Ohhh Kuantan

Call Directions

Ohhh Kuantan PERKONGSIAN INFORMASI TERKINI SEKITAR KUANTAN

Terbaik Datuk tak sembang banyak terus hantar bantuan! Ini lah pemimpin sebenar.
23/09/2026

Terbaik Datuk tak sembang banyak terus hantar bantuan! Ini lah pemimpin sebenar.

Isu yang tular membabitkan seorang penerima bakul makanan di Perkampungan Cenderawasih yang mendakwa berasa tertipu sele...
15/08/2026

Isu yang tular membabitkan seorang penerima bakul makanan di Perkampungan Cenderawasih yang mendakwa berasa tertipu selepas mendapati dirinya didaftarkan sebagai ahli parti politik perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak dihukum hanya berdasarkan satu sudut pandang.

Usaha mendaftarkan ahli baharu melalui program kemasyarakatan bukan sesuatu yang asing dalam aktiviti parti politik. Pelbagai parti menggunakan program turun padang, kebajikan, pertemuan komuniti dan aktiviti bersama masyarakat sebagai ruang memperkenalkan perjuangan parti serta mendapatkan keahlian baharu.

Sudah tentu program dijalankan secara terbuka dimana petugas parti dikenali oleh masyarakat setempat melalui personaliti mahupun baju, logo parti yang diketahui dianjurkan oleh Pusat Komuniti Madani.

Bantuan kebajikan p**a tentu sahaja selain daripada memenuhi tanggungjawab sosial , pendaftaran keahlian parti adalah perkara biasa yang dilakukan oleh mana mana parti di Malaysia

Dalam kes ini, penerimaan mesej TAC atau OTP daripada aplikasi parti ADIL sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat proses pengesahan digital yang perlu disempurnakan. Ia juga memberi ruang kepada penerima untuk mengetahui bahawa suatu proses berkaitan pendaftaran sedang dilakukan. Kaedah ini sebenarnya menunjukkan ketelusan parti dimana penerima dimaklumkan akan nama beliau didaftarkan atas sebagai ahli parti PKR.

Program pemberian bakul makanan merupakan sebahagian daripada usaha mendekati dan membantu komuniti, khususnya keluarga yang memerlukan. Dalam konteks program yang dikendalikan oleh organisasi atau petugas parti, aktiviti kemasyarakatan sememangnya turut menjadi ruang membina hubungan dengan masyarakat, memperkenalkan organisasi dan mendapatkan sokongan terhadap usaha yang dijalankan.

Kaedah menambah keahlian melalui program atau aktiviti organisasi bukan fenomena baharu dalam politik Malaysia. Dalam pelbagai keadaan sebelum ini, parti-parti politik termasuk UMNO turut menggunakan program anjuran parti dan jaringan organisasi mereka untuk menggalakkan penyertaan serta pendaftaran ahli.

Sebagai contoh pelajar pelajar di luar negara yang tidak ingin ketinggalan dalam apa jua bentuk program anjuran Malaysia di luar negara terutama lawatan Menteri-Menteri hendaklah mendaftar sebagai Ahli Kelab UMNO Luar Negara. KULN juga menjadi tiket untuk makan-makan percuma dalam kehidupan pelajar luar negara yang berdepan kos hidup tinggi.

Begitu juga Program Bolasepak 9 Sebelah Anjuran UMNO Bahagian Maran baru baru ini dimana urusetia akan mendaftarkan peserta sebagai ahli parti jika mereka belum menjadi ahli parti UMNO sebagai syarat dan perlu mengemukakan ic untuk semakan keahlian .

*Lebih dasyat, parti PAS yang meletakkan syarat untuk masuk syurga mestilah menjadi Ahli PAS.*

Jika dilihat semua gerakan tersebut juga merupakan paksaan dalam diam tanpa sedar cuma ianya tidak p**a dijadikan isu berbeza dengan apa yang berlaku di Chenderawasih apabila pendaftaran keahlian menjadi satu isu walhal ianya merupakan strategi mana mana parti yang biasa diamalkan.

Justeru, isu di Perkampungan Cenderawasih tidak sewajarnya terus digambarkan sebagai bukti bahawa penerima bakul makanan telah “dibeli” atau dipaksa menyokong sesebuah parti. Sebaliknya perlu dilihat sebagai program yang dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Tahniah buat Nur Shazrin atas kejayaan menerima pingat emas. Sebagai rakyat Pahang, koi bangga dengan aok
27/09/2023

Tahniah buat Nur Shazrin atas kejayaan menerima pingat emas. Sebagai rakyat Pahang, koi bangga dengan aok

Syabas dan Tahniah kepada atlet negara Nur Shazrin Mohammad Latif kerana telah menghadiahkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022 menerusi acara Pelayaran ILCA6 Wanita.

