diri semua.

Alhamdulillah, selesai bina laman fanpage saya di fb dan ig. Mohon tunjuk ajar 'orang baru' mcm saya ni. 😁 Jgn lupa foll...
01/11/2021

Alhamdulillah, selesai bina laman fanpage saya di fb dan ig. Mohon tunjuk ajar 'orang baru' mcm saya ni. 😁 Jgn lupa follow. 🥰

Address

Kuantan
26100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siti Murni Yusof posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share