Semoga kemenangan yang dicapai oleh Nur Shazrin, anak kelahiran Pekan ini dapat menyuntik semangat atlet-atlet negara untuk terus memburu pingat untuk Malaysia.

Malaysia Boleh!
Pahang Boleh!

Tahniah buat Nur Shazrin atas pingat emas yang diterima. Kami sebagai orang Pahang dengan kejayaan yang dikecapi
27/09/2023

Tahniah buat Nur Shazrin atas pingat emas yang diterima. Kami sebagai orang Pahang dengan kejayaan yang dikecapi

EMAS 🇲🇾🥇

Tahniah Nur Shazrin Mohamad Latif atas kejayaan meraih pingat Emas dalam acara International Laser Class Association 6 wanita di Sukan Asia Hangzhou 2023!

Pencapaian cemerlang anak kelahiran Pekan Pahang ini cukup membanggakan kerana buat pertama kalinya Malaysia berjaya meraih Emas dalam sukan pelayaran di Sukan Asia.

26/09/2023










26/09/2023
Aikk. Kata parti perjuangan islam. Mcmana boleh kantoi ni ? Bak kata 1 peribahasa tu, Ibarat menepuk air ke dulang, terp...
26/09/2023

Aikk. Kata parti perjuangan islam. Mcmana boleh kantoi ni ? Bak kata 1 peribahasa tu, Ibarat menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri 😂

MAHKAMAL BATAL KEMENANGAN PAS DI PARLIMEN KEMAMAN: PARTI PAS AMALKAN RASUAH

Di sebalik teriakan takbir pada setiap kali berceramah dan menggunakan Ayat Suci Al Quran ketika kempen pilihanraya , rupa rupanya hanyalah propaganda murahan ahli politik PAS. Berita tentang pembatalan kemenangan calon PN pada PRU 15 oleh Mahkamah Pilihanraya mengesahkan bukti sogokan dan amalan rasuah membeli undi.

Pada pilihanraya yang lalu , calon PN mendapat 65,714 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional yang meraih 38,353 undi manakala calon Pakatan Harapan 8,340 dan Pejuang 506 undi di mana BN diwakili oleh mantan Menteri Besar Terengganu DS Ahmad Said.

Amalan rasuah pilihanraya calon PN itu di sahkan oleh mahkamah pun begitu sebenrarnya banyak lagi keputusan pilihanraya pada PRU 15 dicemari dengan amalan rasuah oleh parti yang mendakwa sebgai jenama Islam tetapi mempunyai akhlak yang buruk.

Sebelum ini PAS mendakwa partinya adalah parti yang bersih dan tidak terlibat dalam amalan rasuah tetapi dengan keputusan hari ini nanti apakah akan ada dalil dalil baru yang dikorek dari perut buni dan langit ke 7 untuk menghalalkan rasuah yang telah dilakukan oleh calon PAS dalam Perikatan Nasional?

Pengundi yang masih belum membuat keputusan untuk memilih calon pada PRK DUN Pelangai harus membuat pertimbangan sewajarnya. Jangan terpedaya dengan parti penunggang agama yang hanya melacurkan agama demi kepentingan politik.

Betul betul ekor anjing, walaubagaimanapun ada juga bengkoknya.

26 hb September 2023
✍🏻 *Anak Cili* 🌶
🔥 * Pedas Berapi* 🔥

Moga lebih b*k program sebegini diadakan. Bagus dari segi mengeratkan silaturrahim disamping mengukuhkan ukhwah yang dib...
26/09/2023

Moga lebih b*k program sebegini diadakan. Bagus dari segi mengeratkan silaturrahim disamping mengukuhkan ukhwah yang dibina.

Calon No. 3 disambut meriah oleh warga Pelangai. Terbaik !
26/09/2023

Calon No. 3 disambut meriah oleh warga Pelangai. Terbaik !

Buatlah pilihan yang bijak warga Pelangai.
26/09/2023

Buatlah pilihan yang bijak warga Pelangai.








Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 3 Oktober ini memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan 73 kertas undi pos semalam bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia hari ini, Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak berkata, kertas undi pos yang dikeluarkan ini melibatkan tiga kategori iaitu Kategori 1A, Kategori 1C dan Kategori Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Bagi PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang sebanyak 73 kertas undi pos telah dikeluarkan yang terdiri daripada 69 Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, dan Petugas Media), satu Kategori 1C (Agensi dan Organisasi) serta tiga Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Kesemua anggota polis bagi PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang telah dikeluarkan kertas undi secara pos. Oleh itu, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 3 Oktober 2023 (Selasa) nanti.

Address

Teruntum
Kuantan
25100

Telephone

+60133494977

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ohhh Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share